Assalamualaikum,
Korang mesti pernah dengar pasal YaPEIM kan?
Dulu diorang ada buat kempen beri sumbangan melalui potongan gaji.
Saya pun buat potongan gaji untuk sumbangan kepada YaPEIM. Tak lah banyak. Malu nak tulis. Hehe.
Korang pernah dengar 'berita panas' pasal YaPEIM suatu ketika dulu?
Sejak itu, ramai kawan-kawan saya buat pemberhentian sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji. Waktu itu, saya pun nak buat. Tapi asyik bertangguh saja. Sampailah dah hujung tahun 2017.
Hari ini, tiba-tiba pulak saya semangat nak buat pemberhentian sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji bulanan. Haha!
Saya pun Google dan berjumpa dengan artikel ini http://mknaceunlimited.blogspot.my/2015/11/kaedah-pemberhentian-sumbangan-yapeim.html#!/tcmbck
Saya pun salin dan tampal (copy and paste) contoh surat itu ke dalam emel saya hehe. Ini kes malas nak karang ayat sendiri.
Cuma, emel YaPEIM di dalam artikel tersebut tidak lagi valid (digunapakai). Iyelah, artikel itu pun diterbitkan pada tahun 2015.
Bila saya dapat maklumbalas dari Yahoo! yang mengatakan emel tersebut tidak valid, saya terus menghubungi YaPEIM 03-27172717.
Pegawai perhubungan YaPEIM memaklumkan bahawa emel yang baharu ialah spg@yapeim.my
Tak lama lepas itu, dalam anggaran 10 minit, saya mendapat emel maklumbalas dari YaPEIM yang mengatakan bahawa:
1. Proses pelaksanaan pemberhentian potongan ini mengambil masa selama 3 bulan, kerana proses tersebut bergantung pada majikan tuan/puan. Pihak YaPEIM akan mengeluarkan notis pemberhentian kepada majikan dan majikan tuan/puan yang akan proses untuk pemberhentian potongan.
2. Selain itu juga pihak YaPEIM akan mengeluarkan notis pemberhentian tersebut mengikut prosedur (surat pemberhentian yang diterima dahulu akan di proses dahulu).
3. Sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM ditalian :03-27172667 & faks : 03-27172663
Dah dapat maklumbalas macam ini dah kira oklah kan. Maksudnya pihak YaPEIM dah terima permohonan saya.
Alasan saya nak buat pemberhentian sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji bulanan? hehe, lawak sangat jawapan nya haha!! Kalau saya tulis kat sini, mesti korang guling-guling punya.
Ok, kalau korang nak buat pemberhentian sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji, bolehlah ikut macam yang saya tulis itu.
Kalau tak nak buat pemberhentian sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji bulanan pun takpe, tiada paksaan.
bolehbuat sebagai rujukan. tq cikgu
BalasPadamyep, betul
Padammak aiiii smpi 3 bulan... kalau nk duit org 24 jam je dah lulus
BalasPadamkan? masa nak duit tak sabar-sabar huhu
PadamTerima kasih atas perkongsian ini.
BalasPadamSituasi yang lebih kurang sama dengan Mrs. A lepas baca skandal YaPEIM tu memang nak buat pemberhentian sumbangan tu tapi asyik bertangguh.
Nak buat jugalah mudah aje rupanya kalau tahu caranya. Duk je depan pc ni ha pastu ikut step-step tu kan.... hehehehe..
haha, buat jangan tak buat hehe
PadamDah ‘mem’... ‘ber’ pulak ye... pastu hentikan... he he he...
BalasPadamhaha lawak2
Padamaku dah berhentikan dan rin masa sibuk-sibuk kes dia up dulu Alhamdulillah dah selesai dan dah xde potongan dah.
BalasPadamTerima kasih. Saya baru submit.
BalasPadampernah dengar tp tak tergerak nk ptong gaji etc.. nasib cikgu dh potong
BalasPadamApa alasan pemotongan tu..leh la share
BalasPadamKalau ada kes mcm tu baik buat pemberhentian je walaupun bulanan sikit
BalasPadamAs salam..
BalasPadamTq atas perkongsian.. saya pun asyik bertangguh je, dah bertahun rasanya nak batalkan.. Hehe TQ ya boleh ikut step ni jugak
Hari ni juga sy akan buat surat tu thanks!!
BalasPadamAssaalammualaikum,
BalasPadamsy pon dah send surat terus dapat emel feedback sama la mcm cikgu ckp tu..3 bulan..takpela, yang penting die terima..hehe
terima kasih ..share ya..
BalasPadamduit sumbangan tu dapatbalik tak?
BalasPadamHantar ke email y spg@yapeim.my tu ke?
BalasPadamTq cikgu atas info.
BalasPadamNak kepastian juga. Apa yg Yapiem buat dgn duit yg dpt tu. Saya juga potong tpi atas wakaf utk keluarga. jgn ada penipuan sudah.
BalasPadamminggu lepas sy dah hantar email suruh hentikan potongan. harap2 dapatlah potong awal sikit...
BalasPadamDh potong ke encik
BalasPadamsehingga kini, masih belum ada pemotogan...nanti saya akan follow up dengan pihak pembayaran gaji.
Padamutk skrg masih guna lg x surat utk berhenti potongan?sy nk hentikan sumbangan sbb nk potong zakat
BalasPadamtq...saya cuba jugok
BalasPadam