Semalam aku berkesempatan berjumpa dengan bekas pelajar Ijazah IT Networking lulusan UniKL. Beliau telah bekerja di salah satu syarikat pembekal internet. Macammana boleh jumpa? Sebab ada pemasangan internet di sekolah.
Beliau menceritakan tentang susur galur pendidikan yang beliau lalui. Beliau telah mengambil diploma IT di Kolej MARA (aku tak pasti samada Kolej Profesional MARA, atau Institusi Pendidikan MARA yang lain-lain). Dengan Pinjaman MARA sebanyak RM30 ribu. Selepas itu, beliau menyambung pembelajarannya di peringkat Ijazah IT Networking di UniKL. Dengan pinjaman MARA sebanyak RM80 ribu. Jumlah pinjaman pendidikannya ialah RM110 ribu.
Apa yang menarik perhatian aku ialah jumlah yang perlu dibayar hanya RM28 ribu sahaja! Wow, aku terkedu tidak terkata.
Soalan menarik yang telah diajukan olehku:
"Ok tak gaji sekarang?"
"Ok" (sambil senyum lebar sampai ke telinga)
Jadi, mohonlah pinjaman MARA kerana ia adalah pinjaman boleh ubah dan juga Institusi Pendidikan MARA (IPMa) :D
Program Khas Bagi Lepasan SPM 2011 di Bawah Pinjaman
Pelajaran MARA. Sila klik sini.
bagus la rin info kau ni. emmm tu la klu blh aku pun suruh anak2 sedara pinjam MARA. pinjam PTPTN emmmm berat nak cerita :P
BalasPadamPTPTN hurmmmm
BalasPadam