Sabtu, 8 Disember 2012

Teman Berteman Di Big Bad Wolf 2012




Ok, sekarang tibalah masanya mencari sahabat untuk pergi bersama. Nasihat aku, pergilah bersama orang yang hantu buku atau yang suka pada buku atau paling tidak pun, orang yang menghargai minat kita pada buku. Jika tiada sahabat sebegitu, lebih baiklah pergi seorang diri. Sebab? Nanti dia akan bisik-bisik dengan nada mengada-mengada "jomlah kita balik, bukan ada apa pun" padahal baru masuk 1 jam haaaaaa.

Jadi, aku pun ajak Mell (yang sama-sama suka buku). Mell siap ada rak buku dirumahnya. Aku belum ada lagi. Kami suka masuk kedai buku tak kiralah jenama apa, tapi selalunya MPH. Biar tak beli pun, masuk tengok-tengok pun dah suka sangat ^_______^

Janji dibuat. Rancangannya ialah pukul 9.00 pagi tiba di Stesen KTM Serdang. Yeah!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan