Assalamualaikum dan hai kawan-kawan,
Selamat petang, selamat hari Rabu.
Belum genap seminggu PKP diisytiharkan di Negeri Sembilan ya. Lama betul nak habis PKP ni. Huhu.
Jadi, sajalah nak beritahu kalian, bahawasanya saya memang stress dengan PKP. Just admit it, ya saya memang stress.
PKP hari Jumaat, petang Jumaat itu saya sudah mula rasa sakit bahu, menarik ke leher. Malam sakit kepala kiri. Esoknya, sebelah kanan pula. Saya kalau sakit kepala, selalunya lebih sehari.
Sabtu pula demam. Wah, demam ini jangan main-main. Kemungkinan dia datang dengan pakej seperti selsema dan batuk pula.
Saya sudah lama tidak mengalami demam ya. Kali terakhir demam ialah semasa di semester pertama pengajian di UPM. Saya ingat lagi waktu itu, saya tumbang 4 hari. Ya, 4 hari, demam sekali dengan pakej selsema dan batuk selama 2 minggu. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Saya syak, mungkin sebab stress sambung belajar. Iya lah, dengan masa itu perlu memandu jauh, duduk bilik sewa, kawan-kawan baru, suasana serba baru. Terkejut mungkin.
Hari Ahad saya memesan makanan luar. Petang Ahad, saya mengalami cirit-birit. Mulanya, saya tak perasan bahawa itu cirit-birit. Saya fikir, mungkin kerana demam, lalu kerap pergi ke tandas (buang panas dalam badan).
Hari Isnin barulah saya mencari ubat pil Chi Teck Aun. Saya beli 2 sachet. Alhamdulillah makan 1 sachet dah ok dan kerap minum teh o pekat.
Hari Selasa (semalam) seperti biasa saya perlu mengemaskini jumlah jam praktikum. Bila nama saya disebut, memang tak berganjaklah jamnya dari laporan yang lalu, kerana kekangan di tempat praktikum dan juga di tambah dengan PKP.
PKP memang membuatkan saya stress. Saya pernah mengalami sakit kepala yang lama 4 atau 5 hari sewaktu PKP fasa 1 dulu. Mula-mula sakit sebelah kanan, lepas tu kiri, lepas tu kanan. Macam kawad kaki. Haha.
PKP fasa kedua ini, saya rasakan saya dapat harunginya (mungkin sebab sudah ada pengalaman lepas), namun sebaliknya berlaku. Saya lebih stress berbanding semasa di fasa 1. Semasa PKP Fasa 2, ada Dissertasi dan praktikum yang harus diselesaikan. Dua perkara ini memang membuatkan stress saya menggunung. Kedua-duanya ada dateline yang perlu dikejar.