Khamis, 15 Disember 2011

Baru Aku Tahu...

                               

Sebentar tadi aku mendapat mesej dari kawan:
"dah masuk gaji?"
Aku jawab:
"belum, 19hb... (kalau tak silap lah)

Oleh kerana, sedang online, aku pun semak di semak gaji.

Oh, memang ada bonus lah...patutlah macam pelik saja slip gaji aku ni :)

Kepada yang melaksanakan kerja, boleh bergembira - maksud bergembira bukan beli smartphone terkini harga RM3000 ke atas - kalau masuk lubang tandas memang tak berbaloi lah, beli kasut - kasut tumit tinggi yang menyumbang kepada sakit tulang belakang - cantik itu penting :) kereta - eh cukup ke beli kereta haha, tukar sport rim tayar - kononnya nak berlumba, tapi ada polis lah plak, pasang audio kereta yang canggih - bunyi BOOM BOOM biar semua orang tahu dia beli kereta dengan hutang atau bapak dia yang belikan kereta tu, beli tudung 4 bundle -  senang nak kenakan dengan baju, kain sutera yang setiap satunya berharga RM400 - RM100 sepasang bagi aku pun dah cukup mahal oooooooooo.

Sediakan payung sebelum hujan contohnya simpanan mudah cair dan tak mudah cair (pelaburan). Perbanyakkan portfolio kita. Kita tak nak dengar kakitangan awam kena kejar along, kan....

Bagi yang bekerja separuh hati, atau tiada hati langsung, wajarkah bergembira? Pekerja macam ini wajar dapat markah prestasi rendah, kalau dapat markah tinggi, tak tahulah nak cakap apa.

                                         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan