Isnin, 10 Februari 2020

Apa Yang Ada Dalam Kepala Si Pemberi Hutang


Assalamualaikum dan Hai!

Semoga kita sihat dan kaya raya hari ini. Amin.

Oklah nak tanya, korang pernah berhutang? Mesti pernah kan?

Hidup zaman sekarang, susah kalau nak kata tak nak berhutang kan?

Hutang ini, maksudnya kau nak pakai sesuatu barangan, tapi belum mampu nak bayar tunai. Jadi, hutanglah dulu, sebab nak pakai barang itu segera. Kalau nak tunggu kau cukup duit nak bayar tunai, tak tahu bila kan? Mereputlah alamatnya.

Ekoran dari itu, macam-macamlah marketing yang keluar.

Contoh macam beli penapis air ke, penapis udara ke, kalau hutang ada servis. Kalau beli tunai, servis kena bayar. Pandai diorang ni buat. Kelebihan ialah pada yang membeli secara berhutang. Itu yang saya nampak. Tapi, beza harga berhutang dengan tunainya Ya Allah!

Saya seboleh-bolehnya nak elakkan hutang. Cukuplah sekadar hutang-hutang yang ada ini. Pening hutang banyak-banyak.

duit, wang, akpk

Bila hutang kereta habis setelah ikat 7 tahun, leganya Masyaallah tak tahu nak cakap macam mana.  Itu yang bila ramai orang bakar saya ambil kereta baharu, saya kaku sahaja. "Senanglah kau cakap, yang tanggung bulan-bulan aku"

Lepas ini, tak sabar nak habis hutang PTPTN pula.

Saya ada banyak lagi hutang ya...bukan PTPTN sahaja. Cuma tak di tulis di sini. Kang juling biji mata korang membacanya haha!

Jangan tak tahu, hidup saya yang biasa-biasa ini pun (walau tak pakai kereta mewah dan rumah banglo 3 tingkat, ada orang berhutang dengan saya).

Saya kata "macam manalah korang boleh terfikir nak berhutang dengan saya, sedangkan saya tak banyak duit?"

Saya ada beberapa pengalaman tentang orang berhutang dengan saya. Setakat ini, Alhamdulillah tiada seorang pun yang tak bayar.

Korang tahu tak, saya memang ingat orang hutang dengan saya, dan saya jenis yang menuntut hutang HAHAHAHA!