Program: Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014
Anjuran: Pejabat Kesihatan Daerah Jempol
Tarikh: 02 Oktober 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 Petang
Hari ini saya menghadiri Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014. Banyak informasi baharu yang saya dapat hari ni. Ada juga info yang saya sudah pelajari sebelum ini (kiranya macam ulangkaji lah, dah tua, banyak yang tak ingat).
Ini adalah kali pertama saya menghadiri bengkel di Bilik Mesyuarat Zamrud ni. Cantik. Saya bersama rakan duduk di hadapan sekali betul-betul bertentangan dengan penceramah. Ceramahnya sangat padat dan sendat penuh dengan info-info yang berguna untuk guru.
Ceramah tentang remaja
Ceramah tentang masalah sexualiti remaja.
Tahukah anda, jika seseorang remaja itu melakukan hubungan seks umurnya 16 tahun dan ke bawah, boleh dikenakan penjara minimum 5 tahun. Tak kiralah suka sama suka ke, dikira sebagai rogol. Ada kaunter khas disediakan di hospital untuk membuat aduan kes rogol.
Ada juga penerangan tentang Soal Selidik BSSK dan Soal Selidik DASS, tak sempat nak ambil gambar penceramahnya.
Slot terakhir di sebelah petang ialah CPR dan mengendalikan orang yang tercekik.
Demo tentang CPR
Demo bagaimana mengendalikan orang yang tercekik
Saya cuba melakukan teknik CPR
Saya cuba mengendalikan orang yang tercekik (tak keluar pun makanan yang tersumbat dalam mulut patung, sebab saya tolak tak kuat hehe)
Kalau nak buat program sekolah, boleh panggil doktor dari Klinik Kesihatan ni. Contoh program, bahaya rokok, dadah, sexualiti remaja dan lain-lain.
Untuk guru pun boleh. Contohnya pemeriksaan Pap Smear , pemeriksaan payudara, ceramah kesihatan dan sebagainya.
Kos program? PERCUMA
Telefon Pejabat Kesihatan Bahau (Unit Sekolah) 06-4540334
Seronok sebenarnya menghadiri program yang macam ini ^__^
bagus ada teknik ini ada pula tukang ajar harap ilmu manfaat nnti
BalasPadamkat maktab dulu rasanya ada diajar benda nih. hoho..
BalasPadambenda ni senang. tapi ramai lupa kann..
menarik bila ada bengkel seperti ni kerana dapat kumpul banyak ilmu baru kan
BalasPadammenaarik juga tentang isu remaja...terima kasih kerana berkongsikan info ini
BalasPadambagus program macam ni cikgu :D
BalasPadamsaya masa sekolah dulu pernah juga masuk kursus macam ni, bagus juga untuk diri sendiri.
BalasPadambuat CPR paling menakutkan jika betul-betul berlaku punya
BalasPadamBaru tahu, ada juga patung untuk belajar selamatkan orang tercekik makanan. :)
BalasPadamsatu program yang sangat bagus pada saya....
BalasPadamTeknik CPR salah cara mau patah tulang rusuk
BalasPadamprogram yang bermanfaat. Bagus kalau ramai yang ambil bahagian
BalasPadam