Hai, sorry dah lama tak mencoret.
Laptop rosak. Huhu
Hari ini ada benda penting nak maklumkan pada korang.
Saya bukan nak mempromosikan pinjaman peribadi atau personal loan ye.
Pada hari Isnin 12/06/2017 dalam pukul 6:20 petang, saya telah dihubungi oleh Hong Leong Bank. Nombornya: 03-76268899.
Kebetulan, pada waktu itu, saya sedang menantikan panggilan telefon (urusan penting).
Jadi, tanpa fikir panjang, saya terus mengambil panggilan telefon tersebut. Perbualan telefonnya lebih kurang begini:
Telefon: (Ada rakaman suara) yang mengatakan ianya adalah dari Hong Leong Bank.
Saya fikir ini mesti nak jual insurans nih. Tapi saya layankan jugak.
Telefon: (rakaman suara) Adalah dimaklumkan bahawa puan telah ada tunggakan pinjaman peribadi (personal loan) di Hong Leong Bank selama 3 bulan.
Saya: Hah??
Telefon: (rakaman suara) Sekiranya anda ingin bercakap dengan pegawai kami, sila tekan butang _______ (saya tak ingat nombor berapa)
Waktu itu saya memang sangat marah. Sebab saya memang tak pernah ada pinjaman peribadi atau personal loan di Hong Leong Bank.
Oleh kerana, saya nakkan kepastian, lalu saya pun tekan butang yang seperti diberitahu oleh mesin suara itu.
Setelah saya disambungkan kepada pegawai yang bertugas:
Lelaki: Puan, puan ada tunggakan 3 bulan pinjaman peribadi (personal loan) di Hong Leong Bank ye. Bila nak bayar ni puan?
(Eh, macam gengster plak!)
Saya: Eh!! Bila masa pulak saya pinjam Hong Leong Bank? (Nada suara saya tinggi)
Lelaki: Eh, sabar puan, sabar...
Saya: Eh, saya memang tak pinjam (blur kejap)
Lelaki: Ikut rekod, puan ada tunggakan RM3000 lebih (background suara lelaki ini kedengaran perbualan orang lain. Suasananya bukan dalam keadaan yang senyap). Saya dah tak sedap hati.
Dalam hati saya, memang nak hentak je pegawai tu.
Marah giler!!
Bengang!!
First time orang bank telefon saya, cakap kurang ajar.
Bukan tak pernah bank telefon saya, banyak kali. Tapi semua cakap baik-baik.
Lelaki: Ok, ini ______________ (menyebut nama penuh saya)
Saya: Ya
Talian telefon terus terputus lepas saya sebut YA.
Eh!, apsal pulak nih?
Saya tengok telefon saya ada bateri.
Kenapa putus?
Saya terus telefon balik nombor Hong Leong Bank tersebut, tapi tak dapat.
Saya check di internet laman web Hong Leong Bank, eh, betul lah nombor 03-76268899 memang nombor Hong Leong Bank.
Mana dia dapat butiran diri saya?
Saya risau.
Pada hari yang sama, saya telefon semula Hong Leong Bank. Masuk dekat mesin suara.
Saya tak meneruskan panggilan tersebut sebab, kalau saya bercakap dengan pegawai, mesti kena bagi nombor IC.
So, keesokan harinya, saya ke Hong Leong Bank Bahau.
Saya: Semalam saya dapat telefon dari Hong Leong Bank. Dia cakap saya ada tunggakan pinjaman peribadi atau personal loan kat sini. So, saya nak check, samada saya ada pinjaman peribadi (personal loan) kat sini atau tak.
Kerani bank: Geleng kepala. Haiyaaa, itu tipu lorhhh. Takpe-takpe, bagi IC, saya check.
Saya bagi IC
Kerani bank: Ok, you takde akaun kat sini.
Saya: Ok ek, saya tak pinjam personal loan kan?
Kerani bank: Takde-takde.
Saya: Mana dia dapat butiran diri saya?
Kerani: Haiyaa, diorang banyak lobang boleh korek. Bukan Hong Leong Bank sahaja maaa, semua bank pun kena ini macam.
Saya: Ok-ok.
Fuhhhh, legalah saya. Clear tak de pinjaman peribadi atau personal loan di Hong Leong Bank.
Hati-hati ye semua.
p/s: kalau dapatlah pegawai lelaki itu, memang saya hantuk kepala dia kat dinding...gerammmm!!
p/s: macam mana pulak pegawai lelaki itu boleh guna talian telefon bank? Saya syak, orang dalam bank itu sendiri. Wallahualam.
En sesedap dia kalo dia nak guna nombor bank nak guna kepentingan peribadi .. knea hati2 zaman sekarang ni banyak dah yang kena
BalasPadamkena hati2 sekarnag ni
BalasPadamSkarang mcm² cara org nk menipu. Nk duit mudah. Pnh dpt call lbh krg camni. Tp dr RHB..
BalasPadamnasib baik kena dengan akak kaunselor..
BalasPadamkalau orang pendek akal..
ada kena tipu dengan cara paling mudah
macam-macam sekarang...tambahan kalau yang buat misscall abaikan ja...tak perlu call balik...
BalasPadammudah ingat macam ni saja. kalau penting mesti diorang mesej atau whatsapp kalau call kita tak dapat
sekarang ni banyak betul kes penipuan.
BalasPadamkita kena alert dengan semua ni.
Sy br terkena skjp td ni no yg sama pun dr bank yg sama kne buat repot polis ka?
PadamHH pernah kena... sebijik kes mcm ni... dialog yg sama.., no tefon pon sama dlm internet... org yg nyamar pon kurang ajar gak... tah2 org yg sama... ha ha ha...
BalasPadamIni mmg scam... next time hang up tuttt tuttt tuttt... bior dia terhelo helo kat situ...
BalasPadamSebenarnya dorang mmg ada details peribadi kita... x susah pon nk duplicate peribadi kita.., sbb no phone bank pon dorang boleh duplicate! Ini mmg sindiket... nasib baik talian cikgu terputus... sbnrnya dorang nk kan info yg dorang x de like password online or pin atm banking yg lain...
BalasPadamTadi dapat call drp no tel yg sama (03 7626 8899), rakaman suara cakap ada tunggakan pinjaman 3 bulan berjumlah RM3,300. Minta tekan button no 9 untuk bercakap dengan pegawai. Malas nak layan terus matikan panggilan..haha
BalasPadamPhone scammer sama macam kawan Mrs. A pernah kena, Mrs. A pun share kisah dia kat blog.
BalasPadamBerhati hati semua.hari ini juga saya mendapat panggilan dari scammer ini.memang betul ada kes ini.terima kasih penulis blog kerana berkongsi kisah ini.
BalasPadamBaru2 ni terjadi kat kwn opis kes yg sama..mesin peti siara yg bercakap pastu minta tekan ni sekain2...jumlah amount jgk sama rm3000..mmg scam! Jgn mudah percaya..sib baik mmg x buat loan dgn bank tu..buatnya yg terkena tu buat loan bank yg sama dan x fikir panjang melayang rm3000 tu
BalasPadamsama macam kes sy.. bru kena tp xrespond apa2 sbb takut.. . x tekan button apa2 pun masa operator suh tekan button telefon tu kalau nk ckp dgn pgawai
BalasPadamAllahuakhbar...saya terkena dua kali...minggu lepas sekali...minggu ni sekali...moga Allah lindungi kita...aamiin.
BalasPadamSaya baru dapat panggilan dr n0 +0321648612. Sy pun x pnh ada pinjaman dgn hong leong
BalasPadamSays pun kena sama mcm tu...
BalasPadamsaya dapat panggilan yang sama hari ini
BalasPadam31 mei 18..isteriku dpt panggilan sama..mgatakn ada buat pinjaman sebanyak 50k...di hong leong bank persiaran ipoh. Sedangkan isteriku tak pernah ke ipoh selama ini..hu haa..pegawai bank hanya mampu nasihatkan buat laporan polis..dan akan menforwardkan panggilan tu ke balai polis..huhaa..lepas tu ..pegawai polis yg sedang bercakap tu mmg betul2 free melayani panggilan isteriku..dan si isteri ni mmang dah percaya sangat
BalasPadam.terketar2 suaranya..aku mmg dah geram sangat2..cakap jangan layan..jangan layan
.penipu ..tp masih jg tak reti..huhaa..mmg ada untungnya jadi budak nakal di masa lalu..
Polis dan pegawai bank dlam telepon tu adalah orang2 sama..dah setengah jam sembang kat telepon dgn polis menyamar tu..aku mmg dah geram sangat2 ..sedang berlaku 9.58am khamis 31 mei 2018..memang jilake
Terima Kasih kerana berkongsi. Boleh biar tak layan tanpa perlu berfikir panjang
BalasPadamsya baru je dpt cal jab tadi.. kononnya saya ada tunggakan di cimb bank loan peribadi. saya tak layan ... saya kata silap org..
BalasPadamYa Allah nasib la .. sya pun baru sgt² terkena tadi .. dia kata ada tunggakan sebanyak rm3000 kata nya loan peribadi , menipu ja sedang kan sya takda pinjam apa² terus sya letak phone .. yg ni sya xtau dia call no apa .. sbb dia call guna no rumah jahat sungguh , siap ugut lagi dia kata notis . Ap perlu sy buat ,perlu buat diam je ke ehh ?
BalasPadamsaya dah alamilah pagi tadi.ambil pengajaran kalau ada call macama ni jangan layan letak je phone tu
BalasPadamsy pun kena gak dengan panggilan ni, masalahnya die telefon rumah&bgtau ade tunggakan dr hong leong&suruh tekan no 9 utk berckp dgn khidmat pelanggan, belum sempat sy tekan da disambung ke khidmat pelanggan. sy agak mesti scammers&sy terus letak kol. aish, tahun 2018 camni pun msh ade yg nak menipu
BalasPadamSy baru sahaja terkena dr hong leong bnk mengatakan sy ada mmbuat pinjaman peribadi.. Siap kata sy buat di terengganu, dan apa hal plk mahkamah terenghanu call sy, sy xde langsung kaitan dgn hong leong bnk dan x pernah berurusan dgn bnk itu
BalasPadamKes yang sama! Saya baru terima panggilan dari Hong Leong Bank pagi tadi. Mereka ada semua maklumat peribadi saya termasuk No. Kad Pengenalan. Laporan polis telah dibuat untuk mengelakkan butiran peribadi disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan keselamatan di kemudian hari.
PadamSaya pun terkena jugak tadi scammer ni. Dah la sibuk keja dpt pulak panggilan ni. Kata ada tungakkan loan hong leong sebanyak 30k. Account pun tak pernah bukak macam mana bole ada loan. Sah scammer ni ingat nk hentam je tadi. Teringat ada keja. Terus tutup.
BalasPadam