Selasa, 29 Ogos 2017

Terima Tab3 7 Essential Lenovo - Terima Kasih Kementerian Pendidikan Malaysia

lenovo, tab 3 lenovo, tab, tab 3

Pada pagi Jumaat yang lalu, saya telah menerima Tab3 7 Essential Lenovo daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Yeahhh!! Lompat bintang!

lenovo, tab 3 lenovo, tab, tab 3

Tab3 7 Essential Lenovo daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini didatangkan bersama cover plastik berwarna hitam.

lenovo, tab 3 lenovo, tab, tab 3

Haaa, ada lagi. Selain daripada cover plastik, Tab3 7 Essential Lenovo daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini juga ada sim kad Celcom X-Pax yang berharga RM10.

Ok, ini serius. Saya sangat suka nombor 013-xxx xxxx. Sangat cantik! 

Satu je...kena topup selalu ya. Kalau tak, mati nombornya. Ok, tang ini, Onexox menang, hehe!!

Bukan sahaja di kotak Tab3 7 Essential Lenovo, yang ada tepek nama, dan nombor kad pengenalan, malahan di sim kad pun ada ok. Nasib baiklah kan. Kalau tak, melepas nombor cantik haha!!

Sebenarnya, semasa entri ini hendak ditulis, baru saya belek betul-betul nombornya. Haha!!

Eppp, ada lagi. Tab3 7 Essential daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini juga didatangkan bersama Aplikasi Tutor Guru dan Aplikasi Digital Utusan Malaysia. Haaa, hambik kau! Bacalah sampai juling bijik mata!

Antara spesifikasi Tab3 7 Essential Lenovo ini:

Jumaat, 25 Ogos 2017

Menjenguk Murid di Kantin Sekolah


Image result for school canteen

Gambar di atas itu bukan gambar kantin sekolah saya.

Siang tadi, saya berkesempatan untuk menjenguk murid-murid di kantin sekolah.

Seingat saya, tahun ini baru 2 kali saya berkesempatan berbuat demikian. Well, jangan ingat kaunselor hanya duduk di dalam bilik berhawa dingin goyang kaki atas kerusi yang empuk ya.

Tolong betulkan persepsi anda.

Menjenguk murid di kantin sekolah adalah salah satu aktiviti pemerhatian yang saya buat ke atas murid-murid sekolah, yang mana aktiviti ini saya tiru daripada mantan GPK HEM saya (Ustaz Abd. Hamid) yang suka melihat gelagat anak muridnya sewaktu di kantin.

Hari ini ialah hari Jumaat, minggu murid-murid balik kampung. Esok akan bermulanya cuti sekolah selama seminggu.

Hari ini tak ramai murid-murid yang makan di kantin kerana:
1. Kehabisan duit belanja (bagi murid asrama)
2. Tunggu waktu makan tengahari jam 12.30 tengahari di dewan makan (tamat waktu persekolahan hari Jumaat)
3. Tidak membawa duit belanja (murid bukan asrama)

Harga makanan? Sangat berpatutan. Maksudnya murah.

Tapi, bagi waktu persekolahan yang panjang, seperti sekolah saya, waktu rehatnya 2 kali sehari.

Kalau rehat kali pertama RM2

Rehat kali kedua RM2

Ada 8 kali rehat (4hari)

1 kali rehat pada hari Jumaat

Jumlah perbelanjaan bagi seorang murid di kantin ialah RM18 (bagi murid bukan asrama)

Jumlah RM9 (bagi murid asrama). Murid asrama telah membayar yuran makan asrama.

Itu belum termasuk perbelanjaan membeli jajan di sekolah dan asrama.

Adakah cukup wang saku RM10 seminggu?

Isnin, 21 Ogos 2017

Muhasabah Diri

Image result for cermin diri

Al-kisahnya petang tadi, sebelum bermulanya mesyuarat, pengetua meminta semua guru menulis di sehelai kertas A4 tentang 3 perkara; iaitu
1. Kelebihan pengetua
2. Kelemahan pengetua
3. Harapan kepada pengetua

Nama tidak perlu ditulis, tapi saya nyatakan nama saya kerana saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis.

Apa yang saya tulis? Biarlah rahsia hehe...

Sejak dari kecil, saya memang seorang yang berani bersuara.

Tapi lama kelamaan, (mungkin sel-sel otak telah berhubung dengan saraf emosi dan perasaan) menyebabkan kalau nak menyatakan sesuatu perkara (walaupun benar) saya perlu mencari ayat yang sesuai. Orang kata, ayat berlapik.

Bukan basuh
Bukan sound-direct
Bukan jenis cakap main pakai hambur sahaja tapi hati baik
Bukan juga perli

Nak-nak lagi dalam posisi pekerjaan saya sebagai guru, atau lebih tepat lagi sebagai kaunselor, pemilihan perkataan dalam sesuatu ayat itu perlulah tepat dan tidak melukai hati orang.

Selesai menulis, saya pun serahkan kertas kepada pengetua.

Pengetua kata "ini sesi muhasabah saya"

Pengetua ada mencadangkan supaya guru-guru membuat seperti ini dengan anak murid. In syaa Allah saya akan buat.

Bagi saya, ketua yang bagus, ialah ketua yang boleh menerima kritikan.

Image result for cermin diri

p/s: sebenarnya saya rasa bertuah diberi peluang sebegini setelah merasa dibawah pentadbiran 3 orang pengetua.

Ahad, 13 Ogos 2017

Menghadiri Seminar Percuma Business Opportunity Presentation (BOP) Public Gold

Siti Hazreen
Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764

Hai dan Assalamualaikum semua

Semalam saya mempunyai 2 pilihan untuk mengisi hari saya:

  1. Menghadiri Seminar Percuma Business Opportunity Presentation (BOP) Public Gold di Senawang, atau
  2. Menghadiri seminar hartanah di KL dengan bayaran kalau tak silap Rm100++

Hari Jumaat malam, saya memutuskan untuk ke Seminar Percuma Business Opportunity Presentation (BOP) Public Gold di Senawang.

Saya memang minat seminar hartanah, cuma KL itu jauh sikit. Bayaran bukanlah masalah bagi saya. In syaa Allah lain kali saya ke seminar hartanah pula.


public gold, pg mall, cabutan bertuah, lucky draw

Saya daftar di Seminar Percuma Business Opportunity Presentation (BOP) Public Gold. Tengoklah nombor cabutan bertuah saya itu. Nombor 1 ok. Sebab saya orang pertama yang mendaftar di sana pada hari kejadian. Hehe

Dapat juga Voucher membeli-belah di PG Mall. Siapa nak bagi kan??

Ada lagi...


aurora italia, public gold, katalog
Katalog terbaharu Aurora Italia untuk cuci mata hehe

Seminar Percuma Business Opportunity Presentation (BOP) Public Gold kali ini akan disampaikan oleh Mahaguru En. Syukor Hashim, mentor yang terkenal dalam emas.

public gold, emas, seminar bop, seminar, seminar public gold

Inilah En. Syukor Hashim Mahaguru Emas

Seminar Percuma Business Opportunity Presentation (BOP) Public Gold ini turut dihadiri oleh 2 orang cikgu sekolah saya yang mana turut teruja untuk melihat secara "live" En. Syukor Hashim. 

Jumaat, 11 Ogos 2017

Rancangan Ted Talks dan Buku Ted Talks - The Official Ted Guide To Public Speaking

Assalamualaikum, hai korang...

Sebenarnya saya baru balik dari menghadiri rumah terbuka. Iya, rumah terbuka. Baru lepas makan, mengantuk tapi bersemangat nak taip pasal Ted Talks.

Pernah dengar pasal Rancangan Ted Talks?

Video kat bawah ini adalah salah satu daripada Rancangan Ted Talks yang saya suka.

Menangis weh...menyentuh hati dan sanubari (ok, saya bukan drama queen) 

Saya rasa semua guru, perlu tengok video ini

Saya tak ingat macammana saya boleh terklik nak tengok Ted Talks ketika kali pertama. Hurmmm, mungkin sebab saya minat tajuk pendidikan kot

Ted Talks ini sangat menarik. Pengucapan awam.

Berdiri kat tengah-tengah

Suasana dewan yang gelap dan sunyi

Hanya ada lampu spotlight di suluh kepada yang memberi talk

Serius, kalau saya, memang menggigil habis haha!!

Selain hal-hal pendidikan, saya suka Rancangan Ted Talks ini sebab kisah-kisah yang diceritakan itu dekat dengan kita sebagai manusia.

Contohnya macam video kat bawah ini:

Isnin, 7 Ogos 2017

How Would You Feel - Ed Sheeran

Hai dan Assalamualaikum,

Saya dah lama tak main gitar sejak awal bulan puasa sehingga lah minggu lepas. Lama kan?

Gitar ni tak boleh tinggal lama-lama, nanti kaku jari jemari haha.

So, untuk lagu pertama setelah berehat panjang, saya pilih lagu ini. Ada kord yang susah tapi ada jalan mudah hehe.


Well, saya ditahap beginner, kalau nampak kord Bm tu memang menangis. Kord Bm tu ialah bar chord. Dah lah semua jadi comel-comel belaka.

So, untuk lebih mudah, saya guna tutorial yang dibawah ini untuk main kord Bm.


Tutorial dari Hannah ini pun agak mudah, tapi strumming dia laju sangat, sedangkan lagu ini sentimental gitu.

Jadi, saya hanya ikut cara Hannah mainkan kord Bm sahaja.

Tengoklah video tu, boleh main kord Bm lebih mudah beb!



Selasa, 1 Ogos 2017

Cuci Mata di Showroom Kereta Toyota Altis

Image result for toyota

Assalamualaikum dan hai semua,

Al-kisahnya, siang tadi, saya tolong hantarkan kawan saya ke tempat servis kereta Toyota.

So, kawan saya uruskan keretanya, manakala saya menjamu mata di showroom Toyota

Dalam showroom:

Salesman: Ya, cari apa?
Saya: Altis ada?
Salesman: Ada

Ok, ini bukanlah kali pertama saya masuk showroom ini. Pada awal tahun ini, saya pernah masuk showroom yang sama dengan tshirt, seluar tracksuit dan selipar. Langsung tak dilayannya.

Hari ini pakai baju kurung, dan berkasut tanpa tanda nama, terus layan wehhh!

 Adehh!!

Image result for toyota altis 2017

Saya: Ada promosi ke?
Salesman: Ada rebat RM3000 untuk Altis.
Saya: Oh! (salesman terus membawa saya ke kereta Altis)

Saya: Kereta saya dah habis bayar, tu yang...(tak habis ayat lagi), salesman menghulurkan katalog!

dalam hati saya (amboiii kooo, layanan bukan main baik lagi ye!)

Sebenarnya, saya dah lama mengidam kan kereta  Toyota Camry, tapi sebab Camry mahal sangat, so saya fikir nak ambik Altis.

Salesman membuka satu pintu Altis di bahagian penumpang hadapan. Saya pun jenguk-jenguk lah rekabentuk dalamannya. Dia ada sebut jenis, tapi saya tak ingat. 

Image result for toyota altis 2017