Hai semua. Selamat menyambut Hari Merdeka!
Ok, hari ini nak cakap pasal hutang. Haaa, saya memang banyak hutang. Hutang keliling pinggang!
Umur kecik lagi, saya dah ada hutang. Iaitu PTPTN. Maklumlah keluarga kurang kaya.
Bila dah ada gaji, hutang kereta pulak!
Tahun ____ hutang _____
Tahun ____ hutang _____
Saya ini jenis penakut. Abah selalu ingatkan saya, kalau tak mampu (nak beli sesuatu) jangan beli. Jangan tambah hutang. Beli benda penting sahaja.
Sebab itu saya hanya mampu tengok orang pakai iPhone haha!
Alhamdulillah, ada hutang yang telah dijelaskan. Jadi, komitmen dah kurang.
Banyak pulak rintangannya.
Salah satu daripadanya ialah kehendak nak tukar kereta baharu. Yang ini memang dugaan paling kuat!
Dua tahun sebelum habis bayar kereta, macam-macam jenama kereta bermain dalam kepala saya. Terutama sekali Toyota Camry!
Tapi ntah macam mana, ianya lenyap setelah saya halakan pada sesuatu yang lain.
Baru-baru ini, ada kawan saya cerita pasal nak jana pendapatan dengan cara berhutang. Timbul keinginan nak mencuba! (sebab komitmen hutang yang ada sekarang dah kurang)
Secara ringkasnya, kawan saya terangkan begini:
1. Buat pinjaman peribadi RM50K di bank
2. Masukkan RM21K dalam Mymi1 (pakej VIP)
3. Beli motor berkuasa tinggi RM20K
4. Ada tunai dalam tangan RM9K