Selasa, 26 Februari 2013

Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2013 - Oh Nak Muntah!


Hari Sabtu dan Ahad yang lepas ke Karnival Jom Masuk U di MITC Melaka

 


Hari Sabtu 23hb

Memandu kereta melalui Jalan Bahau - Tampin. Jalan yang memang mencabar. Kalah trek F1 tau.

Sempat bergambar di pintu masuk

Haaa, beg yang dipegang tu hanya separuh, separuh lagi dah diletakkan di dalam bonet kereta. Hari Sabtu berada di sekitar booth IPTA. 

Perjalanan balik pula melalui Jalan Tampin - Kuala Pilah. Masa tu bertolak dari Tampin pukul 9.30 malam. Kenapa tak melalui jalan yang sama masa pergi? Aku pun naik heran jugak. Kawan aku cakap, kalau Jalan Bahau-Tampin tu lagi gelap. Tapi aku rasa masyallah, gelap betul Jalan Tampin-Kuala Pilah ni. Agak-agaknyalah macammana Jalan Bahau-Tampin yang dikatakan lagi gelap itu? Jalan Tampin - Kuala Pilah ni pun lebih kurang macam trek F1 juga.


Hari Ahad 24hb
Bersama murid-murid sekolah. Kali ini menaiki bas Kolej Komuniti Jempol. Bas melalui Jalan Tampin - Kuala Pilah. Jika semalam gelap gelita, hari ni dapat melihat dengan jelas jalannya. Jalan macam ular kena palu.

Sepatutnya aku rasa bersyukur sebab dapat lihat dengan jelas, memandangkan aku duduk di seat hadapan sekali. Tapi lain jadinya,   aku memang mabuk jalan. Tapi aku dah ambil langkah pencegahan dengan mengambil ubat Hurix. Dua biji sekali makan.

Mungkin sebab pening kepala semalam yang belum habis, menyebabkan ubat ini kurang berkesan padaku. Dengan keadaan bas yang melalui jalan yang penuh liku, selepas mengambil gambar, aku ingin menyimpan kamera dalam keadaan menunduk, terus pening kepala dan yang menjadikan lagi haru ialah aku rasa nak MUNTAH! Oh My God!

Nak saja aku cakap dengan pemandu bas supaya berhenti di tepi jalan (sebab aku nak muntah). Tapi tahan saja dengan beberapa kali memejamkan mata, sambil dalam hati berkata "come on, Siti Hazreen, belum pernah dibuat orang, guru pengiring muntah dalam bas ok" Ni ayat psiko untuk diri sendiri. Akhirnya selamat sampai di MITC ^_____^


Murid Tingkatan 4 dan 5

Sampai sahaja aku terus ke booth IPTS, juga singgah di booth dan mengajukan soalan.

Sempat bergambar ^_^



Taraaa, inilah dia barang terkumpul setelah 2 hari. Nampak sikit kan, tapi dalam beg-beg besar tu ada banyak beg-beg kecil didalamnya. Macam baru balik membeli-belah gitu. Macam mana boleh bawa semua beg ni? Murid-murid sekolah ni memang baik-baik belaka, pantang nampak cikgu pegang beg, terus cakap "Cikgu, meh saya pegangkan" So sweet, kan? Osem gitu ^_^

Ibu bapa sekarang semakin mengambil berat tentang pendidikan anak-anak. Buktinya? Ramai ibu bapa yang hadir bersama anak-anak mereka di program ini. Aku sempat menyapa satu keluarga yang makan sebelah mejaku.

Akak dari mana?
Dari Batu Pahat, Johor.
Oh, penutup nanti buat kat PERSADA, JB kak
Tahu, mesti lagi sesak tu, anak-anak tak sempat nak tanya nanti
(wow, bagus betul akak ni) Keluarga akak ni pun macam aku, datang 2 hari.

Macammana dengan perjalanan balik? Muntah tak? Tak muntah. Aku siap minum teh o limau panas masa makan tengahari tu. Dan sebaik sahaja naik bas, aku tidur dengan lenanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan