Isnin, 19 Januari 2015

Tips Pemilihan Ke Tingkatan 4


Fuhhhhhhhhhhhhhhh, mula-mula nak minta maaf sebab dah lama tak taip apa-apa di sini. Bercuti panjang lah kata kan. Bila dah cuti, mood nak menaip tu tak datang-datang. Ahaks!

Hari Orientasi Sekolah telah pun berlalu. Macam sekolah saya, program orientasi melibatkan murid tingkatan 1 dan 4. 

Orientasi tingkatan 4 selalunya ada slot tentang subjek-subjek elektif yang ditawarkan di sekolah. Pada waktu itu, guru-guru subjek akan terangkan secara ringkas apa yang akan mereka pelajari sepanjang 2 tahun itu. Bagi saya ini adalah penting supaya murid-murid mendapat gambaran awal tentang sesuatu subjek, jadi taklah terkejut, kan?? 

Murid-murid mempunyai masa untuk membuat pertimbangan; adakah mahu kekal di sesebuah sekolah, mengekalkan subjek, menggugurkan subjek dan sebagainya. Setahu saya, pendaftaran SPM dilakukan semasa mereka berada di tingkatan 5.

Jadi, mereka hendaklah menggunakan peluang yang ada semasa program orientasi untuk mengajukan sebarang soalan yang bermain di minda. Tingkatan 4 adalah unik kerana adanya pelbagai jenis murid;
      1. murid yang memang nak kekal di sekolah itu
      2. murid yang menunggu tawaran dari sekolah lain (dengan                 penuh pengharapan)
      3. murid yang 'dipaksa rela' oleh keluarga
      4. murid yang 'redha jelah' a.k.a tak tahu nak pergi mana
     5. murid yang tak pergi ke sekolah (duduk rumah) atas sebab-              sebab tak logik.

Tingkatan 4 adalah masa untuk 'berbulan madu'....eh, eh salah tu. Pemilihan subjek yang tepat sangatlah penting. Tapi di sini saya nak cerita 'keadaan yang sebenarnya berlaku' (cerita ini adalah kisah benar) dan saya sangatlah tak sangka!

Cerita 1:

Murid: Seorang murid menunjukkan muka (oh! tolonglah saya                     cikgu, saya tak mahu duduk sini!)


Saya  : Awak sementara sahaja kan kat sini? Awak nak pergi                       Vokasional kan? Tunggulah keputusan Vokasional.
Murid: Cikgu, saya tak isi pun Vokasional...
Saya:   Hah? Hari tu bukan awak pergi booth Vokasional ke?                      (ada booth vokasional di sekolah semasa keputusan PT3                   dikeluarkan)
Murid: Saya tak isi...
Saya  : Laaa, habis tu awak tak nak sekolah ni, awak nak pergi                     mana?
Murid: Saya nak pergi sekolah depan (mata penuh pengharapan).               Saya dengar, sekolah depan telah pun penuh.

p/s: yang membuatkan saya terkejut ialah murid ini banyak kali cakap minat vokasional, tapi tak isi borang hurmmmmmmmmm...dia cakap dia nak pergi sekolah depan, saya tidak pasti samada dia telah membuat permohonan ke sekolah tersebut.

Cerita 2:

Cikgu:  Ada tak siapa-siapa yang tengah tunggu tawaran nak masuk              sekolah lain?
Murid 1: Cikgu, saya tengah tunggu tawaran.
Murid 2: Kau nak pergi sekolah mana?
Murid 1: Sekolah ........
Murid 2: Kau mohon tak?
Murid 1: Tak
Murid 2: Kau ingat, kalau tak mohon, sekolah tu panggil kau ke?                    Adoiiii ~LOL~

p/s: ~~sedangkan murid 5A UPSR pun kalau tak isi borang SBP / MRSM takde nyer dapat sekolah tu. Apa-apa pun mesti isi borang / buat permohonan, takde nyer sekolah tu panggil awak walaupun keputusan PT3 awak cemerlang ada siap ada warna-warna pelangi gituuuuuu~~

Pada saya, benda ini (nak sesuatu kena minta) dalam situasi ini, kena isi borang, adalah common sense!! Bukanlah oh! saya nak masuk sekolah tu, dan berharap sekolah tu akan panggil (beri surat tawaran pada awak!

Ok, panjangnya membebel, haha....jadi inilah tips pemilihan ke tingkatan 4:

1. Minat
   tengok kecenderungan awak di mana. Kalau minat kerja-                  kerja tangan, ambillah vokasional. Macam mana nak                      tahu minat? Boleh rujuk Sijil Psikometrik. Kalau skor R                (realistik) tinggi, maknanya awak minat kerja-kerja tangan.

2. Tengok rangkaian kursus/ subjek yang ditawarkan. Boleh tanya    kaunselor sekolah atau cikgu-cikgu, apakah subjek yang sesuai awak ambil/ gugurkan. Tingkatan 4 ni fleksibel, boleh cuba beberapa bulan, kalau tak nak   boleh gugurkan subjek itu.

3. Apa cita-cita awak? 
    Kalau cita-cita nak jadi doktor pakar bedah, takkanlah nak ambil subjek perdagangan, ekonomi asas, seni lukis dan lukisan kejuruteraan??? Mestilah ambil subjek sains tulen, iye tak??

4. Cikgu, sekolah ni dan subjek-subjek ni, pilihan hati sanubari mak ayah saya, macam mana tu cikgu? Senang je, suruh mak ayah awak yang amik SPM...haha!! Macam ni, awak kenalah belajar untuk meminati subjek-subjek tu, kadang-kadang dalam keadaan redha dan membuka hati, manalah tahu, awak meminati subjek tu kan (tak kenal maka tak cinta).

5. Nak ambil SPM / Diploma /Sijil
    SPM aliran biasa, diploma (vokasional) dan sijil (sijil kemahiran)

~ Yang pastinya tingkatan 4 ni dah bukan masa nak main-main ~

~ Saya percaya, tujuan utama menuntut ilmu bukanlah nak cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dibuat oleh manusia, tapi ilmu itu haruslah boleh digunakan untuk kesinambungan hidup masa sekarang dan masa hadapan di mana matlamat akhirnya ialah untuk masuk syurga ~

p/s: bagi murid-murid yang menjadikan sekolah sekarang ni, sekolah sementara, janganlah bersikap sambil lewa, dengan harapan, nanti aku dapat sekolah lain. Ponteng sekolah, tak salin nota dan tak nak buat kerja rumah. Kalau dapat sekolah lain tak pe, kalau tak dapat? Sendiri mau ingat haaaa!!

6 ulasan:

  1. Saya dulu ambil sekolah teknik.
    Nak beljar teknikal.
    Mujur tak salah pilihan.

    BalasPadam
  2. Tak buat permohonan memang takkkan dapat la....heeee. macam-macam ragam murid sekarang.

    BalasPadam
  3. kebanyakkannya parents yang atur tanpa tanpa tanya dulu apa yg anak nak..

    BalasPadam
  4. Pengalaman saya dulu masa form 4, nak masuk teknik, tapi apply last minute, nasib baik surat sempat sampai sebab guna pos laju..hahaha

    BalasPadam
  5. Kalau saya dulu, time form 4 ni masih blur tak tau nak pergi ke mana. Antara nak ikut kawan atau nak ikut pilihan hati. Last-last masuk sekolah teknik walaupun jiwa lebih menghala kepada seni. Haha

    BalasPadam
  6. masa ni amat penting bg mereka untuk mencari hala tuju...bidang sains ke..teknik ke...

    BalasPadam