Artikel ini ada kena mengena dengan artikel sebelum ini Dah Dapat Matrikulasi, Takkan Tolak Kot?
Dalam artikel Dah Dapat Matrikulasi, Takkan Tolak Kot? yang ditulis setahun yang lalu, saya menceritakan perihal tentang 4 orang bekas pelajar saya yang mencipta sejarah di terima masuk ke Matrikulasi Perak.
Nah, setahun kemudian, salah seorang daripada mereka, saya jemput untuk berkongsi pengalaman belajar di sana, dengan murid-murid tingkatan 5 iaitu Anis Raihayu.
Perkongsian ini berlaku beberapa hari sebelum keputusan UPU diumumkan.
Saya: Awak rasa dapat Universiti?
Anis: Ntah lah cikgu
Saya: Sem 1 dapat berapa?
Anis: 3.5
Saya: Sem 2?
Anis: 3.6
Saya: In syaa Allah boleh dapat ni.
Sebenarnya, saya agak terkejut dengan keputusan semester Anis. Macam saya tulis dalam artikel sebelum ini, pelajar-pelajar yang masuk ke Matrikulasi ini, bukanlah pelajar yang cemerlang, gemilang, terbilang dan terbang!
Tapi kemampuannya mencatat gred tinggi dalam peperiksaan adalah mengkagumkan.
Anis bakal ke Unimas
Mardiyah bakal ke UKM
Syahirah bakal ke UMK
Hanya seorang daripada 4 orang yang masuk ke Matrikulasi ini gagal meloloskan diri ke universiti. Allah lebih mengetahui.
Mereka ini di sekolah, goyah-goyah je
Mungkin di Matrikulasi baru diorang faham kenapa kena jadi macam Cheetah dan baru diorang faham kenapa kena berenang untuk selamatkan nyawa dari di baham jerung!
So, saya dah ada testimoni berharga daripada mereka yang kurang cemerlang dalam SPM, ke Matrikulasi dan seterusnya ke Universiti. Alhamdulillah!
Saya percaya, ianya tidaklah datang bergolek kalau tiada usaha yang gigih dan bertawakal kepada Allah ^__^
Bila anak murid lebih tinggi dari cikgu!
Kasihannya yang tak dapat meloloskan diri masuk universiti tu.
BalasPadamBerbeza ya zaman kita dulu-dulu dengan zaman sekarang ni. Dulu universiti yang offer kita nak masuk ke tidak, pilihlah mana nak! Sekarang ni dah masuk matrikulasi pun belum tentu dapat sambung pengajian ke universiti ya!
mummy: yep, zaman sekarang lagi sukar nak masuk U...budak pandai2 bersepah ;)
BalasPadamwahh cikgu siap "pis yo" ., ;)
BalasPadamtiga lalat: haha ;)
BalasPadampasti ada peluang lain yang menanti
BalasPadamsaya tak dapat masuk Universiti biarpun cita-cita tinggi memnggunung..namun saya tetap yakin boleh berjaya dalam hidup
BalasPadamkesian yang tak dapat masuk U tu. mudah-mudahan akan berjaya dalam apa juga lapangannya.
BalasPadamindahnya kala anak murid berjaya kita ras ateruja syukur sangatkan
BalasPadamtahniah cikgu atas kejayaan anak murid
BalasPadamalhamdullah...perjalananmu masih jauh lagi adik2 teruskan berusaha
BalasPadamnik: yep, insyaa Allah ;)
BalasPadamhanafi: tak dapat masuk U bukanlah gelap masa depan
raihanah: terima kasih
s: yep, betul!
anies: terima kasih!
hehe anak murid sekarang tinggi tinggi
BalasPadamuncle: yep, betul tu uncle ;)
BalasPadammasih ada perluang lain seperrti politeknik dan kolej2 yang menawarkan pelbagai ilmu
BalasPadamseri: yep, betul tu tinggal nak dengan tak nak je
BalasPadamkawan cik tom waktu sekolah biasa je..xmenonjol mana..ramai lg bijak..time masuk matrikulasi..perubahan drastik..setiap sem dpt 4.0..semua cikgu sekolah terkejut..yang pandai waktu sekolah pulak hanyut..huhu
BalasPadamtime matrik dan universiti..student kena byk independent utk study..tak sama macam sekolah..cikgu akan sentiasa ingatkn utk study..buat kelas tambahan..bagi latih tubi..
memang beza waktu sekolah dan matrik. murid kena bijak menyesuaikan diri
Padam