Selasa, 1 Julai 2014

Penyakit Pelajar Lepasan SPM

1. Terlalu gembira macam peperiksaan SPM sahaja yang  dihadapi. 
      Selain dari SPM, ada bermacam-macam lagi peperiksaan yang akan dihadapi. Peperiksaan yang lebih besar ialah bagaimana menempuhi hari-hari mendatang.

2. Terlalu ghairah hendak menyambung pelajaran.
      Kalau point di atas untuk mereka yang kurang rajin belajar, point yang ini ditujukan pada mereka yang nak sangat belajar. Bagi golongan seperti ini, asalkan namanya tempat belajar, dia pun nak belajar tanpa fikirkan baik buruk sesebuah institusi itu.

3. Tidak menyemak status institusi/kursus samada mendapat pengiktirafan MQA atau tidak.
     "Tahniah, anda layak menyertai kursus .................." dia pun melompat kegirangan. Yeah! Tanpa semak dulu status MQA. Status
MQA ini sangat penting. Belajar bersusah-payah 3 tahun, sekali tiada pengiktirafan. Macam mana tu?

4. Terpedaya dengan iklan atau panggilan telefon institusi.
        Sesebuah institusi itu mempunyai strategi pemasaran masing-masing. Bila dia dapat tahu awak berminat dengan institusi mereka, dia akan telefon tak habis-habis, sampai awak terima institusi mereka ini. Katanya ditawarkan asrama percuma, lepas 1 bulan kena bayar? Kena selalu ingat "tiada yang percuma dalam dunia"

5. Bila kawan-kawan semua dah sambung belajar, aku? Aku pun kena masuk mana-mana, tak kisah lah mana-mana pun
        "Kau buat apa sekarang?" 
        "Eh, aku kat Matrikulasi Pilah, Kau?"
        "Aku tak pergi mana-mana"
      Rasa rendah diri kan? Untuk menjadikan ayat di atas lebih sedap, masuklah institusi yang dapat terima diri ini.

6. Memilih institusi yang glamor dan bergaya + rabak poket mak ayah
        Selalunya institusi yang glamor memang akan merabak kan poket mak ayah. Kenapa tidak memilih Giat MARA? 

7. Saya akan mendaftar di Politeknik bulan 11 nanti, lamanya, jadi apa yang boleh saya buat untuk isi masa lapang?
        Takkanlah nak tidur sepanjang hari kan? Boleh ambil lesen motor atau kereta. Atau boleh juga kerja sambilan. Atau boleh juga daftar kursus pendek di Giat MARA. Terisi kan masa?

8. Berat mulut nak rujuk pada kaunselor.
           "Boleh ke rujuk walaupun bukan pelajar sana lagi?" Mestilah jawapannya boleh. Tanya sahaja pada kaunselor sekolah anda, mesti dia akan layan. Kalau tidak ada masa bersemuka, boleh gunakan media seperti Whatapp dan lain-lain.

Adakah anda terkena penyakit di atas?








Tiada ulasan:

Catat Ulasan