Cuti hari tu, atau lebih tepat lagi, 16 September 2015, saya dan kawan-kawan ke Bangi. Untuk apa? Teman diorang membeli dan membelah duit haha.
Saya tak pasti ini kawasan apa, tapi semua bangunan dikelilingi butik-butik baju dan tudung. Orang-orang yang follow Instagram (Ig) mesti tahu ni.
Moh kita tengok butik-butiknya.
Osem kan cermin dia!
Cantik betul lampu dia!
Butik Minaz ni, butik yang pertama kami terjah. Harga dia? Hurmmmm, kena tengok sendiri ye!
Tak ingat ni butik yang keberapa kami masuk. Tak ingat jugak nama butiknya. Kekurangan butik ini ialah takde kerusi langsung. Sampaikan kami duduk di atas lantai sebab lenguh kaki.
Harga? Bolehlah, kategori boleh dibeli, tapi saya tak beli.
Cer teka nama butik ni? Nampak mewah kan?
Tara...butik Mawi dan Ikin
Di UneQuein, mewahkan wallpaper dia!
Bila sampai ke butik yang ntah keberapa, saya ternampak tong aiskrim ni. Aiskrim yang lain dari yang lain. Jenama pun lain. Teruja saya nak cuba.
Nak tau harganya berapa? RM4 okeh! Terkejut beruk mak!
Lepas makan tengahari, mula bertenaga untuk menapak ke butik-butik lain (petang masih muda hehe).
Kebanyakan butik yang kami singgah, memerlukan kami membuka kasut.
Dan salah seorang dari kawan saya cakap "tak nak lah masuk kedai kena bukak kasut"
ok.
Tapi bila tengok ni, dia berubah fikiran. Jom-jom kita masuk!
Haaaa, sebab tulis "kucing" di situ.
Tapi bila masuk, saya tengok takde kucing pun.
"Dik, mana kucingnya"
"Kucing dinding je kak yang ada" (wallpaper kucing)
Haaaa, rasa terbako dada!
Takpelah dik. Penat jalan-jalan kami singgah minum di... (nantikan di entri akan datang)
Butik Aisya Queen and Cafe ni adalah butik kedua terakhir dalam siri penjelajahan membeli dan membelah duit kami.
Abang butik ni walaupun dalam keadaan tak berapa sihat, layan jugak kitarang yang macam buat kedai sendiri, ahaks!
Tara...butik ni adalah tapak kaki kami yang terakhir. Tak beli apa-apa pun hehe.
p/s: betul kata orang - kita selalu ingat yang pertama dan terakhir haha! Butik pertama Minaz, butik terakhir Osra.
p/s: saya tak beli apa-apa baju pun kat butik, tapi membeli makanan!
p/s: kalau ke sini, elakkan memakai kasut. Pakai selipar Jepun je.
minaz tu mmg popular juga, selalu tengok orang share. tp decoration kedai last tu menarik betul
BalasPadamSekali sekala jalan macam tu best juga kan..
BalasPadamHaha, masa raya hari tu pernah juga ke situ. Rasa tak berbaloi kecuali kita memang nak beli jenama tertentu.
BalasPadamMek ila rasa lagi mudah pergi shopping complex yang jual pakaian pelbagai jenama, banyak pilihan dan harga berpatutan.
Kata kawan lagi mudah beli online di butik begini.
mahalnya eskem tu
BalasPadamSeru juga jalan-jalan disini. Tapi ingat budget lho. Jangan sampai terlena hingga dompet terkuras
BalasPadamshopping raya tempat artis popular nampak..
BalasPadamkembung duit lah 2 kn
Tak mampu masuk butik. Sayang duit ha ha
BalasPadamMemang letih kaki la berjalan kalau gi bangi sentral tu...MV duk di bangi pun malas nak gi sana
BalasPadamramai tau peminat MINAZ...saya pun dah tgk real depa pakai..mmg cantik sungguh cuma ikut body malu nak pakai
BalasPadamsesali sekala buat aktiviti mcm nie seronok kan.... baru lah betul window shopping.... ekekeke.....
BalasPadamhaha mcm kelako pulak ttg pencinta kucing tu..igtkan dia bg ruang utk pencinta kucing bg kucing mkn free.. rupanya wallpaper je.. ^-^
BalasPadamwow minaz
BalasPadamtak pernah singgah ke butik ekin dan mawi lagi