Wow!! lama sungguh saya tidak menulis di ruangan ini.
3 bulan...lama betul!! Haha!!
Ok, hari ini nak cerita pasal Seminar Sembang Kewangan oleh Tuan Zaidi yang saya hadiri pada 07 Julai 2018 (Sabtu).
Sudah lama sebenarnya saya nak hadir Seminar Sembang Kewangan Tuan Zaidi, tapi baru ini saya dapat menghadirinya. Alhamdulillah.
Mula-mula sekali, saya mendapat tahu mengenai Tuan Zaidi, daripada mentor saya, Tuan Zulkifli Shafie. Sejak dari itu, saya sentiasa mengikuti Tuan Zaidi di Facebook beliau.
Saya menghadiri Seminar Sembang Kewangan ini secara walk-in sahaja. Tidak mendaftar pun di web Urusinsan (jangan ikut macam saya). Sebab, saya takut kalau saya ada program sekolah di saat akhir.
Oleh kerana tempatnya berlangsung di Kuala Lumpur, dan saya pula tidak begitu berani untuk memandu kereta ke sana, jadi, saya memandu kereta sehingga di Stesen LRT Kajang, dan memakir kereta saya di sana.
Jangan risau, banyak parkir dalam LRT Kajang.
Saya terus menaiki LRT hingga ke KL Sentral.
Dari KL Sentral pula, saya menaiki LRT hingga ke Stesen Damai.
Dah sampai LRT Damai tu, kena jalan kaki pulak...lebih kurang 10 minit... Haaa, gigih tak gigih??
Saya sampai agak lewat. Dalam jam 10:15 pagi. Seminar Sembang Kewangan bermula jam 9:30 pagi. Huhu...
Nama saya yang ke-23...
Nasib baik diterima masuk...dah lah walk-in...
Ok, tempat Seminar Sembang Kewangan ini sangat spesial...ianya dibuat dalam rumah ok...lawa giler!!
Saya sampai sana dan terus dihulurkan air mineral sejuk...fuhhh!!
Dalam 23 peserta termasuk saya, lebih separuh ialah kaum adam...so, kaum hawa jadi minoriti ya.
Masa first time tengok Tuan Zaidi tu...saya macam "wah, macam tak percaya aku sampai seminar ni!!"
Sebab Seminar Sembang Kewangan ini memang antara seminar yang saya minat sangat nak sertai.
Sebenarnya Tuan Zaidi ni nampak je serius dan garang tapi sekali dia buat lawak, memang lawak sehhh...tak percaya? Cubalah pergi Seminar Sembang Kewangan ini.
Seminar Sembang Kewangan ini dijalankan secara santai. Setiap seorang peserta boleh beri 3 soalan mengenai kewangan, dan Insyaa Allah, akan dijawab oleh Tuan Zaidi.
Alhamdulillah ada break jam 11:00 pagi. Saya memang lapar giler. Dapatlah saya merasa roti jala dan kari ayam...sedap!!
Ada makan tengahari juga tau...percuma!!
Seminar Sembang Kewangan ini tamat hampir jam 6:40 petang...kalau ikut jadual sampai jam 5:00 petang sahaja.
Tuan Zaidi jawab semua soalan!
Banyak ilmu yang saya dapat. Pada saya, sangat berbaloi!
Untuk maklumat lanjut klik sini dan sini.
p/s: belajarlah selagi boleh belajar!!
Seminar Sembang Kewangan ini tamat hampir jam 6:40 petang...kalau ikut jadual sampai jam 5:00 petang sahaja.
Tuan Zaidi jawab semua soalan!
Banyak ilmu yang saya dapat. Pada saya, sangat berbaloi!
Untuk maklumat lanjut klik sini dan sini.
p/s: belajarlah selagi boleh belajar!!
Lama tak jengah kau rin...hope kau sentiasa meneruskan penulisan suka baca artikel kau banyak sangat info dan perkongsian...waiting for the next post... :)
BalasPadam