Assalamualaikum dan Hai!
Ahad. Hari untuk bermalas-malasan, eh...haha!!
Tak jugak!
Tiba-tiba muncul suatu idea dalam kepala otak saya.
Hari ini, saya hendak kongsikan cara membuat Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form.
Sebelum itu, saya hendak kongsikan sedikit, bagaimana tercetusnya idea hendak menyediakan Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form ini.
Selalunya, saya akan edarkan Borang Rujukan Klien dalam bentuk helaian kertas (saiz separuh A4), pada setiap kali Perhimpunan Rasmi hari Isnin.
Masalah yang timbul ialah, kadang-kala saya lupa nak fotostat awal...dan hari Isnin saya terkejar-kejar nak fotostat di pejabat sekolah dan mengedarkan helaian itu pada semua guru.
Bila telah diedarkan kepada semua guru, tak semua helaian itu kembali semula kepada saya.
Hanya kembali sehelai atau dua helai sahaja.
Jadi, melalui perbincangan Wassap Group Kaunselor-Kaunselor Hebat Jempol Jelebu, Kaunselor SMK Datuk Mansor menggunakan Google Form. Yeahhh!!, jadi, hari ni, saya pun tanya pakcik Google, macam mana nak membuat Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form.
Sebenarnya tidak susah mana pun. Hanya beberapa minit sahaja, dah siap!
Ok, jom kita tengok macammana cara membuat Borang Rujukan Klien dengan menggunakan Google Form.