Khamis, 30 Jun 2011

Bak Menghadiri Kursus Kahwin ^_^



Hari ini aku menghadiri satu seminar iaitu Seminar Elak Derita Cari Bahagia di Pusat Dakwah Islam, Paroi, Negeri Sembilan. Kenapalah aku pula yang kena pergi? Kenapa tak hantar orang yang dah kahwin kan? Aku seorang yang bujang dalam kalangan 4 orang yang dihantar oleh pihak sekolah. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Masuk dewan sahaja dah bermula. Aku tak sempat mendaftar. Dewan penuh sesak. Aku duduk di barisan agak belakang. Slot pertama mengenai hak-hak wanita. Kena tahu ni. Habis sahaja slot ceramah, hadirin disediakan minum pagi. Tetapi hampa, sebab HABIS! Wah, lapar...dan mengantuk

Masuk ke dewan aku mencari tempat duduk lebih depan, sebab nak elak ngantuk nanti tertidur. Slot kedua pula tentang komunikasi rumah tangga. Tajuknya "Elak Derita Cari Bahagia" oleh En.Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).http://alumnidebatmalaysia.blogspot.com/2011/06/seminar-elak-derita-cari-bahagia-di.html Penuh dengan gelak ketawa tetapi berisi. Serius cakap, lebih lawak dari Kungfu Panda 1 dan Maharaja Lawak. Asyik gelak saja. Isinya tentulah berkisar tentang komunikasi seharian suami isteri. Hahaha


Ceramah tamat tepat pukul 1.00 petang. Aku bergegas balik sebab pukul 3.30 petang ada pertandingan bola jaring di sekolah ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan