Isnin, 25 Oktober 2010

Dah Masuk Musim Hujan Ke Ni?

            Hari Sabtu yang lepas, aku ke Jaya Jusco diiringi dengan hujan yang tidak henti-henti. Waktu balik dari sana ke Bahau pun hujan tidak henti.

            Hari semalam, hujan lebat dari petang sehinggalah ke malam...menyebabkan aku malas hendak keluar makan, dan makanlah apa yang ada di rumah....huhu..

            Hari ini, mengikut jadual, ada aktiviti Ikhtiar Hidup-masak telur dalam tanah. Dengan keadaan tanah yang lembap dan ranting-ranting kayu yang basah, aktiviti ini diteruskan juga.

            Sebelah petangnya, hujan renyai-renyai...apakah sudah masuk musim hujan??? Alamak baju tak keringlah jawabnya..huhu

            Harapku, hujan akan memberikan seribu satu rahmat kepada makhluk seluruh alam ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan