Sabtu, 1 Januari 2022

SELAMAT TAHUN BARU 2022

 

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan.

Apa khabar?

Sudah lama saya tidak menulis di sini. Tetapi percayalah, blog ini masih dekat dengan jiwa saya. Belum terfikir lagi untuk menutup blog ini.

Walaupun tiada tulisan baharu, namun masih ada komen yang masuk daripada pembaca. Maaf, kadang-kadang pertanyaan yang dianjurkan, tidak saya balas.

Terima kasih kerana masih berminat untuk meluangkan masa seminit dua untuk membaca artikel di sini. Saya sangat hargainya.

Pada tahun 2022 ini, saya cuba untuk konsisten menulis di sini. Mungkin juga, artikel yang keluar di sini sama dengan di Facebook Page Siti Hazreen dan juga di Instagram sitihazreen dalam usaha saya untuk memajukan dua platform itu.

Saya juga ada platform terbaharu iaitu Tiktok dalam usaha saya mendekati anak muda. 

Tahun lepas, Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Bagaimana pula dengan tahun ini? Semuanya belum pasti. Apa yang pasti ialah, saya akan menikmati apa jua perkara yang datang.

Bak kata Shahrukh Khan, hidup ini ibarat aiskrim, nikmati ia, sebelum cair.

Bagaimana pula dengan kalian? Ada azam baru ke? Atau azam lama disambung pada tahun ini?

Tak kesah apa yang kalian mahu lakukan, asalkan kalian bahagia. Tak gitu?

Cerita kita, kitalah penulisnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan