Penafian: Blog ini adalah laman peribadi dan tidak menggambarkan pandangan pihak majikan
Khamis, 30 Jun 2011
Bak Menghadiri Kursus Kahwin ^_^
Hari ini aku menghadiri satu seminar iaitu Seminar Elak Derita Cari Bahagia di Pusat Dakwah Islam, Paroi, Negeri Sembilan. Kenapalah aku pula yang kena pergi? Kenapa tak hantar orang yang dah kahwin kan? Aku seorang yang bujang dalam kalangan 4 orang yang dihantar oleh pihak sekolah. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Masuk dewan sahaja dah bermula. Aku tak sempat mendaftar. Dewan penuh sesak. Aku duduk di barisan agak belakang. Slot pertama mengenai hak-hak wanita. Kena tahu ni. Habis sahaja slot ceramah, hadirin disediakan minum pagi. Tetapi hampa, sebab HABIS! Wah, lapar...dan mengantuk
Masuk ke dewan aku mencari tempat duduk lebih depan, sebab nak elak ngantuk nanti tertidur. Slot kedua pula tentang komunikasi rumah tangga. Tajuknya "Elak Derita Cari Bahagia" oleh En.Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).http://alumnidebatmalaysia.blogspot.com/2011/06/seminar-elak-derita-cari-bahagia-di.html Penuh dengan gelak ketawa tetapi berisi. Serius cakap, lebih lawak dari Kungfu Panda 1 dan Maharaja Lawak. Asyik gelak saja. Isinya tentulah berkisar tentang komunikasi seharian suami isteri. Hahaha
Ceramah tamat tepat pukul 1.00 petang. Aku bergegas balik sebab pukul 3.30 petang ada pertandingan bola jaring di sekolah ^_^
Rabu, 29 Jun 2011
Isnin, 27 Jun 2011
Nampak, Wujud, Ada, Perlu
Aku nampak kau ada
Aku rasa kau wujud
Aku perlu, kau ada
Jangan aku nampak kau ada
tapi jasad saja
Jangan aku nampak kau wujud
tapi zahir sahaja
Jangan buat aku nampak kau wujud, ada,
tapi bila perlu,
kau ghaib dan tiada
Jangan buat kehadiran kau tiada makna
Lebih baik jangan ada
Rabu, 22 Jun 2011
Just Copy Paste - Apa Kata Anda?
Kita dah biasa dengar "just copy paste jer" kan? Atau bahasa mudahnya meniru bulat-bulat hasil kerja orang lain. Dari zaman universiti sampai dah bekerja sikap ini masih kita amalkan. Kalau kita "just copy paste" dan kita nyatakan penulis sebenarnya tak mengapa lah juga. Ini kita tiru, lepas tu letak nama kita. Adoiiii!
Tukarlah sikit, jangan sama bulat-bulat. Boleh untuk dijadikan asas sahaja. Nanti kalau orang tanya, kita boleh jawab. Nampaklah profesionalnya.
Ada lagi dahsyat, siap nak bayar orang buatkan esei. Ayat orang yang tawarkan menulis esei, "berbaloi ke saya siapkan esei awak dengan bayaran RM100, dengan awak dapat kerja tetap kerajaan yang berpencen??"
Kita akan lebih berbangga jika itu adalah hasil kerja kita kan...^_^
Rabu, 15 Jun 2011
Lirik Lagu Penakut - Yuna
Tak semua kau rencana kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Oh ini tidak adil tidak adil bagiku
Oh ini tidak adil untuk kau bertanya cintaku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya....
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Oh ini tidak adil tidak adil bagiku
Oh ini tidak adil untuk kau bertanya cintaku mencintaimu juga
Bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
Ahad, 5 Jun 2011
Roti Bakar Stesen Keretapi Kluang ~ Dalam Kenangan
Tidak perlu lagi mata tajam macam mata helang yang perhatikan mana kerusi kosong, mana meja kosong untuk duduk
*
*
Tidak perlu lagi berebut kerusi dan meja
*
*
Tidak perlu lagi berdiri diluar kafe sehingga berjam-jam untuk minum secawan teh o dan roti bakar
*
*
Tiada lagi suasana hingar bingar
*
*
Tiada lagi kipas besar macam dalam filem hindustan
*
*
Tiada lagi bunyi keretapi berhenti di sebelah, melihat penumpang turun naik
*
*
Tiada lagi pelayan menulis menu di atas cebisan kotak rokok
*
*
Tidak lagi melihat roti bakar yang dibakar di atas arang
*
*
Tidak lagi melihat uncle buat air panas menggunakan cerek muncung tajam
*
*
Tidak lagi nampak suasana pelbagai bangsa duduk satu meja dan cakap bahasa melayu yang kadang-kadang berslanga (macam rojak)
*
*
Tiada lagi kedengaran dari mulut abah dan mak "jom kita minum kat railway"
*
*
Keluar dari mulut Adha semasa kami keluar menonton wayang "kita nak minum kat mana? kat sini dah tak boleh..."
*
*
Apa yang lahir dari hatiku ~waaaa, sedih gila~
*
*