Isnin, 14 Januari 2013

Media Oh Media!

Ini yang aku nak kata:
  • Nampaknya seperti belum merdeka
  • Aku rabun namun tidak buta

Permohonan Kemasukan Sesi Akademik 1 2013/2014 UiTM


  • Bumiputera warganegara Malaysia
  • Pemohon dikehendaki membeli no.slip melalui BSN bermula 14 Januari 2013
  • Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 14 Januari 2013
  • Tarikh tutup permohonan online pada 31 Mac 2013 
Untuk melihat iklan lengkap, sila klik sini

Sumber: Berita Harian



Ahad, 13 Januari 2013

Permohonan Program Diploma/Bacelor/Master PJJ UPM 2013


Sejak kebelakangan ini, sahabat-sahabatku sangat 'alert' dengan peluang dan ruang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sesuatu yang sangat bagus! Terima kasih dya atas info yang diberi ^______^ senyum lebar-lebar.



  • Program ini adalah bagi semester kedua 2012/2013
  • Permohonan dilanjutkan sehingga 31 Januari 2013
  • Sebarang permohonan yang dibuat selepas tarikh tersebut akan diproses untuk pengambilan September 2013.
  • Tarikh pendaftaran ialah pada 22 Febuari 2013

Program Bacelor yang ditawarkan:
  1. Bac. Sains Pembangunan Sumber Manusia
  2. Bac. Sains Pembangunan Manusia
  3. Bac. Sastera Bahasa & Linguistik Melayu
  4. Bac. Sastera Bahasa Inggeris
  5. Bac. Pendidikan Peng. Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
  6. Bac. Komunikasi
Program Master yang ditawarkan:
  1. Mast. Pembangunan Sumber Manusia
  2. Mast. Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama
  3. Mast. Pentadbiran Pendidikan
  4. Mast. Bahasa Melayu
  5. Mast. Komunikasi Korporat
Sumber: 
Maklumat Lanjut:

UPM Education & Training Sdn. Bhd.,
Universiti Putra Malaysia,43400 Serdang, Selangor.
Tel      : 0389468953/8952
Faks    : 0386563565 
Email   : upmet.aduan@gmail.com



Selasa, 8 Januari 2013

Skim Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit


Bagi mencapai matlamat penubuhan Yayasan ini, Lembaga Amanah Yayasan Warisan Perajurit telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan mendapat tempat di IPTA.

Pada masa ini jenis-jenis bantuan yang disediakan dan kadar baru yang diluluskan bagi anak-anak anggota ATM adalah seperti berikut:

Bil.PeperiksaanBilangan AJumlah Bayaran
1.UPSR5A
4A 1B
4A 1C
(B.M salah satu sama ada penulisan / pemahaman wajib mendapat A)
RM450.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.
RM350.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.
RM200.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.
2.PMR9 A
8 A
7 A
6 A
(B.M wajib mendapat A)
RM800.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
RM600.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
RM500.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
RM400.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
3.IPTAUntuk anak-anak ATM yang ibubapa masih dalam per-khidmatan sahaja.Bantuan sebanyak RM1,000.00 bagi kemasukan ke IPTA dalam negeri sahaja dengan mengikuti pengajian Ijazah bagi tahun yang terkini sahaja. Berumur tidak melebihi 21 tahun. Tamat pengajian SPM, SPMV, STPM dan Matrikulasi.
4.ROLE MODEL UPSR
3A 2B
3A 1B 1C
Untuk anak-anak pertama ATM lain-lain pangkat (LLP) yang ibubapa masih dalam perkhidmatan sahaja.
RM200 setahun untuk tempoh 3 tahun dan penajaan program pembelajaran 'Tutor Online' untuk tempoh 3 tahun

Bantuan yang diberi adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima dari anak-anak syarikat LTAT. Pemohon yang berjaya akan dipantau pelajaran mereka melalui penghantaran Laporan Akademik setiap akhir tahun sebelum bayaran yang seterusnya dapat dibuat.

Bagi anak-anak anggota ATM yang memenuhi syarat-syarat kelulusan yang dinyatakan bolehlah membuat permohonan biasiswa melalui Jabatan Arah Pendidikan, KEMENTAH dan bagi anak-anak bekas ATM pula dibuat melalui Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) negeri masing-masing.

Borang-borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar kepada Jabatan Arah Pendidikan KEMENTAH bagi mereka yang masih berkhidmat. Bagi anak-anak bekas ATM hendaklah menghantar borang-borang yang telah diisi dengan lengkap kepada PBTM negeri masing-masing.

Kelayakan dan Syarat Permohonan untuk:
#sila pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader untuk membuka fail di atas dan di bawah ini.
Klik Sini Untuk Borang :
(Setiap borang perlu dilengkapkan dalam dua salinan, kecuali Borang Laporan Akademik)
"Kegagalan menghantar Laporan Akademik sebelum 28 Februari setiap tahun akan mengakibatkan pembayaran biasiswa ditamatkan secara automatik dan sebarang rayuan tidak akan dilayan."

Sumber: http://www.ltat.org.my/ywp/biasiswa.html

Beli Apa Jua Telefon Pintar dengan Rebat RM200 di bawah Pakej Komunikasi Belia




Putrajaya: 2 Januari, 2013 --- Jemaah Menteri bersetuju para belia dalam lingkungan umur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan RM3,000 ke bawah mulai bulan ini bolehlah menawarkan untuk membeli apa jua telefon pintar dengan rebat RM200. 

Ini diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya hari ini.Skim di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) ini selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada September yang lalu. Pelaksanaan skim ini ialah atas prinsip“siapa cepat dia dapat.” 

PKB dilaksanakan oleh tujuh syarikat komunikasi yakni Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Dalam melaksanakan PKB semua pihak yang menjadi penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut. Para belia yang telah berdaftar juga dinasihatkan supaya membuat pilihan dengan bijak, meninjau pasaran terlebih dahulu dan membeli peranti pilihan berdasarkan tahap  kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara dalam talian dari pukul 7:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari. Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-4040 dari pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.

Syarat-syarat:
i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;


Jom daftar di sini

Sumber: Kenyataan media SKMM

Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2013


  • Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di IPTA dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League
  • Permohonan dibuka setahun sekali bermula 16 Disember 2012 hingga 01 Febuari 2013
  • Permohonan adalah secara online melalui Portal KPT
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk sini