Sabtu, 8 Disember 2012

Beratur Di Barisan Yang Panjang Mak Aiiiiii Di Big Bad Wolf 2012


Setelah membuat pilihan, apa lagi kan, kenalah beratur untuk membayar. Barisan punyalah panjang. Aku ntah yang keberapa. Aku tengok orang yang di depan aku, punyalah banyak buku yang dibeli. Sedangkan aku beli 5 buah buku sahaja. Aku tinjau juga kot-kot ada kaunter cepat (fast lane) macam kat pasaraya tu. Tapi tak nampak, sebab orang ramai sangat.
Barisan aku walaupun panjang, tapi geraklah jugak

Memang bosan beratur panjang ni. Aku pun membelek-belek buku yang ku pegang. Masih memikirkan mahu beli atau tolak. Sambil-
sambil tu belek juga buku yang disusun dekat dengan tempat aku beratur. 

Perhatian:
1. Tolong letak semula buku yang anda tak mahu. 
2. Sila belek/pegang/letak dengan baik semua buku. Walaupun harganya murah, ia bukanlah tak 'berharga'
3. Susunlah buku itu sepertimana ia diletakkan. Hormati pihak BBW yang telah menyusun buku dengan cantik, tapi orang-orang yang tak prihatin yang letak senget benget. Dah jadi macam bundle pun ada. Tajuk dah bercampur-campur.
4. Tolonglah, semua buku baru. Bukan terpakai. Kualiti A. Takkanlah baru buka 1 hari buku dah lunyai? Peganglah dengan lembut. Jangan main kasar/rentap. Aku tengok, ada buku yang dah jatuh kat tepi rak buku. Apa tu? Mana etika?

Masa beratur, terdengarlah beberapa pengumuman. Biasanya umum cari orang. Yang membuatkan aku geli hati ialah pengumuman suami mencari isterinya. Suaminya dah banyak kali telefon tapi tak berangkat. Mungkin isterinya sibuk membeli sampaikan tak sedar bunyi telefon.

p/s: Masa Mell tak angkat call aku, aku pun ada terfikir nak buat pengumuman. ngeh ngeh ngeh


Mell kata barisan dia macam tak gerak

queueing-for-trains
Potong barisan!!! Grrrrr

Bila dah beratur panjang, haaa, muncullah orang yang potong barisan. Memang melampau budak ni. Konon-kononnya dia nak lalu dicelah-celah barisan orang yang beratur, untuk melihat buku-buku yang berada di sebelah aku. Aku tak perasan dia potong sebab masa tu, aku tengah belek buku. Tiba-tiba kakak Cina depan aku tepuk bahu budak tu dan suruh dia ke belakang. Oh! baru aku perasan, apa lagi, aku pun ke depan. Selamba giler dia berdiri di belakang aku. Bukan sikit dia beli tau, ada 1 kotak kecil. Lebih kurang 10 buah buku. Siap kawan dia punya buku sekali. Orang belakang aku tak pula marah. Tapi ntahlah, faham-faham sendirilah. Kau yang potong barisan.

Kakak depan aku ni peramah orangnya. Kami pun berborak-borak untuk menghilangkan bosan. Dia tengok buku-buku aku, aku pun tengoklah buku dia. Banyak dia beli. Ada untuk diri sendiri, ada untuk anak dia. 

Salah satu buku yang menarik minat aku ialah buku ni:


Oh, nak je aku pergi berlari ambil buku ni. Tapi kakak tu cakap, buku ni tinggal satu saja masa dia ambil. Huhu. Tengok tajuk je dah best kan kan kan?

Cepat saja masa berlalu, masa membayar dah tiba. BBW ni sediakan 2 kaunter. 1 depan 1 belakang. Akak depan aku tadi pergi kaunter depan, aku pergi kaunter belakang. Tiba-tiba orang kaunter tanya, 
"nak bayar sekali ke asing-asing?"
"Ha?" aku tak faham
Orang kaunter tunjuk orang yang kat belakang aku. Korang tahu siapa? Haaaaaaaaaaaaaaa budak yang potong barisan tu, berdiri di belakang aku. Terkejut aku. Amboi-amboi, dia ingat aku kakak dia ke apa? Aku pun jawab:
"Asing-asing"

>Nampak sangatlah budak ni nak cepat sangat, sampai redah saja kaunter orang. Oh dik! tolonglah!

Lepas bayar, aku nampak ada bahagian jual cenderamata, ada bahagian derma buku, ada bahagian cop BBW pada buku (percuma). Aku pun bergegas keluar. Tunggu Mell di pintu keluar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan