Rabu, 29 Ogos 2012

Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014


  • Permohonan ke program ini adalah melalui internet
  • Bayaran permohonan adalah RM6.00 seorang
  • Menawarkan jurusan Sains, jurusan Perakaunan dan aliran Teknikal
  • Murid boleh membeli No. Pin di mana-mana kaunter BSN mulai 1 Julai 2012 dengan bayaran RM6.00 atas nama "Pengarah Bahagian Matrikulasi" ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897 dengan menggunakan no. kad pengenalan.
  • Murid juga boleh membuat bayaran di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO/Wadiah BSN sahaja).
  • Murid yang terlupa atau hilang nombor PINnya boleh mendapatkan kembali nombor PIN tersebut dengan membayar RM6.00 di mana-mana kaunter BSN.
  • Permohonan boleh dibuat melalui internet dengan melayari   http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/  mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012