Khamis, 23 Disember 2010

Aku Ada Satu Cerita...

           
          
           Sila hayati dulu gambar di atas...
"We Can't Spell Failure Without U" 

          Aku ada satu cerita. Pada suatu hari (ceh wah), kawan aku~dia seorang yang sangat aktif sukan, telah pun mewakili negara. Dia telah diberi kata-kata oleh pihak sekolah, supaya cemerlang dalam pelajaran, kerana dia kelihatan seolah-olah tidak faham satu apa pun yang di ajar oleh guru. Iyelah kan, budak aktif sukan hoki, angkat kayu hoki sajalah ke hulu ke hilir. Tapi, walaupun begitu, dia mendaftar juga di Tingkatan Enam.

            Apa perasaan dia? Tentulah sangat sedih. Sekolah sangat takut sekiranya dia akan menjejaskan peratusan sekolah.

            Aku pada ketika itu, berumur 19 tahun, masih belum bekerja sebagai seorang kaunselor, terfikir...kenapa keadaan harus jadi sedemikian?

           Aku sangat berbangga bila dia meneruskan pengajiannya...dan akhirnya, dia berjaya membuatkan sekolah itu berkeputusan 100% , sekaligus menempatkan nama sekolah di kalangan sekolah yang terbaik dalam negeri.

           Kita tak rasa apa-apa sekiranya semua ahli keluarga kita dilahirkan pandai-pandai dan bijaksana, tapi kita akan rasa apa-apa sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga kita tak dilahirkan pandai-pandai dan bijaksana.

           Jadi, moral of the story, kamu semua boleh fikir sendiri. ^_~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan