Ahad, 19 Mac 2017

Program Bina Sahsiah Fardhu Ain (BISAFA) - Bagai Sirih Pulang ke Gagang


Suatu petang pada hari Jumaat, ketika itu saya sedang bergegas untuk pulang, saya terlihat 4 orang bekas anak murid saya berada di pejabat. Rupa-rupanya mereka mahu berjumpa dengan tuan pengetua. Malangnya, pengetua tiada di pejabat, kerana menghadiri mesyuarat.

Salah seorang daripanya (Anwar) ingin menunjukkan beberapa helai kertas kepada saya. Melihatkan kesungguhannya, saya pun layan sahajalah.

Cikgu, kami nak buat satu program di sekolah
Oh, program apa?

Program Fardhu Ain
Oh, bagusnya

Lalu Anwar menunjukkan kertas kerjanya kepada saya.
Ok, bagus, perincikan bahagian bajet ye (bila melihatkan bahagian bajetnya kosong lagi)

So, apakah sasaran korang?
Mula-mula kami target budak-budak sekolah rendah saja cikgu, tapi bila mengenangkan kami nak buat di SMAHMU, takkan tak nak open kat murid sini (SMAHMU), jadi, kami sasarkan juga murid tingkatan 1 dan 2.

Kami akan melibatkan sekolah-sekolah seluruh Jempol 
Saya terdiam (sebab selama saya bekerja, saya belum pernah buat program besar yang melibatkan banyak sekolah). Wah, program besar nih! Hebatnya! 

Cikgu, agak-agak pengetua bagi tak buat kat sini (SMAHMU)?
In syaa allah, saya rasa takde masalah.

Ok, saya doakan semuanya berjalan lancar untuk korang!
Terima kasih cikgu.

Butiran Program Bina Sahsiah Fardhu Ain (BISAFA):

Pengisian:
  • Memperbaiki bacaan Al-Fatihah
  • Mempraktikkan solat yang sempurna
  • Teori dan praktikal mandi wajib dan banyak lagi
Tarikh: 24 - 26 Mac 2017 (Jumaat-Ahad)

Tempat: Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad

Sasaran: 10 - 14 tahun

Yuran: RM10 seorang

Maklumat lanjut: 013-600 2465 (Anwar)  013-678 00796 (Faqih)

Barisan fasilitatornya ialah daripada kalangan bekas pelajar SMAHMU, yang mana menggambarkan kekuatan ukhwah sesama mereka.

Sebenarnya saya berasa amat bangga dengan keupayaan meraka mengurus program yang sebegini besar. Umur mereka adalah rata-rata 18-19 tahun.

Well, umur bukan penghalang. Nampaknya saya kena belajar dari diorang.

Program Bina Sahsiah Fardhu Ain (BISAFA) ini boleh dikatakan bagai sirih pulang ke gagang. Saya sendiri belum pernah berbakti di sekolah lama saya. Huhu

Ehem ehem, saya belum pernah bergambar dengan VIP

Syabas korang. All the best!!


18 ulasan:

  1. Bagusnya ada kesedaran untuk menganjurkan program seperti ini

    BalasPadam
  2. Baru 18 dan 19 tahun mempunyai idea yang begitu bagus. In Shaa Allah seiring dengan usia pasti mereka akan menjadi manusia yang berjiwa besar suatu hari nanti

    BalasPadam
  3. program yang sangat bagus nie...mesti dibagi sokongan yang padu..

    BalasPadam
  4. murah juga program ni.. bagus lah

    BalasPadam
  5. Besarnya jiwa budak2 tu.
    Perlu dibimbing.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama21 Mac, 2017

    salam....jalan2 sini sat..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, terima kasih singgah ;)

      Padam
  7. bagusnya ada kesedaran cam ni.

    BalasPadam
  8. kecik2 lagi dah ada jiwa sebegini... thumbs up!

    BalasPadam
  9. bagusnya anak murid...macam ni lah boleh jadi contoh

    BalasPadam
  10. Murah je yuran pendaftaran tu..kalau x daftar mmg rugi

    BalasPadam