Aku ada satu cerita. Pada suatu hari (ceh wah), kawan aku~dia seorang yang sangat aktif sukan, telah pun mewakili negara. Dia telah diberi kata-kata oleh pihak sekolah, supaya cemerlang dalam pelajaran, kerana dia kelihatan seolah-olah tidak faham satu apa pun yang di ajar oleh guru. Iyelah kan, budak aktif sukan hoki, angkat kayu hoki sajalah ke hulu ke hilir. Tapi, walaupun begitu, dia mendaftar juga di Tingkatan Enam.
Apa perasaan dia? Tentulah sangat sedih. Sekolah sangat takut sekiranya dia akan menjejaskan peratusan sekolah.
Aku pada ketika itu, berumur 19 tahun, masih belum bekerja sebagai seorang kaunselor, terfikir...kenapa keadaan harus jadi sedemikian?
Aku sangat berbangga bila dia meneruskan pengajiannya...dan akhirnya, dia berjaya membuatkan sekolah itu berkeputusan 100% , sekaligus menempatkan nama sekolah di kalangan sekolah yang terbaik dalam negeri.
Kita tak rasa apa-apa sekiranya semua ahli keluarga kita dilahirkan pandai-pandai dan bijaksana, tapi kita akan rasa apa-apa sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga kita tak dilahirkan pandai-pandai dan bijaksana.
Jadi, moral of the story, kamu semua boleh fikir sendiri. ^_~
Pada waktu ini, aku sedang sibuk menyiapkan takwim sekolah untuk tahun depan. Mood? Ehmmm, rasa takde kick langsung. Not in mood nak buat kerja. Tapi kena buat juga.
Macam mood yang dalam gambar inilah:
Tengah pening dengan tarikh-tarikh yang nak dimasukkan dalam takwim, aku pun mulalah berhenti kejap, ingat nak makan Kit Kat, tapi tiada pula dalam rumah ini. Jadi, aku cari di internet gambar-gambar yang ummmmpphhh macam ini:
Lepas dah tengok gambar-gambar ini, jadi macam ini pula:
Ok lah, kejap saja break nya, tak boleh lama-lama. Takwim ini esok nak kena hantar. Back to work, guys ^_^
Ketika aku sedang makan nasi goreng kampung, yang tidak lah begitu sedap jika dibandingkan dengan yang dibeli semalam, aku betul-betul rasa alangkah baiknya jika aku dapat berhubung semula dengan kawan baik aku semasa di alam persekolahan dulu.
Dengan menggunakan sedikit maklumat yang aku ada, (aku hanya ada nama penuh) itu pun ejaannya aku ingat-ingat lupa, tapi nasib baik, ada tertulis dalam buku setem aku. Aku mulakan pencarianku di http://www.google.com/. Nah, jumpa pun, selesai satu kawan. Aku telah pun mendapatkan nombor telefon tempat dia bekerja. Aku sangat berharap dapat berhubung dengannya esok. Insyaallah.
Seorang lagi ini, memang betul-betul susah. Aku pernah menelefon ke rumahnya dulu, dan meninggalkan nombor telefon aku untuk di telefon semula. Tapi memang tiada panggilan semula. Selepas beberapa tahun, pada hari ini, aku menelefon nombor yang dia pernah beri dulu. Untuk pengetahuan semua, nombor itu diberi lebih kurang 7 tahun yang lepas. Alamak, orang bagi salam, memang terkejut gila.
Aku pun jawab, Waalaikumussalam, **** ada?
Takda, takda, salah nombor ni.
Huh, hampa tau. Aku ada terfikir, yang mungkin dia jual nombor atau handphone nya kena curi. Jadi, mulalah pencarian jejak kasih. Cari di google tak jumpa, aku pun mula cari di http://www.facebook.com/. Ramai orang nama yang seakan-akan sama, lepas tu, tidak ramai yang gunakan nama sebenar dalam facebook. Dugaan-dugaan. Aku pun mulalah tanya Siti Adha, kawan baik aku masa di Tingkatan 6 dulu, nama-nama rakan sekelas yang dia ingat. Jadi muncullah nama salah seorang pelajar. Jadi aku guna nama pelajar tu. Dan YES! Aku jumpa nama pelajar tu, dan seterusnya bertanyakan tentang orang yang aku nak cari ini. Dia belum lagi balas mesej aku di Facebook. Tapi aku amat berharap, semoga dia ada maklumat tentang kawan aku ini...aku sangat berharap~~~
Kami terputus hubungan sebab sambung belajar ye. Bukan sebab pernah bercakaran kucing atau bercakaran harimau ^_^ Terima Kasih Siti Adha ^_^
Movie: Wake Up Sid (200)
Music for this song: Amit Trivedi
Music Director for the movie: Shankar-Ehsaan-Loy
Lyricist: Javed Akhtar
Sung by: Kavita Seth, Amitabh Bhattacharya
orey manva tu to bavra hai o mind, you are little crazy
tu hi jaane tu kya sochta hai only you know what you think
tu hi jaane tu kya sochta hai bavre only you know what you think, o crazy
kyun dikhaye sapne tu sote jaagte why are showing dreams in day and night
jo barse sapne boond boond when the dreams pour down in drops
nainon ko moond moond blocking eyes
nainon ko moond moond filling eyes
jo barse sapne boond boond when the dreams pour down in drops
nainon ko moond moond covering eyes
kaise main chaloon, how could I walk
dekh na sakoon, anjaane raastein I can’t see the unknown paths
gunja sa hai koi iktara iktara, gunjasa hai koi iktara some iktara (one string instrument) is playing/roaring/echoing
gunjasa hai koi iktara iktara, gunjasa hai koi iktara some iktara (one string instrument) is playing/roaring/echoing
dheeme bole koi iktara iktara, dheeme bole koi iktara some string instrument is saying it slowly, slowly some string instrument is saying
gunjasa hai koi iktara iktara, gunjasa hai koi iktara some iktara (one string instrument) is playing/roaring/echoing
sun rahi hoon sudh budh khoke koi main kahani losing my consciousness I am listening to some story
poori kahani hai kya kise hai pata what is whole story who knows
main to kisiki hoke yeh bhi na jaani becoming someone’s I didn’t know
ruth hai ye do pal ki ya rehgi sada is it a season of moment or will it stay forever
kise hai pata… kise hai pata who knows? who knows?
jo barse sapne boond boond when the dreams pour down in drops
nainon ko moond moond blocking eyes
nainon ko moond moond filling eyes
jo barse sapne boond boond when the dreams pour down in drops
nainon ko moond moond covering eyes
kaise main chaloon, how could I walk,
dekh na sakoon, anjaane raastein I can’t see the unknown paths
gunjasa hai koi iktara iktara, gunjasa hai koi iktara some iktara (one string instrument) is playing/roaring/echoing
gunjasa hai koi iktara iktara, gunjasa hai koi iktara some iktara (one string instrument) is playing/roaring/echoing
dheeme bole koi iktara iktara, dheeme bole koi iktara some string instrument is saying it slowly, slowly some string instrument is saying
gunjasa hai koi iktara iktara, gunjasa hai koi iktara some iktara (one string instrument) is playing/roaring/echoing
Bila dengar lagu ini, aku tak sabar untuk mainkan lagu ini dengan gitar. Gitar yang dah dekat 2 tahun aku tak pegang, sejak bekerja..haha.
Jadi, bila dah 2 tahun, tahu-tahu sahaja lah, aku memang lupa semua kord gitar yang aku dah belajar, semua hilang dari ingatan aku haha.
Jadi kena belajar balik kord-kord yang digunakan dalam lagu ini. Macam bayi baru merangkak. Aku carilah tutorial di http://www.youtube.com/, jumpalah ini :
Video yang ini siap ada vokal sekali!
Hari ini, dah masuk 3 hari aku berlatih lagu ini. Jari pun dah sampai merah. Kena selalu sapu krim, kalau tak, hilanglah deria rasa jari. Hehehe. Prestasi?? Masih lemah lagi, tapi aku akan cuba sebab lagu ini memang best ^_^. Korang pun cubalah, All The Best..^_~
Masa cuti ini, dapatlah aku tengok cerita-cerita best di tv. Salah satu daripadanya ialah Bones. Di Saluran Fox Astro. Kalau korang semua nak tahu apa itu Bones, klik sini : http://en.wikipedia.org/wiki/Bones_(TV_series)
Bones musim ke-5 baru sahaja ditayangkan di saluran Astro. Sebelum-sebelum ini Astro menayangkan episod-episod pilihan peminat ^_^
Tak sangka kan, kita boleh kaitkan Antropologi dengan kes-kes jenayah. Salah satu elemen yang ada dalam cerita ini ialah psikologi~bidang yang aku minati.
Ok lah, tak guna bercakap panjang, kena tengok sendiri baru tahu ^_^
Sekejap saja rasanya, kita telah pun melangkah ke tahun baru Hijrah. Kepada semua pengunjung blog, aku ucapkan selamat tahun baru. Semoga Allah memberkati hidup kita semua ^_^
Apa yang aku ketagihkan sepanjang cuti ini? Hmmmm, bukan ketagih dadah, ok...tapi, aku ketagih minuman kopi. Bukan sebarang kopi...tapi serbuk kopi cap TV. Lihat gambar di bawah...
Aroma kopi ini berbeza dengan serbuk kopi yang lain. Kata orang, ada ummpphhh. Dari serbuk kopi itu, aku jadikan air kopi. Nak tahu macam mana bancuhannya? Senang sahaja :
1. Letak 1 sudu kecil, sebuk kopi 2. Letak 2 sudu kecil, gula pasir 3. Letak 2 sudu kecil, susu tepung 4. Letak sedikit garam (inilah rahsianya) 5. Jangan lupa letak air panas, barulah jadi air kopi, ye tak?
Betul....tak tipu, letaklah sedikit garam, tak sampai secubit garam...hanya beberapa butir garam (eh, betul ke penjodoh bilangan aku ni?) Ha...Taraaaa...siaplah kopi yang sangat marvelous untuk di nikmati di hari hujan ini. Selamat mencuba ^_^
p/s: Aku minum kopi ni setiap hari, sehari tak minum, rasa tak lengkap ^_^