Hari Ahad yang lepas, saya dan rombongan sekolah ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi untuk Karnival Jom Masuk U.
Kali ini ntah kali ke berapa saya menghadiri karnival sebegini. Tak terkira kot. Sejak jadi kaunselor sekolah.
Apa yang ada di sana?
Mestilah ada orang kan. Ramai giler. Tapi mungkin tak seramai hari Sabtu. Kawan-kawan yang pergi hari Sabtu cakap, jalan macam siput. Terlalu sesak. Hari Ahad, ok lah. Nasib pergi hari Ahad.
Apa yang ada lagi?
Booth Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). IPTS ni terlalu banyak sampaikan ada nama-nama yang tak pernah di dengar pun.
Dekat booth-booth ni lah, diorang akan terangkan pasal universiti diorang ni. Kursus-kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan dan sebagainya.
Kadang-kadang murid-murid tanya kaunselor, kaunselor pun tak terjawab, bukan apa, sebab terlalu banyak institusi pengajian yang ada. Jadi, inilah platform terbaik bagi murid-murid bertanyakan terus soalan-soalan yang terbuku di minda itu kepada orang-orang lebih arif di booth-booth tersebut.
Selalunya, orang yang berada di booth ialah mereka yang arif tentang sesebuah institusi itu. yelah, masa inilah nak promosi habis-habisan kan institusi masing-masing.
Ini Husna, bekas anak murid. Sekarang di SMAP Labu. (Anak murid lagi cerah bersinar dari cikgu)
Ini pun Husna jugak, sekarang di SMAD Kelana. (Lagi tinggi dari cikgu)
Tingkatan 5 tahun ni. (Anak murid lagi ceria dari cikgu. Sebab diorang tak tahu apa dah cikgu dia lalui bagi menjayakan rombongan kali ni)
Bawak budak tingkatan 5 ni memang bagus. Tepati masa. Senang hati. Makan, Solat diorang urus sendiri. Cikgu tahu dalam bas dah ready.
Terima kasih kepada pihak JPNS kerana bagi bas percuma pergi balik.
Patutla ramai sungguh masa lalu ke ukm minggu lepas, ada program pendidikan ya
BalasPadamSuka attend karnival2 macam ni.. Banyak goodies bag boleh dapat.. Hehe..
BalasPadammomsavenues.com
hehe..betul sgt...dulu ciktom suka pergi karnival camni collect goodies..haha
PadamBagus betul sekolah buat rombongan ke tempat begini. At least, pelajar mendapat lebih pendedahan mengenai Universiti yang mereka akan pilih nanti. Teringat kembali kenangan study di UKM. Hihuu...
BalasPadamsekarang banyak sekolah bagi pendedahan dgn bwk pelajar ke karnival camni..memang sgt bagus..boleh diorg buat pilihan mengikut minat dan syarat kelulusan..
Padamnoriza: yep, 2 hari
BalasPadamdzu: saya jumpa makcik yang suka kumpul beg kat sini hehe
jida: lain kali boleh datang ye ;)
anak murid lebih menyerlah dari gurunya adalah perkara biasa...tempiasnya memang kena pada gurunya juga.
BalasPadamanak murid xmerasai lagi segala jerit perih cikgu nak mendidik..hehe
PadamIPTS macma cendawan tumbuh lepas hujan.. banyak sangat. kena pandai memilih bidang yang nak diceburi takut nanti susah dalam kerjaya... good luck adik-adik semua
BalasPadamgoodluck kepada mereka yang tengah apply untuk sambung pelajaran :D
BalasPadamBegitulah t/jawab seorg guru...
BalasPadammrhanafi: haha, betul tu ;)
BalasPadamdkna: yang penting mesti ada pengiktirafan MQA
uncle: terima kasih
lyafrina: yep, betul tu
Hari tu Sha jadi urusetia Jom Masuk IPT Tawau Sabah. Macam nak pengsan handle ramai orang. Tu baru sekali. Yang cikgunya ni dah berkali-kali bawa student, mesti lagi macam nak pengsan kan? Hehe.
BalasPadamshahira: bila dah berkali-kali, pengalaman mendewasakan saya ;)
BalasPadamgood luck kepada semua adik2 yang sedang berusaha utk sambung belajar
BalasPadamraihanah: terima kasih!
BalasPadamRasa masa sekolah dulu xpernah pergi karnival jom masuk u..jadi kurang pendedahan time nak isi borang upu...hasil isi ikut suka hati je..
BalasPadamhaha main redah je ye, cik tom hehe
Padam