Yeay! Tak sangka dapat cecah entri yang ke-100 sebelum tamat tahun 2011. Wah, harapnya aku larat mencoret di sini pada tahun-tahun yang akan datang ^_^
Penafian: Blog ini adalah laman peribadi dan tidak menggambarkan pandangan pihak majikan
Sabtu, 31 Disember 2011
Jumaat, 30 Disember 2011
Keputusan Permohonan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012
Keputusannya dah keluar...tara ^_^ Sila klik sini. Boleh di semak secara online bermula hari ini jam 8.00 malam. Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR ataupun nombor kad pengenalan.
Sumber dari: eputra.com
Rabu, 28 Disember 2011
Tak Perlu Takut Dengan SBPA...
Pada 23 Disember 2011 yang lalu (Jumaat), aku berkesempatan ke SMKA Sheikh Hj. Mohd Said Seremban, untuk menandatangai SBPA. Aku difahamkan semua sekolah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Sembilan menandatangani perjanjian tersebut di sini. Bagus juga, sebab aku belum pernah ke sekolah ini :)
Kami dijadualkan perlu hadir pukul 2.45 petang. Setelah mendaftarkan diri, kami duduk di bahagian agak hadapan di dalam dewan. Taklimat penuh yang diharapkan tidak kunjung tiba. Hanya beberapa perkara yang disentuh pada awal bicara selepas itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan (mengikut sekolah).
Ada bunyi-bunyi yang tidak puas hati dengan gaji. Itu tak dapat hendak diulas. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Bagi aku, dah ada kenaikan gaji pun dah cukup bagus. Ataupun dah bergaji setiap bulan pun dah ok. Berlambak lagi orang diluar sana yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Syukur.
Pilihan umur persaraan? Aku memilih 58 tahun. Kalau boleh hendak 55 tahun. Sebab tak boleh, pilihlah 58 tahun. Hehe. Orang kata jadi guru itu senang, nak nak lagi jadi kaunselor (senang apa, tak payah mengajar). Itu kata orang, realitinya hanya para kaunselor saja yang tahu.
Aku taklah takut dengan SBPA. Kenapa nak takut dengan SBPA? Sebab exit policy ke? Ok, ada pindaan pada SBPA. Sila rujuk sini. Jadual tangga gaji pun ada di sini Insyaallah kalau kita buat kerja dengan betul, tiada masalahnya.
Isnin, 26 Disember 2011
Kemana Selepas PMR?
Soalan ini mungkin sedang bermain difikiran orang yang berkaitan. Mungkin yang sedang memikirkan perkara ini ialah para pelajar lepasan PMR 2011 atau juga ibu bapa atau penjaga mereka.
Ok, apa jawapan kepada soalan diatas? Hemmm, jawapannya terpulang kepada citarasa masing-masing (opsss, adakah ini menjawab soalan?) Pastinya tidak. Aku tiada jawapan bagi soalan diatas.
Aku hendak ceritakan sedikit tentang senario yang berlaku sebelum keputusan PMR 2011 diumumkan:
Pelajar A: "Saya tak nak sekolah sini, saya nak sekolah sana" (dengan muka sedikit bangga).
Pelajar B: "Saya tak tahu nak pergi mana" (dengan muka sedikit bingung)
Pelajar C: "Saya tak nak sekolah sini, tapi mak dan abah suruh sekolah sini"
Pelajar D: "Kalau tak dapat sekolah sana, saya sekolah sini"
Pelajar E: "Saya nak sekolah sini!" (dengan muka ceria)
Mak F: "Akak nak dia sekolah sini, tapi entahlah, dia nak ke tak nak"
Mak G: "Akak harap sangat sekolah sini dapat terima dia, dia dah banyak berubah (kepada lebih baik)"
Selepas keputusan PMR diumumkan:
Rata-rata pelajar terkedu melihat keputusan masing-masing. Bila ditanya nak kemana, jawapannya:
"tak fikir lagi cikgu"
ada juga yang jawab "sekolah sinilah cikgu"
ada yang sekadar senyum saja...
Ingatlah, kita diberi banyak pilihan, jangan tersalah pilih :)
Bagi yang berjaya, tahniah diucapkan,
Bagi yang kurang berjaya, usaha lagi, jangan putus asa. Perlu juga kaji kenapa kurang berjaya, adakah selalu sakitkan hati guru? Anda ada jawapannya...
Rabu, 21 Disember 2011
Ketahuilah Para Pelajar, Cikgu Juga Berdebar-Debar Seperti Kamu!
Esok akan diumumkan keputusan PMR 2011. Akhirnya tiba juga hari yang dinanti-nantikan. Antara gelagat cikgu yang telefon dan juga mesej saya ialah:
Cikgu A: Sayalah yang paling teruja! Dari hari tu, saya rasa tak sabar nak tahu keputusannya!
Cikgu B: Saya akan sampai esok, dalam pukul 10.30 pagi :)
Cikgu C: Tolong beritahu akak, pelajar-pelajar kita dapat apa dalam PMR terutama subjek.....
Saya: Saya juga berdebar-debar dan tak sabar menantikan hari esok :)
Selasa, 20 Disember 2011
Pengumuman Tarikh Semakan Keputusan PMR 2011
Setelah menunggu sekian lama, akhirnya keputusan PMR 2011, akan diumumkan pada 22 Disember 2011 (Khamis).
Calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing selepas jam 10.00 pagi. Tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada jam 12 tengah malam 28 Disember 2011.
Isnin, 19 Disember 2011
Selamat Hari Lahir Ke-62 ABAH ^_^
Tarikh hari lahir abah ialah pada hari semalam. Tapi kami sekeluarga meraikannya pada hari ini. Sebab? Semalam, hujan terus menerus seharian...
Hari ini pun hujan juga, tapi nak buat macam mana, dah musim hujan. Kami redah juga ke Batu Pahat, ke kedai Nasi Beriani Mohd Shah. Kedai ini terletak di bertentangan dengan Hospital Putra
Kami sampai di kedai pukul 2.00 petang. Kelihatan begitu ramai orang walaupun hari bekerja. Mungkin juga waktu cuti sekolah, jadi bawa sekali anak-anak makan bersama. Meja penuh. Orang ramai beratur.
Lauk kambing dah habis. HUA! Sedih! Yang tinggal nasi beriani ayam. Makan sajalah. Sedap! Tak tipu :)
Singgah di Batu Pahat Mall dan minum petang di kedai donut
Akhir sekali, beli kek untuk abah.
Perjalanan pulang juga dalam keadaan hujan.
p/s: semoga abah panjang umur, sihat walafiat :)
Khamis, 15 Disember 2011
Baru Aku Tahu...
Sebentar tadi aku mendapat mesej dari kawan:
"dah masuk gaji?"
Aku jawab:
"belum, 19hb... (kalau tak silap lah)
Oleh kerana, sedang online, aku pun semak di semak gaji.
Oh, memang ada bonus lah...patutlah macam pelik saja slip gaji aku ni :)
Kepada yang melaksanakan kerja, boleh bergembira - maksud bergembira bukan beli smartphone terkini harga RM3000 ke atas - kalau masuk lubang tandas memang tak berbaloi lah, beli kasut - kasut tumit tinggi yang menyumbang kepada sakit tulang belakang - cantik itu penting :) kereta - eh cukup ke beli kereta haha, tukar sport rim tayar - kononnya nak berlumba, tapi ada polis lah plak, pasang audio kereta yang canggih - bunyi BOOM BOOM biar semua orang tahu dia beli kereta dengan hutang atau bapak dia yang belikan kereta tu, beli tudung 4 bundle - senang nak kenakan dengan baju, kain sutera yang setiap satunya berharga RM400 - RM100 sepasang bagi aku pun dah cukup mahal oooooooooo.
Sediakan payung sebelum hujan contohnya simpanan mudah cair dan tak mudah cair (pelaburan). Perbanyakkan portfolio kita. Kita tak nak dengar kakitangan awam kena kejar along, kan....
Bagi yang bekerja separuh hati, atau tiada hati langsung, wajarkah bergembira? Pekerja macam ini wajar dapat markah prestasi rendah, kalau dapat markah tinggi, tak tahulah nak cakap apa.