Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah dipelawa untuk memohon biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di IPTA untuk kemasukan pada sesi September 2014.
Bidang Pengajian
Ijazah Sarjana Muda: 1. Kejuruteraan Elektrik (kuasa)
2. Kejuruteraan Mekanikal
3. Kejuruteraan Awam
4. Perakaunan
Syarat Am dan Kelayakan:
- Lulus STPM 2013 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50 atau
- Lulus Diploma/Matrikulasi/Asasi 2014 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50
- Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2014
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
- Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
- Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama tahun 2014 yang telah mendapat tempat di IPTA.
Permohonan hendaklah dibuat secara 'on-line' mulai 23 Julai 2014 melalui alamat laman web seperti berikut:
Tarikh tutup:
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Ogos 2014
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan
- Senarai calon yang berjaya untuk temuduga akan dipaparkan melalui laman web seperti alamat tertera di atas yang dijangkakan pada 29 Ogos 2014.
- Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Yayasan Tenaga Nasional,
Aras 1, Blok BB,
Universiti Tenaga Nasional,
Jalan IKRAM-UNITEN,
43000 Kajang, Selangor.
Tel: 03-8924 7500
Faks: 03-8924 7501
E-mel: infoytn@tnb.com.my
Sumber: Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan