Selasa, 4 Oktober 2016

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur dan Perjumpaan Postcrosser Malaysia

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur, setem, pos malaysia


Masa dulukala, bila orang tanya saya:

Orang: Eh, hobi kau apa ek?
Saya  : Hobi aku kumpul setem

Orang: Eeee peliknya, macam orang tua!
Saya  : (Ternganga dan terdiam)

Situasi di atas bukanlah pertama kali berlaku dalam hidup saya, banyak kali. Bila ramai orang kata saya pelik, saya pun beritahu hobi saya yang lain, menonton tv lah, tidur lah, makan lah, ternak lemaklah. 

Saya pun bertanya kepada diri saya, "eh, pelik sangat ke hobi aku ni?" Kita kan cenderung untuk masuk ke dalam sesuatu kelompok masyarakat. Tak nak bagi orang nampak kita ni spesis pelik. Jadi, selepas itu, saya memang tak beritahu orang bahawasanya hobi saya mengumpul setem.

Tapi keterujaan saya pada setem-setem yang cantik-cantik ini tak boleh nak ditutup. Bila saya mula banyak berjalan-jalan, saya mula membeli poskad-poskad untuk dibawa balik. Tapi, bila dah ada poskad, saya tak tahu nak hantar pada siapa.

Postcrossing Logo

Saya tak ingat macam mana saya boleh terjumpa dengan laman web postcrossing. Melaluinya kita boleh hantar poskad-poskad ke luar negara. 

Jadi, selain daripada setem Malaysia, saya dapat juga tengok setem dan poskad luar negara, best apa!

Pada hari Sabtu yang lalu, saya berkesempatan menghadiri Minggu Setem 2016 di Kuala Lumpur. 

Ada 5 perkara yang berlaku pada hari itu:
1. Pertama kali saya jejak Pejabat Pos Kuala Lumpur
2. Pertama kali saya menghadiri acara besar yang melibatkan hobi saya
3. Pertama kali saya jumpa Ain pengumpul setem yang tegar (yang selama ini kami hanya berhubung melalui Instagram sahaja)
4. Pertama kali menghadiri perjumpaan ahli-ahli postcrossing Malaysia
5. Pertama kali saya tengok, orang ramai giler beli setem dan kena ambil nombor giliran untuk membeli setem, okeh!

Jom kita tengok gambar:

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur
Pertama kali saya tengok kena ambil nombor giliran nak beli setem!

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur dan Perjumpaan Postcrosser Malaysia



Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur
Nampak tak diorang tengah buat apa? 

Saya tengok kenapa ada orang ramai-ramai kat meja ni? Diorang buat apa? Saya pun ambil gambar ni.

Saya   : Buat apa ni?
Uncle : Tampal setem, loh
Saya   : Buat apa? (tampal setem)
Uncle : (senyum je dia) agaknya dia pelik kot dengan soalan saya

Kata Ain, diorang tampal set setem antarabangsa Malaysia yang baru keluar dekat sampul surat hari pertama. Lepas tu, diorang akan dapatkan cop khas sempena minggu setem dan keluaran setem antarabangsa Malaysia yang pertama.

Minggu Setem ini berlangsung selama 7 hari. Jadi, ada 7 cop khas yang berbeza setiap hari. Kalau peminat tegar, diorang akan kumpul 7 cop berbeza tu.


Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur
Ada jualan setem dengan albumnya sekali


Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur
Ada jualan setem dan poskad terpakai

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur dan Perjumpaan Postcrosser Malaysia
Acara menandatangani poskad

Dah alang-alang saya di sana, saya join sekali perjumpaan postcrosser Malaysia. Mesra betul postcrosser Malaysia ni. Siap dapat poskad free lagi hehe

Saya tak tahu pulak, ada acara sign poskad. Sebatang pen pun tak bawak weh! Kalut betul! Nasib baik ada yang sudi pinjamkan pen hehe!

Tak dapat ambil banyak tandatangan sebab nak balik kejar tren komuter. Perjalanan hampir 4 jam weh dari Bahau ke Kuala Lumpur.

  • Pertama kali saya rasa hobi mengumpul setem saya ni tak lah pelik mana.
  • Setem ni boleh menjana duit, kalau tak masakan diorang sanggup melabur duit yang banyak untuk membelinya.
  • Ada pelbagai peringkat usia. Mengumpul setem bukan old school ye.
  • Tapi saya belum sampai ke tahap pengumpul setem yang tegar. 

p/s: kepada Ain, terima kasih kerana mengubah persepsi saya sebelum ini dan juga terima kasih atas masa yang telah diluangkan ^__^

24 ulasan:

  1. kecik2 dulu kumpul juga setem. tapi tak tahan lama. my sister punya collection lagi banyak tp rasanya dia dah jual quite sometime ago

    BalasPadam
  2. sis raihanah: wah ada lagi ke setemnya? boleh turunkan pada anak :)

    BalasPadam
  3. masa kecik2 pun lela suka kumpul setem. siap ada album setem. pulun p pejabat sekolah minta setem dengan kerani. hehehe

    BalasPadam
  4. kalau dah minat memang best...rugi kalau tak buat

    BalasPadam
  5. Saya pun peminat setem. Tidak peliklah hobi ni, unik lagi.. Cuma collection saya dari kecil entah di mana sudah

    BalasPadam
  6. Dulu masa zaman sekolah rendah dan menengah, saya pun kumpul setem. Itulah aje hobi yang memberangsangkan zaman dulu-dulu selain baca novel MB. Mana ada internet bagai ni nak 'pupuk' hobi lainkan.

    Tapi tak tahulah apa jadi pada koleksi setem saya. Tak ambil port langsung sejak dah keluar dari rumah lepas habis sekolah dulu. Kotnyalah masih ada lagi di rumah pusaka arwah abah saya, entahlah!

    BalasPadam
  7. aswaleyla: haha, kerani sekolah saya pun minat kumpul setem

    hanafi: ini semua minat punya pasal hehe

    aryn: cari balik lah aryn ;)

    mummy: wah tak sangka mummy pun suka setem, cari balik lah mummy, mesti tinggi nilainya sekarang ;)

    BalasPadam
  8. Hobi masa akak kecik-kecik dulu. dah penat kumpul lepas tu hilang, malas dah nak kumpul lagi.

    BalasPadam
  9. tak pelik pun hobi ni. bagus la kalau ada hobi macam ni ;D

    BalasPadam
  10. Tak pelik.. Biar orang lain nak cakap apa pun. Yang penting sis happy bila dapat luangkan masa dengan hobi sis. :)

    BalasPadam
  11. kecil2 dahulu pernahlah beli setem buat koleksi macam ni tapi tak lama.. mungkin sebab tak tahu kenapa hobi kumpul setem satu yang menyeronokkan

    BalasPadam
  12. Wah bestnyer, siap ada postcrosser lagi tuh? jangan ingat hobi macam ni tak boleh kaut pendapatan kan?

    BalasPadam
  13. takde dah setemnya, rasanya lama dah jual

    BalasPadam
  14. Amy: sayangnya sis, kalau jumpa bagi saya tau hehe

    uncle: tq uncle :)

    reen: tq sis :)

    izwan: nanti kalau jumpa bagi saya tau :)

    jelita: haha, boleh buat duit sampingan ;)

    raihanah: oh dah jual, selamat di tangan orang lain hehe :)

    BalasPadam
  15. dulu sy simpan jg laa setem2 kenalan dr luar negara (tp sy bkn pengumpul) dpt laa dlm 1 album tp lps rumah renovate semua hlg waaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  16. kecil2 sampai remaja dulu saya rajinkumpul setem...

    tapi tak pernah involve aktiviti di pejabat pos gini sebab tak ada yang membawa

    BalasPadam
  17. hanie: wah, kumpul setem jugak? saya ni pun sebab ada orang ajak, kalau tak memang tak pernah jejak kaki pun hehe

    BalasPadam
  18. Masa sekolah dulu saya suka kumpul setem...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai rupanya suka kumpul setem sejak dari sekolah..kira mmg hobi yg popular masa kecik era 90an..hihi

      Padam
  19. ato? zaman sekolah je ke? zaman sekarang?

    BalasPadam
  20. seronok berkumpul camni dengan orang yang sama interest kan...boleh exchange setem sistem barter..

    hobi ciktom kumpul setem sejak dari sekolah lagi..takde pun cakap hobi orang tua..tapi masuk u stop dah..tapi semua koleksi setem ada simpan lagi dalam album setem..maybe balik kmpg nati boleh cari balik album..

    BalasPadam
  21. cik tom: kalau cik tom jumpa balik album tu, mesti tersenyum simpul punya, sebab mengimbau kenangan lama hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. lupa plk nak cari balik kmpg aritu..balik kmpg nanti raya cina la tgok..hrp2 masih elok & tak kena gigit dengan lipas or tikus..hehe.

      Padam