Ahad, 31 Ogos 2014

Kuasa Jeritan di Kejohanan Badminton Dunia 2014



Semalam tonton perlawanan antara Carolina Marin dari Sepanyol dengan PV Sindhu dari India. Jika diteliti dalam perlawanan tersebut, ada satu perkara menarik dengan pemain dari Sepanyol itu. Apa dia?



Carolina Marin suka sangat menjerit. Yep, terkejut jugak tengok dia asyik menjerit masa lawan dengan PV Sindhu. 

Hujung perlawanan? Carolina menang.

Sebentar tadi semasa pusingan akhir Badminton Kejohanan Dunia, Carolina pilihan ke-9 perlawanan, bertemu dengan Li Xuerui.


Perlawanan yang sengit. Saling kejar mengejar hingga ke set ke-3. Setiap kali Carolina menjerit dengan kuat, dia akan mengutip mata dan lawan akan membuat silap. Tapi bila tak menjerit, dia hilang mata. Agaknya itu cara dia memberi semangat pada diri dan mindanya, dan mungkin juga jeritannya membuatkan lawannya gerun (bukan kata lawan, yang tengok pun jadi gerun).

Akhirnya Carolina menang!

1 ulasan: