Rabu, 1 Januari 2020

7 Perkara Yang Saya Buat Pada Tahun 2019

Image result for goodbye 2019 welcome 2020


Assalamualaikum dan Hai korang!

Selamat tahun baharu 2020!!

Adoii! Rasa janggal pula menaip, ini gara-gara dah lama benor tak menulis...last bulan April hari tu, tahun baharu, barulah nak menulis.

Sorry guys!

Nak tulis ringkas sahaja malam ni. Hanya untuk pandang belakang beberapa benda yang saya dah buat tahun lepas. 

Kita pandang belakang bukan untuk menyesal, no! no! no! Jangan pernah menyesal atas apa jua perkara yang kita dah buat. 

No. 1: Saya berani keluar dari zon selesa!

Image result for comfort zone

Yep! Zon selesa saya ialah berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad (SMAHMU). Keluar dari SMAHMU adalah keputusan paling berani yang pernah saya buat. Sudah 10 tahun di sekolah yang sama, saya rasa saya perlu keluar untuk cabaran baharu. Kata mentor saya, kita kena keluar dari zon selesa untuk menjadi lebih maju.

10 tahun weh! Tepu! Dah tak tahu program apa nak di buat di sekolah. Balik-balik program yang sama sahaja. Walaupun dapat merasa di bawah pentadbiran pengetua yang berbeza (4 orang) TETAPI saya berhadapan dengan persekitaran yang sama. Para kaunselor tentu arif tentang maksud tersurat dan tersirat ini hehe.

No. 2: Saya berpeluang menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM)!

Image result for upm logo


Yep! Saya sekarang bergelar pelajar tua haha!! Alhamdulillah saya keluar dari SMAHMU untuk menyambung pelajaran di peringat Master tajaan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Syukur! Menyambung pelajaran adalah impian saya sejak kecil, tapi saya selalu tolak impian ini masuk ke dalam pemikiran bawah sedar saya (kerana sibuk dengan kerja kaunselor). Tapi, itulah kan, memang "bukan senang nak senang" beb! Nanti saya ceritakan dengan lebih lanjut. Insyaa Allah. 

No. 3: Saya berpeluang ke Jepun!



Image result for jepun bendera
Yeay!! Jepun adalah negara yang berada dalam wishlist saya. Saya ke Jepun pada bulan Febuari 2019. Masih sejuk lagi waktu itu weh! Saya mengikuti rombongan sambil belajar sekolah sahabat baik saya. Dapat masuk sekolah Jepun, tengok sendiri kelas, anak murid, cikgu-cikgunya, sangat wow!! Serius! Ribu-ribu terbang, tapi kenangan terindah, beb!

No. 4: Saya mula mengamalkan konsep minimalist!

Saya ada banyak barang, dan saya serabut! Serius! Walaupun orang selalu cakap barang saya sikit, tapi saya rasa saya mempunyai barang yang banyak, cuma mungkin tak sebanyak orang lain. Saya agak mungkin saya ni kurang kemahiran untuk mengemas. Tapi saya silap, sebenarnya mengemas hanya menghilangkan masalah barang-barang bersepah sekejap sahaja. Kenapa barang bersepah? Sebab banyak barang!

Saya mula cari di Youtube tentang "how to organize things" tapi, dalam banyak-banyak video itu, saya tertarik dengan video ini. Wow! Sikitnya sampah dia!


Lepas itu, video yang betul-betul membuka mata saya ialah video di bawah ini:



Elizabeth Dulemba ini, dia nak berpindah, baru dia sedar, dia ada banyak barang. Macam itulah saya, masa saya berpindah dari rumah lama ke rumah baharu, saya sedar "wow! banyaknya barang aku". Macam tu juga masa pindah keluar dari pejabat saya di SMAHMU, "banyak betul barang aku!!" haha!! Jangan benarkan barang-barang yang bertimbun itu mengikat kita, guys!

Saya akan kupas lagi topik ini guys, sungguh menarik!

No. 5: Saya mula menyediakan bajet seperti The Budget Mom!

Jadi, masa saya nak ke Jepun, saya tak mempunyai duit yang banyak. Masa itu kewangan saya belum stabil, selepas membeli rumah. Dan saya hanya ada beberapa bulan sahaja untuk menyediakan duit untuk ke Jepun. 

Saya mencari di youtube cara-cara macam mana nak bajet. Iya, sebenarnya saya tahu caranya. Tapi ntahlah kan, nak jugak cari di youtube, dan akhirnya saya jumpa video di bawah ini.


Kumiko ini seorang ibu tunggal, ada seorang anak. Ada 2 pekerjaan dan berhempas pulas untuk membayar hutang-hutangnya. Nah, dari video-video dia, saya belajar simpan wang dan berpeluang ke Jepun! Amazing sangat. Korang janganlah ingat orang yang melancong ke luar negara tu banyak sangat duitnya ye, yang penting menabung-menabung hehe!!

Saya akan kupas, apakah teknik yang baik daripada Kumiko ini yang saya ambil, di tulisan akan datang!

No. 6: Saya berani menceburi perniagaan yang baharu

Image result for new business

Saya ada 3 perniagaan sebelum ini. Saja jer nak cuba yang baharu. Orang selalu kata, kalau tak cuba, tak tahu apakah impaknya. Jadi, saya bersama sahabat baik saya menceburi perniagaan baharu. Tapi saya tidak lama berada di dalam perniagaan tersebut kerana beberapa faktor. Tapi apa yang saya nak sampaikan ialah, kita jangan takut untuk menceburi perniagaan. Melalui perniagaan, saya membina self-confidence. Saya kenal ramai orang yang bermotivasi tinggi. Penolakan menjadi perkara biasa bagi saya. Saya jadi orang yang lebih kuat dari sebelum ini.

No.7: Saya berani buang orang-orang toksik dari hidup saya

 Image result for toxic people

Kata mentor saya, kita kena buang orang-orang toksik daripada hidup kita. Unfriend sahaja di Facebook. Unfollow sahaja di Instagram. Keluar dari whatsapp group, habis cerita! Klik. Jangan fikir adakah mereka akan kecil hati? Sebenarnya diorang tak fikir pun haha!! 

Kalau nak maju, memang kita kena pilih kawan-kawan kita, guys! Takkan kita nak kawan dengan orang yang asyik membawang 24 jam, asyik rasa tak puas hati sahaja dengan orang, tanpa fikir masa depan? Commonlah, dah tahun 2020 kot?

Wow!! kata nak tulis pendek sahaja, tapi macam terpanjang lah pulak. Selamat membaca guys! Selamat tahun baharu, semoga tahun ini kita lebih cemerlang, gemilang, terbilang dan terbang lebih tinggi. Insyaa Allah! Amin.

p/s: ok, nak sambung baca buku, esok peperiksaan. wish me luck, ok!



2 ulasan:

  1. aminn.. semoga dipermdahkan hidup cikgi..

    BalasPadam
  2. Sayapun tengah kurangkan barang. Prinsip saya satu masuk satu kena keluar. Maksudnya kalau saya beli kasut baru sebab kasut lama rosak. Jadi tak bertambah.
    Tapi adalah tak dapat buat macam baju. Susan nak sisih baju lama yang nak diberi/kitar semula.

    BalasPadam