Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan.
Alhamdulillah pagi ini saya sempat ke Taman Rekreasi Bahau. Sudah beberapa hari saya ke taman, setelah hujan reda di bulan ini.
Seperti biasa, saya hanya jalan-jalan 2 pusingan sahaja. Belum nampak tanda-tanda akan berganjak dari angka 2. Haha!
Beginilah keadaan taman setelah berlaku proses pengubahsuaian sejak akhir September atau Oktober 2021.
Nampak 'hijau' sangat. Kadang-kadang seram nak lalu, takut ada benda-benda yang tak diingini muncul. Haha!
Tak tahulah bila taman ini akan siap pengubahsuaiannnya.
Apa-apapun, saya suka berjalan-jalan di taman ini sekiranya ada orang lah, jika masa tiada orang, memang terasa seramnya. Haha!
Apa pula yang kalian lakukan pagi ini?
Kepada guru-guru, hari ini adalah hari terakhir cuti sekolah. Esok dah sekolah. Hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan