Semalam jalan-jalan dari Bahau ke Subang Parade, Shah Alam. Sebenarnya, ini adalah kali pertama saya ke sini. Naik apa? Naik komuter sahaja. Jom tengok peta laluannya.
Dari Bahau, memandu kereta ke Stesen Komuter Senawang. Parkir kereta di situ. Oleh kerana saya pemandu yang berhemah, ia mengambil masa 1 jam. Haha!!
Beli tiket pergi-balik ke Subang Jaya. Saya jenis malas nak beratur lagi untuk beli tiket balik. Beli sekali harung, senang.
Naik komuter dari Senawang memang best, sebab tak perlu berebut tempat duduk! Bilangan pengguna yang naik dari Senawang, alahai, tak sampai 15 orang! Pilihlah mana-mana tempat duduk yang disukai.
Dari Stesen Komuter Senawang, kena turun di Stesen Komuter KL Sentral, untuk tukar laluan ke Shah Alam. Bila dah sampai KL Sentral, masuk ke laluan nombor 5 untuk ke Shah Alam. Dari Senawang ke KL Sentral mengambil masa 1 jam 30 minit, manakala dari KL Sentral ke Subang Jaya pula mengambil masa 30 minit. Kematu punggung haha! @#$%%$%^&**
Dari Stesen Komuter Subang Jaya, jalan kaki ke sebelah kanan. Subang Parade berada di sebalah kanan anda! Yeahhhh!! (saya pun tanya kakak penjual tiket komuter, kalau tak tanya sesat jalan). Serius tak jauh pun dari komuter.
Subang Parade bersebelahan dengan Aeon Big
Di luar Subang Parade
Jom kita tengok bahagian dalam pula:
Ada kedai jual tudung
Depan kedai tudung ni ada kerusi rehat...sangat empuk!
Dekat dengan tempat kerusi rehat ni, ada kedai jual permaidani dan lain-lain. Cantik, kan?
Ada seminar pasal pelaburan
Binaan dalam ni memang cun
Jualan perabot di tingkat bawah
Kat bawah ni pun jual permaidani
Macam-macam kedai ada dalam ni. Tak larat nak pergi semua tingkat. Pilihan tempat makan pun banyak. Lain kali kita cerita pasal makanan pula. Bye!
ktm komuter memudahkan perjalanan kan..pasni, leh ke lain-lain tempat lak.
BalasPadamYup, JMR memang naik komuter je senang
BalasPadamSudah lama tak lepak di Subang Parade..banyak juga yang dah berubah...
BalasPadamDah lama tak naik komuter since dah beranak pinak ni,sukar nak kawal dan sukar juga nak dapat tempat duduk...
BalasPadamSaniYunus: orang kata Subang Parade ni shopping complex lama, tapi dah banyak upgrade lah
BalasPadamNoriza Abdul Rahman: saya tak pandai nak drive jauh-jauh ni, so naik komuter je lah
Seronok juga bila sesekali jalan naik komuter. Boleh relax dan enjoy dengan pemandangan. Yang tak tahan tu, bila komuter sesak dan penuh dengan penumpang.
BalasPadamMek Ila: yep betul tu...bila ramai org yang tak selesa
BalasPadamnaik komuter umpama naik bas ke bangladesh haha...penuh warga terlarang...subang parade kat shah alam ke ? haha
BalasPadamdulu-dulu pernah naik komuter..memang bast juga tu.
BalasPadamdah lama tak naik komuter..last naik tahun 2003 rasanya.
BalasPadampenggunaan kenderaan awam memang menjimatkan bagi bijak dan tahu strateginya
BalasPadambaru tahu senawang ada komuter
BalasPadamingat nak try naik minggu dpn....
BalasPadamBelang tarung: yep...masa akan datang lagi ramailah orang Bangladesh huhu
BalasPadammr.hanafi: memang osem
abg jay: try lah naik sekarang
hanafi: tapi kenderaan awam di sini perlu dinaiktaraf
seri: ok nanti bolehlah cuba
abg jay: chaiyuk2
ya memang menjimatkan kalau guna kenderaan awam ni...
BalasPadamkira saya pun baru tahu dari bahau dah boleh straight ke subang. satu peningkatan yang baik
BalasPadamKencing manis: yep, memang jimat
BalasPadamraihanah: bolehlah cuba nanti ye
Sekalin sekala naik keretapi memang best kan :) bawa keta asyik jem je hehehe.
BalasPadamdaud mohamad: yep, betul tu...ada orang tolong bawakkan hehe
BalasPadamnaik komputer memang layan kerana boleh layan sekali media sosial..
BalasPadamlama tak ke subang parade huhu
BalasPadamMr.hanafi: saya tak boleh nak layan media sosial, kang muntah pening dalam tu
BalasPadamuncle zuan: pergilah uncle, macam-macam ada
kakau stress memang aku naik KTM saje je jalan2x
BalasPadamNaik komuter memang senang... tak yah nak lekat dalam jem... Part seram dulu2 time naik komuter, tetiba berenti kat tengah2.. sbb ada kerosakan... mak aii..!
BalasPadamBahrain: jom sama-sama naik tren...penghilang stress!
BalasPadamNiza yusof: eh, saya pun pernah naik tren rosak, ke kita dalam tren yang sama? hehe