Assalamualaikum dan hai kawan-kawan.
Pada hari Ahad yang lalu iaitu pada 28 Mac 2021, saya dan sahabat saya Nadia telah berkunjung ke Perpustakaan awam Negeri Sembilan yang terletak di Seremban 2. Jujur saya hendak beritahu kepada kalian bahawasanya saya tidak pernah menjejakkan kaki di perpustakaan awam Negeri Sembilan walaupun hampir 12 tahun saya bermastautin di sini.
Semuanya bermula apabila saya melihat satu video di Instagram perempuanbackpacker yang menunjukkan keadaan dalam Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Kalian boleh lihat posting itu di sini. Perasaan ingin tahu muncul. Hehe.
Ok, jom tengok beberapa keping gambar yang saya telah ambil semasa di sana.
Ini adalah buku tulisan braille, ada macam-macam tajuk.
Ada ruangan untuk mengaji.
Ini buku yang saya sempat baca semasa di sana. Menarik sangat.
Ada kafe. Saya minum Cappucino dan makan tart telur (yang telah dipanaskan menggunakan oven). Harganya RM5.50 kalau tak silap.