Institut Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam pelbagai program yang ditawarkan di Universiti ini sekaligus bersama-sama mencapai wawasan negara Malaysia untuk menghasilkan modal insan yang berilmu dan berpengetahuan.
Program yang ditawarkan:
Sila rujuk laman web IPS http://ips.upsi.edu.my untuk butiran program dan mod pengajian.
Link ke permohonan online:
Syarat kelayakan
1. Ijazah Sarjana
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 atau PNGK yang boleh dipertimbangkan oleh Fakulti, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atau Ijazah yang setara dari mana-mana institusi pengajian tinggi, atau
- Kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat, dan
- Memenuhi syarat-syarat khas program yang ditetapkan oleh Fakulti yang berkenaan jika berkaitan.
- Calon antarabangsa disyaratkan memperoleh markah tidak kurang daripada 550 bagi Test of English as A Foreign Language (TOEFL) atau band keseluruhan minimum 6.0 bagi International English Language Test (IELTS) kecuali calon yang mengambil bidang pengajian Bahasa Melayu atau bidang pengajian yang menggunakan Bahasa Melayu.
- Ijazah Sarjana daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atau daripada mana-mana institusi pengajian tinggi, yang diiktiraf oleh Senat, atau
- Kelayakan lain yang dinilai wajar serta diiktiraf oleh Senat.
- Memenuhi syarat-syarat khas program yang ditetapkan oleh Fakulti yang berkenaan jika berkaitan.
- Pemohon perlu membeli Nombor Bitara ID di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan harga RM26.00
- Sila pastikan nombor kad pengenalan anda sama seperti yang tercatat di dalam slip pembelian Nombor Bitara ID tersebut.
- Sila gunakan Nombor Bitara ID berkenaan untuk membuat permohonan secara atas talian di http://mysis.upsi.edu.my/postgrad/
- Sila patuhi arahan yang telah dinyatakan bagi memastikan permohonan anda lengkap. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan.
- Bagi permohonan Program Ijazah Sarjana secara penyelidikan dan Ijazah Doktor Falsafah, sila rujuk Direktori Kepakaran Pensyarah di laman web http://ips.upsi.edu.my
Tempoh permohonan dibuka
06 Oktober 2014 (Isnin) - 02 November 2014 (Ahad)
Maklumat lanjut / pertanyaan:
Institut Pengajian Siswazah
Aras 1, Blok C, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-450 5480/5482/5511
Fax: 05-459 4649
sumber: Berita Harian
Wah, bagus info nih, boleh disebarkan kepada rakan-rakan.
BalasPadamsy nk tahu kelas master pjj camne ye??
BalasPadamPJJ master 2016 bila akan mula ya?
BalasPadam