Isnin, 4 Januari 2021

Alhamdulillah, Syukur Bertambah Lagi Umurku

 




Alhamdulillah, bertambah satu angka lagi umur saya. Syukur.

Pagi ini sejuk dan nyaman. Alhamdulillah.

Setiap tahun saya akan imbas semula tahun terdahulu dan akan cari formula untuk memperbaiki diri di tahun baharu. 

Saya nampak, hidup ini kita hanya perlu fokus kepada diri sendiri sahaja. Jika kita mahu berlumba dengan orang lain, itulah datangnya tekanan (stress). Itu saya kurang gemar. Hehe.

Bercakap mengenai diri saya, alhamdulillah, banyak saya pelajari daripada tahun-tahun sudah. Insyaa allah, saya akan kongsikan dalam blog ini nanti.

Pagi ini rasa nak tulis pantun. Hehe. 

Terimalah:


Mak Melah datang bertongkat,

Di pagi hari membawa rempah,

Syukur alhamdulillah segala rahmat,

Moga memberi kesejahteraan ummah.

 

Air perigi dalam tempayan,

Bunga mekar seharum taman,

Dulu pergi membawa pengalaman,

Agar melakar kejayaan impian.

 

Pelbagai perisa penyedap makanan,

Kenyang perut senyum lebar,

Hidup sentiasa ke hadapan,

Pandang belakang untuk iktibar.

 

Makan bahulu bersama susu,

Minum petang dengan kawan,

Tahun baharu usia baharu,

Moga senang masa hadapan.


Saya rasa inilah kali pertama saya menulis pantun di blog ini. Dah lama rasanya tak menulis pantun.

Begitulah hidup kita, mencuba sesuatu yang baharu, asalkan tidak melanggar syariat, dapat memberikan peransang kepada otak.

Selamat Hari Lahir Siti Hazreen Shahrom, moga kaya dan berjaya, di dunia dan di akhirat. Amin.