Sabtu, 28 November 2020

Ragam Praktikum: Beberapa Perubahan Poster Pengenalan Diri di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

 

 



Assalamualaikum dan hai!

Diam tak diam, sudah sebulan setengah saya menjalani praktikum di Agensi Anti Dadah  (AADK) Daerah Jempol.

Banyak cabarannya, seiring dengan Covid-19 haha!!

Hurmmm, hari ini saya hendak kongsikan tentang pembuatan poster pengenalan diri saya. Untuk pengetahuan kalian, poster pengenalan diri ini adalah antara bahan wajib yang perlu disediakan sebagai salah satu medium mempromosikan diri.

Baiklah, mari saya tunjukkan kepada kalian, antara poster yang telah dibuat:


Yeah! Ini adalah poster yang pertama. Tapi nampak macam kelam dek kerana warna biru gelap. 


Ok, ini yang kedua. Saya dah dapat warna latar yang sesuai. Tapi saya kurang puas hati tentang tulisan. Haha!


Ini pula poster yang ke-3. Dapatkah kalian kenalpasti apakah perbezaan antara poster ke-2 dan ke-3? Ya, gambar saya di poster ke-3 berada dalam bulatan, yang mana pada saya lebih cantik. Haha!


Ok ini pula yang ke-4 ya, pening juga nak buat yang paling menepati kehendak. Poster yang ini pula perkataan Percuma itu di bold kan, manakala gambar tangan pula dipudarkan untuk menonjolkan tulisan perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan.


Taaraa! Setelah melalui proses pengubahsuaian beberapa kali. Saya rasa inilah yang terbaik. Gambar tangan di jelaskan dan tulisan perkhidmatan yang ditawarkan dalam lingkungan gambar tangan. Haaa, amacam?

Untuk pengetahuan kalian, ini adalah kali pertama saya menggunakan canva untuk menghasilkan sebuah poster. 

Poster ini dihasilkan sebagai hebahan dan pemberitahuan bahawasanya saya sedang menjalani praktikum di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jempol, dan saya menawarkan perkhidmatan sesi kaunseling percuma.

Isnin, 19 Oktober 2020

Lapor Diri Praktikum dan Permulaan Semester ke-3 Universiti Putra Malaysia (UPM)

 


Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah, saya telah pun selesai menduduki peperiksaan akhir semester ke-2 yang lalu. Keputusan pun dah ada. Alhamdulillah, keputusan semester ke-2 ini adalah lebih baik daripada semester yang pertama. Hehe.

Kawan saya Nadia, selalu cakap, "K.rin selalu bernasib baik" Ya lah, tepat sekali.

Allah sangat sayang pada saya.

Salah satu buktinya ialah, pada pagi tadi, saya telah selamat melapor diri di AADK berhampiran dengan rumah saya. Hanya 10 minit kalau laju, 15 minit kalau macam siput B* (hahahahaha).

Alhamdulillah, proses lapor diri berjalan lancar. Saya tiba di AADK dengan berbaju kurung ya, berbaju kurung. Saya sangat jarang mengenakan pakaian baju kurung ya, (kecuali ketika berkhidmat di sekolah) haha!! Jam 9.05 pagi saya tiba, saya keluar dari AADK jam 10.45 pagi. Haaa, saya sangat bernasib baik. 

Penyelia dan kakitangan AADK sangat membantu. Terima kasih.


Carta di atas menunjukkan apa yang akan saya lakukan sepanjang praktikum di AADK. Dah namanya kaunseling kan, jadi saya akan menjalankan sesi kaunseling kepada klien AADK.

Hari ini ialah hari pertama semester ke-3. Dalam semester ini merangkumi praktikum dan juga kuliah. Sekali lagi saya bernasib baik, kuliah dijalankan secara atas talian. Yahooo!



Gambar di atas menunjukkan 5 subjek yang akan saya pelajari melalui atas talian. Nampaknya seperti setiap hari akan ada kuliah. Namun, kuliah atas talian ini akan berubah-ubah mengikut kesesuaian masa pensyarah dan anak murid.

Selasa, 22 September 2020

Hadiah Kepada Komentar Paling Banyak

 




Assalamualaikum dan hai!

Banyak perkara baik yang terjadi pada saya pada bulan September. Oleh yang demikian, saya mahu kongsikan kegembiraan saya pada kalian juga.

Maka tercetuslah idea untuk menghargai mereka-mereka yang sudi tinggalkan komen dalam blog saya ini. Walaupun tiada apa-apa yang dijanjikan pada awalnya, maksudnya, tiada iklan pemberitahuan, tapi kalian masih meninggalkan komen. Saya terharu.

Terima kasih.

Komen yang diambil kira ialah komen-komen yang ditinggalkan dalam entri tahun ini sahaja ya, dan sehingga jam 9.00 malam semalam.

Saya akui hanya 10 entri sahaja yang sempat ditulis dalam tahun ini. Pelbagai alasan yang saya berikan. Haha! Namun, percayalah, blog adalah tempat yang paling saya suka, berbanding medium lain.

Saya telah membuat perkiraan secara manual malam semalam. Nasib baik entri tak banyak! Haha!


Isnin, 21 September 2020

Ada Pengumuman Penting Pada Hari Esok

 


Assalamualaikum dan hai!

Saja je up entri malam-malam hehe...

Setelah puas berfikir panjang sampai ke India, esok akan ada pengumuman penting mengenai berita baik itu.

Tunggu ya, bukan malam ini, tapi esok.

Bila agaknya tu? Pagi ke? Tengahari ke?

Sabar....hehe

Saja je buat suspen...(jadi ke tak suspen ni haha)

Berita baik ini tentunya dapat mengukir senyuman sampai ke telinga kalian hehe.

Ok kawan-kawan, tidur dulu ya, mimpikan yang indah-indah.

Jumpa esok ya! Insyaa Allah.

Ahad, 23 Ogos 2020

Sesuatu yang Baik akan Menjelma Tidak Lama Lagi

 Good News Girl 🙃 (@goodnewsgals) | Twitter

Assalamualaikum dan hai!

Apabila keluar dari tandas tadi, saya dapat satu idea hehe. Korang pernah macam ini jugak ke, dapat idea sebaik sahaja keluar dari tandas? Haha!

Saya selalu macam tu. Kadang-kadang idea itu boleh dipakai, kadang-kadang tak boleh pakai.

Tapi, kali ini saya rasa idea itu adalah idea yang bernas. Jadi, Insyaa Allah saya akan laksanakan idea itu.

Idea berkenaan apa? Haaaa, korang kenalah tunggu. Yang pastinya, idea itu adalah sangat baik untuk korang dan untuk saya jugak hehe (situasi menang-menang).

Insyaa Allah, idea tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Harap dapat sokongan dari korang!

Sabtu, 8 Ogos 2020

Rambut Lembut Dengan Syampu Selsun Blue

 Selsun Blue Tratment Shampoo 120ml [Exp:2020] – TMC Care Pharmacy

Assalamualaikum dan hai!

Hari ini nak bercerita tajuk ringkas tentang penjagaan rambut. Hehe.

Selsun Blue ini saya pakai adalah dalam 2 tahun juga. Harga dia kalau tak silap dalam RM30-RM40 sebotol kecil.

Berpeluh jugaklah haha!!

Setelah banyak mencuba syampu-syampu dalam kedai Watson, yep, boleh dikatakan hampir semua syampu di Watson saya dah cuba ya.

Kebanyakan syampu tu dalam botol besar pulak tu, beli mahal. Pakai hanya sekali sahaja. Lepas tu beri pada mak, sebab tak sesuai haha!!

Rambut saya ni unik. Kena je syampu, jadi keras kejung haha!!

Dan saya ada masalah rambut gugur dengan banyak. Huhu

Jadi syampu ini mampu mengurangkan kekejungan dan keguguran rambut saya.

Jika saya syampu 2 hari berturut-turut, rambut saya jadi lembut, namun tak lah selembut macam dalam iklan kat tv tu ye, yang kena tiup angin rambut pun terbang haha!

Antara 3 warna penutup di atas, korang rasa saya pakai yang mana?

Haaa, jeng jeng jeng...

Saya pakai yang penutup warna ungu tu sebab 2 in 1 siap ada conditioner. Saya ni pemalas, saya bukanlah rajin lepas syampu, nak guna conditioner pulak. So, saya pakai yang siap-siap ada syampu dan conditioner.

Jadi, kalau korang nak cuba syampu ini, boleh lah cari di Watson atau pun beli online di PG Mall (platform e-dagang yang dibangunkan oleh Public Gold) https://pgmall.my/Selsun-Blue-Anti-Dandruff-Shampoo-2in1-with-Conditioner-200ml7007767370180?referralPgCode=azrinaz_azrinaz%40yahoo.com#.Xy4n2htTgB8.link

Korang pula, guna syampu apa? Sudilah tulis di ruangan komen ya!

Selasa, 9 Jun 2020

Hitam Putih Masa Depan Sendiri Yang Menentukan



Salam dan Hai!

Tajuk artikel hari ini adalah dipetik dari bait-bait lirik lagu Hitam Putih Kehidupan dendangan Sheila Majid.

Ini adalah antara lagu kegemaran saya hehe!!

Lagu ini selalu berputar dalam minda saya, nak-nak lagi selepas murid-murid SPM dapat keputusan UPU baru-baru ini.

Selepas masing-masing mendapat keputusan UPU, maka sibuklah naik pemberitahuan dalam Whatsapp Group bekas pelajar SPM.

Deretan ucapan tahniah dari bekas guru-guru kepada anak murid. Alhamdulillah ramai yang berjaya menempatkan diri institusi dalam negara. Tahniah!

Namun begitu, ada juga yang senyap seribu bahasa. Mungkin tidak mendapat tawaran UPU, atau telah mendapat tempat di institusi tetapi tidak kena dengan selera. Hehe.

Lalu, adalah di antara mereka itu yang bertanya kepada saya secara peribadi dengan pelbagai soalan seperti:

"Cikgu, kalau ambil kursus ini, nanti nak kerja apa?"
"Kerjalah apa yang awak rasa sesuai"

"Cikgu, kalau saya nak jadi Polis, boleh ke ambil kursus ini?"
"Boleh"

"Cikgu, saya tak boleh buat keputusan, pada cikgu, mana satu lebih baik?"
"Saya tak boleh buat keputusan untuk awak, awak yang kena bertanggungjawab dengan keputusan awak"

Sabtu, 30 Mei 2020

Drama Crash Landing On You - Berangan Ke Korea Utara

Crash Landing on You - Wikipedia

Assalamualaikum dan hai!

Lepas tengok drama The World of The Married, saya sambunglah tengok drama Crash Landing On You ini. Well, tengah cuti, kan hehe.

Dengar-dengar macam best.

Kalau tengok dekat Istagram Rita Rudaini, dia selalu up gambar edit dia dengan hero cerita ni. Haha!

Jadi, saya pun cubalah tengok.

Saya bukanlah peminat fanatik cerita Korea ya. Saya tengok pelbagai cerita termasuklah tamil dan hindustan.

Pada saya, tak lah umpphh mana cerita ini. Nak-nak lagi lepas adegan hero dan heroin dengan mudahnya lolos dari Korea Utara ke Korea Selatan. Tepuk dahi weh!!

Kalaulah begitu mudahnya orang Korea Utara nak ke Korea Selatan, pasti ramai dah diorang terjah ramai-ramai ke Korea Selatan. Huhu.

Saya tengok sampai episod 11 sahaja. Itupun tak habis. Ini lebih baik daripada Descendants of The Sun di mana saya hanya mampu tengok sampai episod 5 sahaja. Haha!

Saya memang sejenis yang tak mampu tengok drama panjang-panjang. Suka filem 2 jam saja dah habis.Hehe.

Apa yang menariknya ialah suasana penceritaan di Korea Utara itu. Memang tempat penggambarannya bukanlah di Korea Utara, namun ia seakan-akan suasana di Korea Utara. Boleh tengok video di bawah ini.


Tiba-tiba saya rasa macam nak ke Korea Utara haha!

Selasa, 26 Mei 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Assalamualaikum dan hai korang!

Perghhh, dah lama rasanya tak menulis apa-apa di sini huhu.

Korang apa khabar? Waras lagi tak? Haha.

Kat atas tu kad raya untuk korang hehe. Cantik tak?

Punyalah godak-godak semata-mata nak buat kad macam orang lain jugak hehe.

Tahun ini memang sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini kan. Tapi ok jugaklah kan. Not bad actually!

Semoga raya tahun ini mencatat seribu makna pada kita.

Dalam sibuk-sibuk pandemik Covid19, kita masih sempat menjalani ibadah puasa, makan juadah sedap Hari Raya dan masih ada pekerjaan (gaji masih ada).

Sungguhpun kuliah bersemuka di UPM di tangguhkan, namun kuliah maya tetap ada. Cuma sekarang ini sedang cuti Hari Raya. Kuliah maya akan di sambung pada 01 Jun 2020 nanti.

Nak tahu cerita tentang kuliah maya saya? Nanti saya cerita ok...tunggu hehe.

Akhir sekali, marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau kita rasa teruk, ada orang lagi kurang bernasib baik dari kita. Bersyukurlah!


Isnin, 10 Februari 2020

Apa Yang Ada Dalam Kepala Si Pemberi Hutang


Assalamualaikum dan Hai!

Semoga kita sihat dan kaya raya hari ini. Amin.

Oklah nak tanya, korang pernah berhutang? Mesti pernah kan?

Hidup zaman sekarang, susah kalau nak kata tak nak berhutang kan?

Hutang ini, maksudnya kau nak pakai sesuatu barangan, tapi belum mampu nak bayar tunai. Jadi, hutanglah dulu, sebab nak pakai barang itu segera. Kalau nak tunggu kau cukup duit nak bayar tunai, tak tahu bila kan? Mereputlah alamatnya.

Ekoran dari itu, macam-macamlah marketing yang keluar.

Contoh macam beli penapis air ke, penapis udara ke, kalau hutang ada servis. Kalau beli tunai, servis kena bayar. Pandai diorang ni buat. Kelebihan ialah pada yang membeli secara berhutang. Itu yang saya nampak. Tapi, beza harga berhutang dengan tunainya Ya Allah!

Saya seboleh-bolehnya nak elakkan hutang. Cukuplah sekadar hutang-hutang yang ada ini. Pening hutang banyak-banyak.

duit, wang, akpk

Bila hutang kereta habis setelah ikat 7 tahun, leganya Masyaallah tak tahu nak cakap macam mana.  Itu yang bila ramai orang bakar saya ambil kereta baharu, saya kaku sahaja. "Senanglah kau cakap, yang tanggung bulan-bulan aku"

Lepas ini, tak sabar nak habis hutang PTPTN pula.

Saya ada banyak lagi hutang ya...bukan PTPTN sahaja. Cuma tak di tulis di sini. Kang juling biji mata korang membacanya haha!

Jangan tak tahu, hidup saya yang biasa-biasa ini pun (walau tak pakai kereta mewah dan rumah banglo 3 tingkat, ada orang berhutang dengan saya).

Saya kata "macam manalah korang boleh terfikir nak berhutang dengan saya, sedangkan saya tak banyak duit?"

Saya ada beberapa pengalaman tentang orang berhutang dengan saya. Setakat ini, Alhamdulillah tiada seorang pun yang tak bayar.

Korang tahu tak, saya memang ingat orang hutang dengan saya, dan saya jenis yang menuntut hutang HAHAHAHA!

Jumaat, 31 Januari 2020

Misi Mengosongkan Stor di Instagram

Assalamualaikum dan hai!

Saya ada masukkan "Misi mengosongkan stor" dalam Instagram saya minggu ini.

Bolehlah jenguk-jenguk ya.

Buat setakat ini, baru masukkan buku-buku. Barang-barang lain akan menyusul.

Saya memang pening tengok stor rumah ni.

Mahu sahaja dibuang semuanya. Tapi, sayang, semua masih dalam keadaan baik.

Ok, mari kita tengok, sebahagian buku-buku yang hendak dijual.


buku, buku hartanah, start from zero

Ini adalah antara buku hartanah yang saya beli

buku, buku travel, i'am a backpacker korea

Masa nak pergi Korea dulu, siap beli buku ni tau! Hehe

Rabu, 22 Januari 2020

Cara Simpan Duit Dalam Akaun Tabung Haji

cara simpan duit, tabung haji, buku akaun, buku akaun tabung haji, cara menyimpan duit

Assalamualaikum dan Hai!

Semalam sempat masukkan duit dalam Akaun Tabung Haji.

Saya masukkan duit RM1 dan RM5 yang saya simpan lebih kurang sebulan.

Macam mana dapat idea simpan duit RM1 dan RM5 ni?

Haaa, ceritanya macam ni, suatu hari, saya berborak dengan rakan sekolah lama, tentang bagaimana dia boleh berjalan-jalan (travel) ke luar negara dengan kerap.

Sebab saya memang cemburu giler okeh!

Jadi, dia pun bagi tips simpan duit RM1 dan RM5 ni. Caranya ialah dengan simpan duit RM1 dan RM5 ni setiap kali ia ada dengan kita di suatu tempat, dan kemudiannya, masukkan ke dalam akaun bank. Saya memilih Akaun Tabung Haji. 

Saya dah amalkan beberapa tahun dah...

Memang masa mula-mula buat simpanan ni, korang akan terlupa nak asingkan duit RM1 dan RM5 ni, tapi lama-lama ia akan menjadi kebiasaan.

Saya akan asingkan duit RM1 dan RM5 ni ke dalam balang plastik lutsinar. Jadi kalau nampak macam banyak je, terus kira dan masukkan dalam Akaun Tabung Haji. Sebab apa tak nak kumpul sampai setahun? Sebab nanti ia jadi terlalu banyak, balang tak muat dan, saya akan ada niat nak gunakan duit tu! Haha!!

Bila masuk dalam Akaun Tabung Haji, memanglah nampak angka tu macam besar, tapi, saya akan rasa sayang nak gunakan kecuali memang nak gunakan sikit untuk menampung perbelanjaan untuk jalan-jalan.

Nampak kan, ada pengeluaran di situ. Hehe

Ok, jadi pagi semalam, saya sempat masukkan sejumlah duit ke dalam Akaun Tabung Haji. 

Sabtu, 4 Januari 2020

Umur Bertambah Lagi

Image result for happy birthday

Assalamualaikum dan hai korang!

Jika sebelum ini, setiap tahun saya sibuk mengendalikan Hari Orientasi Sekolah pada setiap awal tahun persekolahan, hari ini pula, saya sibuk dengan peperiksaan ohhh!!

Dah lah kertas killer subject pulak tu!!

Dia punya nervous dari malam tadi, sampai lah ke tengahari tau!!

Yep, Alhamdulillah, syukur kepada Allah memberikan saya pertambahan umur lagi tahun ini.

Bila umur bertambah lagi, patut gembira ke patut sedih?

Gembira mungkin sebab ada banyak nikmat dunia yang didapati, sedih mungkin belum banyak amal ibadat yang dilakukan.

Saya tak tahu, selama banyak nya umur ini, adakah telah banyak juga memberikan sumbangan kepada agama dan masyarakat?

Moga perjalanan hidup saya dipermudahkan. Amin

Moga kita semua lebih cemerlang, gemilang, terbilang dan terbang lebih tinggi, Insyaa Allah.

Rabu, 1 Januari 2020

7 Perkara Yang Saya Buat Pada Tahun 2019

Image result for goodbye 2019 welcome 2020


Assalamualaikum dan Hai korang!

Selamat tahun baharu 2020!!

Adoii! Rasa janggal pula menaip, ini gara-gara dah lama benor tak menulis...last bulan April hari tu, tahun baharu, barulah nak menulis.

Sorry guys!

Nak tulis ringkas sahaja malam ni. Hanya untuk pandang belakang beberapa benda yang saya dah buat tahun lepas. 

Kita pandang belakang bukan untuk menyesal, no! no! no! Jangan pernah menyesal atas apa jua perkara yang kita dah buat. 

No. 1: Saya berani keluar dari zon selesa!

Image result for comfort zone

Yep! Zon selesa saya ialah berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad (SMAHMU). Keluar dari SMAHMU adalah keputusan paling berani yang pernah saya buat. Sudah 10 tahun di sekolah yang sama, saya rasa saya perlu keluar untuk cabaran baharu. Kata mentor saya, kita kena keluar dari zon selesa untuk menjadi lebih maju.

10 tahun weh! Tepu! Dah tak tahu program apa nak di buat di sekolah. Balik-balik program yang sama sahaja. Walaupun dapat merasa di bawah pentadbiran pengetua yang berbeza (4 orang) TETAPI saya berhadapan dengan persekitaran yang sama. Para kaunselor tentu arif tentang maksud tersurat dan tersirat ini hehe.

No. 2: Saya berpeluang menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM)!

Image result for upm logo


Yep! Saya sekarang bergelar pelajar tua haha!! Alhamdulillah saya keluar dari SMAHMU untuk menyambung pelajaran di peringat Master tajaan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Syukur! Menyambung pelajaran adalah impian saya sejak kecil, tapi saya selalu tolak impian ini masuk ke dalam pemikiran bawah sedar saya (kerana sibuk dengan kerja kaunselor). Tapi, itulah kan, memang "bukan senang nak senang" beb! Nanti saya ceritakan dengan lebih lanjut. Insyaa Allah. 

No. 3: Saya berpeluang ke Jepun!