Ahad, 23 Disember 2018

Borang Permohonan Ke Luar Negara

Image result for malaysia airlines

Assalamualaikum dan hai!!

Hari ini nak tulis pasal borang permohonan ke luar negara.

Tahun depan nak jalan, tahun ini sudah boleh buat permohonan. Sekurang-kurangnya 5 minggu lebih awal dari tarikh kita hendak berangkat tu.

Perancangan itu penting ya. Inilah dia "penjawat awam".

Setakat ini, saya tak pernah lagi main terjah saja tanpa borang permohonan ke luar negara. Tapiiiiii, saya banyak kali hantar lewat haha!!

Bab jalan-jalan ini, saya bukanlah perancang yang bagus. Selalu gagal haha...Suka travel last minute! Itu saya.

Kalau terasa nak ke sana, terus klik beli tiket, terus pergi (korang boleh baca entri jalan-jalan saya)

Tapi untuk trip tahun depan, saya perlu mendapatkan surat kebenaran dari KPM terlebih dahulu, untuk lepas ke luar negara. Haaa, trip apakah itu?

Nanti saya akan kongsikan di sini.

Rupa-rupanya, borang permohonan ke luar negara, kita tidak perlu lagi isi borang secara manual di pejabat.

Isi borang permohonan ke luar negara:

di http://www.jpats.gbsb.my/ klik http://elampiran.gbsb.my/elampirana3.php

Bila dah isi borang permohonan ke luar negara tersebut, kena cetak dan boleh ambil tindakan lanjut.

Perlu disertakan bersama borang relief, sekiranya kita ambil cuti CRK (Cuti Rehat Khas) dan juga borang cuti CRK.

Saya tak siap lagi borangnya, sebab perlu mendapat kelulusan cuti CRK saya. 

Kalau dulu, hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, tapi sekarang ini, hanya perlu di hantar ke Pejabat Pendidikan Dearah (PPD). 

Korang doakan agar semuanya berjalan lancar  ya. Amin

1 ulasan: