Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus (MAINS) ke universiti di Mesir, Jordan dan Maghribi Bagi Pengajian Islam, Bahasa Arab, Qiraat, Muamalat dan Perubatan Sesi 2013/2014.
Syarat Umum
a. Warganegara Malaysia
b. Pemohon, ibu dan bapa lahir dan menetap di Negeri Sembilan hingga kini atau
c. Pemohon, ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Sembilan hingga kini atau
d. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Negeri Sembilan dan telah bermastautin tidak kurang 6 tahun di Negeri Sembilan atau
e. Pemohon, ibu dan bapa lahir di luar Negeri Sembilan dan telah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang dari 6 tahun serta masih menetap di Negeri Sembilan hingga kini
Syarat Khusus
a. Bagi calon yang memohon Pengajian Islam dan Bahasa Arab ke Universiti al-Azhar Mesir mestilah:
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi peperiksaan tahun 2012 dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik) DAN
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta sekurang-kurangnya Gred B+ bagi matapelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah
- Pelajar akan diberi tajaan selepas lulus dalam peperiksaan kemasukan Universiti al-Azhar, Mesir (Imtihan Qobul)
b. Bagi calon yang memohon Pengajian Qiraat ke Universiti al-Azhar Mesir mestilah:
- Pelajar Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) DAN
- Lulus Diploma Pengajian Tahfiz al-Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi peperiksaan tahun 2012 DAN
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta sekurang-kurangnya Gred B+ bagi matapelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah
c. Bagi calon yang memohon Pengajian Perubatan ke Universiti di Mesir, pemohon mestilah:
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012 ATAU
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 dengan mempunyai Sijil Tahfiz al-Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) DAN
- Memperoleh keputusan SPM sekurang-kurangnya:
- Fizik B+
- Biologi A-
- Kimia A-
- Bahasa Arab Tinggi B+
- Sekurang-kurangnya mendapat B dalam matapelajaran yang lain
- Bagi calon yang memohon ke Universiti di Jordan atau Maghribi bagi Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Muamalat (Jordan sahaja), pemohon mestilah:
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun2012 DAN
- Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya:
- Bahasa Arab Tinggi B+
- Pendidikan Syariah Islamiah A
- Bahasa Melayu B+
- Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah A
- Memperoleh kepujian bagi matapelajaran yang lain
- Mendapat A- bagi matapelajaran Ekonomi Asas atau Prinsip Akaun atau Perdagangan untuk pengajian Muamalat di Jordan sahaja
Cara Memohon:
a. Borang permohonan boleh didapati bermula pada 25 Mac 2013 (Isnin) dengan hanya memuat turun daripada lama web http://www.baitulmalns.gov.my/
b. Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan ang disahkan oleh pegawai Kumpulan A hendaklah dihantar sebelum atau pada 12 April 2013 (Jumaat) jam 4.30 petang ke alamat seperti berikut:
Sekretariat Mahasiswa/wi Timur Tengah,
Bilik Kuliah 4, Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan,
70400 Seremban, Negeri Sembilan
No. Tel: 06-6751903 Pn. Suriaty/Pn. Hafizah
c. Pemohon hanya dibenarkan menghantar 1 borang permohonan bagi 1 bidang pengajian sahaja.
d. Keputusan permohonan akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tutup permohonan melalui laman web http://www.baitulmalns.gov.my/
e. Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk ujian bertulis, ujian ketahanan dan jati diri serta temuduga
f. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa 3 minggu selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya
sumber: Berita Harian
Assalammualaikum cikgu,nak tanya,yang tajaan ni,,kan boleh dimuat turun di laman web baitulmains. yang mana satu ya borang tu?,boleh dijumpai dimana ya?dterima kasih.
BalasPadam