Selasa, 9 Jun 2020

Hitam Putih Masa Depan Sendiri Yang Menentukan



Salam dan Hai!

Tajuk artikel hari ini adalah dipetik dari bait-bait lirik lagu Hitam Putih Kehidupan dendangan Sheila Majid.

Ini adalah antara lagu kegemaran saya hehe!!

Lagu ini selalu berputar dalam minda saya, nak-nak lagi selepas murid-murid SPM dapat keputusan UPU baru-baru ini.

Selepas masing-masing mendapat keputusan UPU, maka sibuklah naik pemberitahuan dalam Whatsapp Group bekas pelajar SPM.

Deretan ucapan tahniah dari bekas guru-guru kepada anak murid. Alhamdulillah ramai yang berjaya menempatkan diri institusi dalam negara. Tahniah!

Namun begitu, ada juga yang senyap seribu bahasa. Mungkin tidak mendapat tawaran UPU, atau telah mendapat tempat di institusi tetapi tidak kena dengan selera. Hehe.

Lalu, adalah di antara mereka itu yang bertanya kepada saya secara peribadi dengan pelbagai soalan seperti:

"Cikgu, kalau ambil kursus ini, nanti nak kerja apa?"
"Kerjalah apa yang awak rasa sesuai"

"Cikgu, kalau saya nak jadi Polis, boleh ke ambil kursus ini?"
"Boleh"

"Cikgu, saya tak boleh buat keputusan, pada cikgu, mana satu lebih baik?"
"Saya tak boleh buat keputusan untuk awak, awak yang kena bertanggungjawab dengan keputusan awak"