Aku pun tergesa-gesa naik tangga untuk ke tempat inteview, sampai kat pintu tu, dengan nafas yang tercungap-cungap (ishhh, hilang keayuan aku) aku nampak sekumpulan calon-calon perempuan di meja bulat sedang study (serius aku cakap, diorang study macam nak final exam, siap bawak buku, kertas fotostat, nota-nota, fullamak) aku datang berlenggang, dengan fail dan handset saja ditangan, beg tangan pun tiada.
Lepas sign nama, bagi fail dan sampul sulit daripada pengetua, aku duduk dikalangan dorang. Aku senyap saja tengok dorang menelaah. dalam hati aku (perggghhh calon-calon ni hebat-hebat belaka, macam tahu segala-galanya, aku kah yang paling lemah di kalangan mereka?) Aku pun duduk senyap-senyap dan baca suratkhabar Berita Harian hari itu. Dah lah satu nota pun tiada dalam tangan aku, aku pun dengar sekali perbincangan diorang. Tapi, bagus juga, aku dapat tahu isi-isi yang aku tak tahu. Aku pun berkongsi dengan dorang pasal MEB yang aku baca di paper dan lain-lain lagi.
Pukul 8.20 pagi barulah sesi inteview dimulakan. Calon-calon mula masuk di bilik menunggu. Lepas calon keluar pertama keluar saja, (abang ni keluar dengan muka yang berkerut-kerut dan pucat + takut dan berpeluh-peluh, macam baru lepas berperang) kami terus tanya...
"macam mana bang, ok x?"
(dengan muka yang berkerut-kerut...hehe ok lah"
"dia tanya apa bang?"
"dia tanya Falsafah Pendidikan Negara, tapi abang tak dapat jawab"
"oh....Good Luck ye bang"
"ok, ok , G.Luck jugak"
Ish, risau pulak kalau tak dapat jawab soalan dia. Kami pun sambung menelaah lagi. Lepas 30 minit, keluar pulak calon ke-2, (seorang calon lebih kurang 30 minit).
"macam mana kak? ok tak?"
"ok, penemuduganya ok, walaupun Cina perempuan, dia tanya dalam bahasa Melayu, akak gelak dia pun gelak...hehe"
"dia tanya apa?"
"dia tanya teras PIPP, apa dia Falsafah Pendidikan Negara dan bidang tugas kita kat sekolah, kalau macam akak cikgu agama, di tanya apa kita buat untuk tarik minat pelajar belajar agama? masa dia suruh perkenalkan diri...akak bantai cakap lama-lama, siap sebut nama anak-anak lagi..hehe...overall, oklah"
Akak tu pun berlalu dengan senyum meleret (boleh jawab lah tu). Smoga akak lulus ye :). Lama betul giliran aku nih...dah lah lapar, ngantuk pulak tu...pukul 10 pg, Mell pulak masuk(waktu Mell pukul 10 pg)..aku belum lagi kena inteview. Mell datang dengan nota aku di tangan nya. Aku pun sempat baca nota tu.
Masa aku masuk ke bilik menunggu, aku duduk di sofa yang memang selesa giler, ditambah aircond yang best. Suasana begini membuatkan aku terangguk-angguk (sebab ngantuk). tak boleh blah, semua orang kecut perut, aku siap boleh layan nagantuk hehe. Bila calon yang ketujuh keluar bilik temuduga, aku apalagi, terus besar biji mata...barulah terasa nervous.
"Dia tanya apa?"
"dia tanya banyak pasal bidang tugas, lepas tu dia tanya MEB"
"tapi aku tak dapat jawab, aku cakap aku tak tahu...huhu...xtaulah mcam mana"
"dia tanya jugak nama Agong"
"pastu aku jawablah penuh..." nasib baik dapat jawab nama Agong"
Aku tak terus masuk bilik penemuduga, sebab dia cakap, dia nak rehat sekejap, iyalah, dia seorang saja penemuduga..mesti letih dia nak membina soalan-soalan untuk calon-calon yang seterusnya...jadi sempatlah aku menelaah buat kali terakhir dengan nota yang lusuh bergulung-gulung ditangan aku (xbanyak pun nota tu, sehelai kertas A4 yang ntah apa2 aku tulis hehe)
Aku pun masuk bilik penemuduga setelah dipanggil...sempat berdoa lagi di permudahkan Allah...
"Hello, Good Morning.." sepatutnya aku sebut Good Afternoon sebab dah pukul 12.00 tgh hari...bayangkan lapar giler dengan tak sarapan, keluar rumah kul 6.30, pukul 12.00 baru kena inteview..huhu
"Yes, Morning"
"Boleh saya duduk"
"ok, duduk lah"
"emmm, Siti Hazreen, guru Bimbingan dan Kaunseling....ceritakan tentang diri awak di sekolah"
"aku pun merapulah...blah blah blah..." merapu pun kena agak-agak...cakap pendek sangat takut dia fikir kita tiada idea atau pemalu....cakap panjang sangat pulak takut dia fikir "ye ke" dan nanti banyak soalan bertalu-talu, so kena sedang-sedang saja.
"pada pandangan cikgu, macam mana kita nak buang tanggapan negatif orang sekeliling mengenai B&K?"
"Mengapa B&K perlu disekolah"
"Pada pandangan cikgu, perlu ke kursus-kursus dan latihan-latihan diberikan kepada guru-guru?"
"sebutkan bidang tugas B&K di sekolah"
"Program apa yang telah cikgu lakukan di sekolah"
"Bagaimana hendak mengukuhkan peranan B&K di sekolah"
"Bagaimana hendak menjadikan guru B&K berkesan di sekolah"
"Apakah etika yang perlu ada pada guru B&K"
"Pada pandangan cikgu, adakah kakitangan kerajaan hari ini adalah efektif?"
"1 Malaysia, selain highlight tentang perpaduan, apakah yang terkandung dalam 1Malaysia"?
"Apakah satu isu semasa yang cikgu tahu"
"Apakah yang dimaksudkan dengan huruf C dalam "ICT"? (sebab aku pegang jawatan guru ICT"
"Apakah pendekatan /teori yang cikgu guna kepada klien?"
"Jika tiada perubahan pun pada klien, setelah menjalani sesi kaunseling, apa yang cikgu lakukan?"
Soalan dia memang banyak giler....kalau kita dapat jawab 1 soalan, dia akan tanya lagi soalan lain sehingga kita tak dapat jawab soalan tu. Soalannya bertalu-talu macam peluru...fuhhhh. Aku sangkut dekat soalan ICT tu...tak tahu makna C. So, dia cakap, balik nanti cari makna C tu. Setiap kali kita jawab soalan, dia akan tulis catatan dekat kertas yang telah disediakan. Tak tahulah apa yang dia tulis.
Fuhhh, aku melangkah keluar dengan perasaan yang lega...Aku sempat bagitahu dekat calo-calon yang lain tentang soalan-soalan tadi. Lepas tu aku pun pergi makan. Giliran Mell pulak tunggu di bilik menunggu.
Kalu tak silap aku, Mell kena tanya soalan tentang Rukunegara, bidang tugas dan juga "Kecerdasan IQ dan EQ" nasib baik aku tak kena soalan tuh...huhu
Aku dan Mell setibanya dirumah, terus tidur...pukul 5.00 petang aku dan Mell bersiap untuk makan petang....lapar pergghhh. Aku mengumpulkan tenaga untuk drive dari Sungai Pelek ke Bahau...huhu. Lepas hantar Mell balik rumah, (setelah Mell dan pakcik tunjukkan jalan nak balik Bahau). Aku dengan yakinnya drive balik...tapi aku sesat, tak jumpa jalan keluar daripada rumah Mell...pusing punya pusing, aku sampai kat pantai...dah sudah..kalau siang lagi, bolehlah duduk kat pantai ni menikmati angin petang, tapi dah pukul 6.45..ish, tak beranilah...aku pun bertanya-tanya orang kat situ, dan akhirnya aku jumpa juga Pekan Sungai Pelek pada pukul 7 malam. Tag line yang aku selalu guna ialah "sesat tu biasa, tak sesat tu luar biasa" hehe. Sampai rumah kat Bahau ni dalam pukul 9.30 malam....huh...home sweet home :)
Fuh apa2 pun kakak da melepasi interview nih... yaya dpt rasekn apa yg kakak rase.. hope kakak n memey berjaya okay!
BalasPadamYaya doakan akak n memey berjaya.. Wink... yaya dpt rase perasaan kakak ms tue..
BalasPadam