Bagi mencapai matlamat penubuhan Yayasan ini, Lembaga Amanah Yayasan Warisan Perajurit telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan mendapat tempat di IPTA.
Pada masa ini jenis-jenis bantuan yang disediakan dan kadar baru yang diluluskan bagi anak-anak anggota ATM adalah seperti berikut:
Bil. | Peperiksaan | Bilangan A | Jumlah Bayaran |
---|---|---|---|
1. | UPSR | 5A 4A 1B 4A 1C (B.M salah satu sama ada penulisan / pemahaman wajib mendapat A) | RM450.00 setahun untuk tempoh 3 tahun. RM350.00 setahun untuk tempoh 3 tahun. RM200.00 setahun untuk tempoh 3 tahun. |
2. | PMR | 9 A 8 A 7 A 6 A (B.M wajib mendapat A) | RM800.00 setahun untuk tempoh 2 tahun. RM600.00 setahun untuk tempoh 2 tahun. RM500.00 setahun untuk tempoh 2 tahun. RM400.00 setahun untuk tempoh 2 tahun. |
3. | IPTA | Untuk anak-anak ATM yang ibubapa masih dalam per-khidmatan sahaja. | Bantuan sebanyak RM1,000.00 bagi kemasukan ke IPTA dalam negeri sahaja dengan mengikuti pengajian Ijazah bagi tahun yang terkini sahaja. Berumur tidak melebihi 21 tahun. Tamat pengajian SPM, SPMV, STPM dan Matrikulasi. |
4. | ROLE MODEL UPSR |
3A 2B
3A 1B 1C
Untuk anak-anak pertama ATM lain-lain pangkat (LLP) yang ibubapa masih dalam perkhidmatan sahaja.
| RM200 setahun untuk tempoh 3 tahun dan penajaan program pembelajaran 'Tutor Online' untuk tempoh 3 tahun |
Bantuan yang diberi adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima dari anak-anak syarikat LTAT. Pemohon yang berjaya akan dipantau pelajaran mereka melalui penghantaran Laporan Akademik setiap akhir tahun sebelum bayaran yang seterusnya dapat dibuat.
Bagi anak-anak anggota ATM yang memenuhi syarat-syarat kelulusan yang dinyatakan bolehlah membuat permohonan biasiswa melalui Jabatan Arah Pendidikan, KEMENTAH dan bagi anak-anak bekas ATM pula dibuat melalui Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) negeri masing-masing.
Borang-borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar kepada Jabatan Arah Pendidikan KEMENTAH bagi mereka yang masih berkhidmat. Bagi anak-anak bekas ATM hendaklah menghantar borang-borang yang telah diisi dengan lengkap kepada PBTM negeri masing-masing.
Kelayakan dan Syarat Permohonan untuk:
- Peperiksaan UPSR dan PMR 2012
- Kemasukan ke IPTA Sesi 2012/2013
- Peperiksaan UPSR 2012 (Biasiswa Role Model)
#sila pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader untuk membuka fail di atas dan di bawah ini.
Klik Sini Untuk Borang :
(Setiap borang perlu dilengkapkan dalam dua salinan, kecuali Borang Laporan Akademik)
(Setiap borang perlu dilengkapkan dalam dua salinan, kecuali Borang Laporan Akademik)
- Skim Biasiswa Peperiksaan UPSR/PMR
- Skim Biasiswa Pengajian ke IPTA
- Skim Biasiswa Peperiksaan UPSR (Role Model)
- Borang Aduan Biasiswa
- Contoh Laporan Akademik Pelajar
"Kegagalan menghantar Laporan Akademik sebelum 28 Februari setiap tahun akan mengakibatkan pembayaran biasiswa ditamatkan secara automatik dan sebarang rayuan tidak akan dilayan."
Sumber: http://www.ltat.org.my/ywp/biasiswa.html
Sumber: http://www.ltat.org.my/ywp/biasiswa.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan