Kali pertama saya ke Klinik Pergigian Bahau dalam Klinik Kesihatan Bahau ialah pada 07/10/2015 yang lalu. Ini pun pergi sebab nak temankan kawan saya yang nak check gigi. Sekali tu bukan takat teman sahaja, dengan saya sekali dipaksanya check gigi bersama. Adoii! Awas kalau ada kawan anda yang ajak "teman", dia akan paksa sekali anda check gigi jugak!
Doktor: Nak buat apa?
Saya: Hurmmm, check dan cuci.
Doktor: Ok
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~NGILU~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Doktor: Gigi awak berlubang, nak tampal tak?
Saya: Hurmmm, lain kali lah
Doktor: Ok
Jadi, hasil daripada pemeriksaan gigi yang lalu, doktor mengesan ada lubang di gigi geraham bawah. Hurmmm, tak sangka plak sebab memang tak sakit.
Tapi biasalah kan, selagi tak sakit, memang tak buat haha!
~~~~~~~~~~~Selang beberapa minggu kemudian~~~~~~~~~~~~~
Saya rasa gigi geraham itu berdenyut-denyut sakitnya. Haaaa, padan muka, hari tu, tak tampal, sekarang dah sakit! Sakitnya menjadi-jadi lagi sebelum ke Ipoh. Tapi sepanjang di Ipoh, alhamdulillah tak sakit pulak. Agaknya, sebab syok berjalan kot! Haha!
Jadi, setelah sekian lama, hari ni saya berkesempatan ke Klinik Pergigian Bahau yang terletak di Klinik Kesihatan Bahau. Setelah tertangguh sejak beberapa minggu yang lalu.
Tak ramai orang kat klinik. Saya duduk beberapa minit, sempat jugaklah belek-belek buletin pergigian tahun 2014. Sebagai penambahbaikan, tolonglah letak bahan bacaan berunsur humor ye, sebab orang kat klinik gigi ni nervous giler nak mampus! Nama saya dipanggil. Rupanya doktor yang sama merawat saya pada kali pertama dahulu. Doktor perempuan India.
Doktor: Nak buat apa?
Saya: Tampal gigi
Doktor: Kat mana?
Saya: Geraham ni...(sambil menunjukkan gigi geraham saya)
Doktor: Pakai ni (sambil menghulurkan goggle berwarna oren)
Ntah kenapa, tiba-tiba saya terbayang, orang yang sedang memateri. Saya tergelak. Well, bila pakai goggle ni, takdelah silau mata kita bila lampu disuluh ke gigi. Bagus!
Sambil memegang satu alat (tak pasti nama alat ni) di tangan kiri saya, fungsinya macam meyedut air dalam mulut.
Doktor: Gigi ni dah goyang. Sakit tak?
Saya: Tak
Doktor: Ok, saya tampal dulu, kalau sakit, kena cabut.
Saya: Ok
Sebenarnya, tampal gigi ni taklah se ngilu masa cuci gigi. Memang doktor ni buat lembut je. Takdelah main rodok-rodok. Rasalah dia bersihkan dulu gigi tu dan tampal. Saya pun tak pernah belek-belek (tengok) gigi saya dengan betul. Semuanya doktor yang buat. Baguskan doktor!
Doktor: Ok dah.
Saya: Ok? (Macam tak percaya dah siap, sebab cepat sangat)
Nurse: Air, kumur (ada air di belah kiri saya)
Masa kumur ni, memang takde darah. Saya memang seram kalau kumur-kumur ada darah!
Sebelum saya keluar dari bilik rawatan, saya tengok doktor sedang menulis kad merah, saya tak pasti samada itu kad saya atau tidak.
Saya: Doktor, tampalan ni boleh tahan berapa lama?
Doktor: Lama (sambil senyum)
Saya: Saya pernah tampal gigi dulu, kat klinik lain, sekejap je, dalam 3 minggu dah tanggal.
Doktor: Oh!
Saya: Nama doktor?
Doktor: Laksmi.
Saya: Ok thank you doktor!
Bangga dengan klinik gigi Bahau!
Nota: Kawan saya buat rawatan gigi di klinik gigi swasta di Senawang kena RM900 (cuci gigi dan tampal gigi) serammmmm! Taubat! Dia takkan masuk lagi klinik gigi itu!
Cabut gigi sampai rm900.. hiler ke ape klinik tu.. huhu
BalasPadamgiler tahap dewa haha! macam merompak pun ada
BalasPadammahalnya sampai camtu
BalasPadamcerita yang bagus
BalasPadamJika anda sudah merasa cocok dengan satu dokter gigi, maka sebaiknya jangan berpindah=pindah dokter lagi.
BalasPadamdengar harga pun dah seram.....belum g klinik gigi lagi tu....
BalasPadamsaya pun ada pengalaman tampal gigi..sampai sekarang masih lagi x hilang tampalan ni..lama jugak..hehe
BalasPadampengalaman tampal gigi kat swasta ada dua ke tiga kali.. ngilu tak ingat .... dah macam dalam cerita the dentist...seram
BalasPadamTak ramai orang. Bestnya...
BalasPadamlama juga saya tak gi jumpa doktor gigi
BalasPadamKalau pergi klinik swasta akan demam dengan bilnya. :)
BalasPadam