Selasa, 24 Januari 2017

Tahniah Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 dan Permohonan ke Timur Tengah 2017

 

Pagi tadi, ketika Bahau hujan tanpa henti, hadirlah 2 orang bekas anak murid saya, yang telah melanjutkan pengajian dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Ahmadi Gemencheh pada tahun 2016. 

Baru-baru ini kan dah keluar keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016. Keputusannya gempak giler weh!! Sorang tu dapat Mumtaz, sorang lagi Jayyid Jiddan. Haaa!

Selalunya lah, lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ini tak lari daripada sambung belajar ke timur tengah (Jordan, Mesir dan Morocco).

Seorang bekas anak murid saya sekarang ini berada di Jordan, seorang lagi di Morocco. Insyaa Allah, kedua-dua mereka ini pula akan menuruti 2 orang kakak senior mereka.

Apa yang best nya pasal Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ini? Belajar hanya 10 bulan maaa, dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Best kan? 

Klik sini untuk permohonan ke Timur Tengah. Sila uruskan dengan segera ya.

Tapi, sepertimana yang telah dikongsikan oleh mereka berdua semasa Program Perkongsian Pengalaman bersama murid-murid tingkatan 5 tahun lepas;

belajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM);

tak pernah kering air mata, 

tak cukup tidur, dan 

kerapkali tertidur bersama buku nota. 

~STRESS~

Well, sesuatu yang manis itu tentunya tidak datang bergolek!

Tentunya bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.



Hai lah Tengku dan Akma, saya tengok korang ni, dari tingkatan 1 sampai dah lepas STAM. Terasa tua bebenor dah diri ini. Ehem-ehem, lebih tinggi dari saya woooo!!

Sabtu, 21 Januari 2017

Koleksi Emas Public Gold Edisi Pos Malaysia


Siti Hazreen 
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764
Image result for public goldImage result for pos malaysia



Hai, sudah lama rasanya tak menulis tentang Public Gold

Ingat tak, saya ada tulis pasal minat saya pada setem? Boleh klik sini untuk baca.

Haaa, apa kaitan setem dengan entri hari ini? Jeng jeng jeng.

Sebab, hari ini saya nak kongsikan dengan korang koleksi emas Public Gold edisi Pos Malaysia

Jom tengok gambar:

public gold, pos malaysia

Emas Public Gold 1 gram

public gold, pos malaysia

Emas Public Gold 0.5 gram

public gold, pos malaysia

Emas Public Gold 1/2 Dinar


public gold, pos malaysia

Emas Public Gold 1 Dinar

public gold, pos malaysia

Emas Public Gold 5 gram

Menarik tak? Bagi saya sangat menarik lorrr!! Sebab semuanya emas (sangat bernilai) dan siap ada tepek gambar setem yang cantik-catik belaka. Alhamdulillah, semua dapat saya beli sebagai koleksi

Dalam banyak-banyak tu, saya paling suka dan teruja giler, bila pegang emas Public Gold edisi Pos Malaysia 1 dinar. Sebab apa ek? Maybe sebab design dia cantik, berkerawang-kerawang gitu dan ada tertera tulisan jawi. Perghhh!!

Emas Public Gold Edisi Pos Malaysia ini hanya boleh dibeli Pejabat Pos Malaysia yang ada perkhidmatan Ar-Rahnu sahaja ya. Kalau kat Negeri Sembilan ini, kalau tak silap saya, ada di Pejabat Pos Seremban dan Pejabat Pos Tampin.

Khamis, 19 Januari 2017

Wawasan 2020 dan TN50


Maaf entri ini perlu dibaca dengan menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Alhamdulillah, saya berpeluang mengikuti sesi debat anak muda dalam Berita Awani jam 8.00 malam tadi.

Selepas itu ada siaran langsung di tv pelancaran TN50.

Saya, lebih menyukai sesi debat anak muda di tv Awani.

Mudah-mudahan saya panjang umur untuk melihat Wawasan 2020 tercapai ataupun terkulai.

Mudah-mudahan Tun M, panjang umur, untuk melihat adakah Wawasan 2020 tercapai atau tercapati.

TN50? Bak kata pengacara Awani, kita ada 33 tahun lagi untuk membicarakannya.

Ehem, mari kita menyorot kembali tentang dadah. 

Rabu, 18 Januari 2017

Orang Tak Pandang Politeknik, Kolej Komuniti dan GIATMARA

Image result for politeknik

Image result for kolej komuniti

Image result for giatmara

Al-kisahnya, petang tadi saya di datangi oleh 2 orang bekas anak murid saya. Kedua-duanya lepasan SPM tahun lepas, yang mana keputusan SPM akan dikeluarkan pada tahun ini.

Saya terkejut, takde hujan takde ribut. aleh-aleh (betul ke saya tulis nih?) terpacul mereka berdua di depan pintu bilik saya. 

Saya pun tanyalah apa hajat di hati? Rupa-rupanya mereka inginkan pendapat saya tentang institusi untuk mereka menyambung pelajaran nanti.

Saya agak, ini mungkin adalah rentetan daripada apa yang berlaku semalam di dalam Whatapps Group diorang. Canggihkan budak-budak sekarang? Ada Whatapps Group lorrr. Saya dulu-dulu takde macam nih weh...Ada murid yang telah menyambung pelajaran tanpa pengetahuan (tidak merujuk) kepada saya terlebih dahulu.

Bukannya apa, saya galakkan mereka merujuk kepada saya terlebih dahulu, takut-takut duit terbang masuk ke institusi yang ntah apa-apa. Institusi yang menanam tebu di tepi bibir banyak je sekarang ni. Budak-budak yang baca ni faham tak? Kalau tak faham, bukak kamus ye.

Jadi, berbalik kepada 2 orang bekas anak murid yang datang berjumpa saya tadi. Diorang tanya pasal institusi yang sesuai untuk diorang sambung belajar. Saya mencadangkan 3 institusi iaitu Politeknik, Kolej Komuniti dan GIATMARA.

Murid: Ok ke cikgu?
Saya: Mestilah ok
Murid: Ermmm, ayah saya kata kalau nak masuk GIATMARA, itu pilihan terakhir
Saya: Eh, kenapa pulak?
Murid: (Sengih)
Saya: Sebab tak glamor (terkenal) ke?
Murid: (Sengih)
Saya: Eh, awak tahu tak, diorang memang lah tak glamour, tapi diorang lah orang yang paling senang buat duit! Diorang belajar dan apply, kreatif, ada perniagaan sendiri. Daripada awak belajar benda yang awak tak minat, dan awak tak dapat kerja bertahun-tahun, baik awak ambil bidang kemahiran. 

Selasa, 17 Januari 2017

Keputusan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, ILKS, ILKA & GIATMARA 2017


Semalam dah keluar keputusan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, ILKS, ILKA dan GIATMARA bagi tahun 2017. Tahniah kepada yang berjaya.

Macam mana nak semak? Boleh terus klik banner kat atas tu. Boleh juga klik si sini

Kalau tak dapat macam mana? Jangan risau. Boleh buat rayuan ya. Macam mana nak buat rayuan? Boleh terus berhubung dengan institusi yang di pohon dahulu. Contohnya, ada murid saya yang tidak mendapat tawaran ke Kolej Vokasional Muar, Sungai Nibong. Jadi, saya cadangkan padanya, jangan terus ke Kolej Vokasional Muar. Tetapi, telefon dahulu ke Kolej Vokasional tersebut. Tanyakan terlebih dahulu bagaimana prosedur membuat rayuan. 

Macam mana nak dapatkan nombor telefon Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, ILKS, ILKA dan GIATMARA? Senang sahaja, Google maaa. Haha!!

Isnin, 16 Januari 2017

Mahukah Kita Berubah?


Everything Has Changed - Taylor Swift & Ed Sheeran

Entri kali ini perlu di baca dengan menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) haha!!

Ada banyak isi tersirat di sebalik yang tersurat. 

Well, (dah kuar omputihnya), tadi ada cikgu baharu kat sekolah. Dia ingatkan saya mengajar subjek Bahasa Melayu haha. Tak boleh blah.

Saya memang suka Bahasa Melayu, bahasa jiwa bangsa gitu.

Ok, kembali kepada topik.

Selasa, 10 Januari 2017

7 Kelebihan Blog Sebagai Medium Pengajaran dan Pembelajaran Paling Mudah Untuk Guru

Image result for blogspot logo png


Al-kisahnya, semalam ketika saya di Bilik Guru:

Cikgu X: Hazreen, akak nak mintak tolong ni...
Saya: Tolong apa tu kak?
Cikgu X: Tolong akak buat blog
Saya: Erkkkk
Cikgu X: Hazreen ada blog kan?
Saya: Erkkk, ada kak
Cikgu X: Nanti ajar akak ye, untuk tugasan universiti akak.
Saya: Alahai kak, saya biasa-biasa je

Ok, saya tak tahu nak describe macam mana perasaan saya. Sebab bagi saya blog saya biasa-biasa sahaja. Macam tak layak je nak beri tunjuk ajar pada orang lain.

Satu lagi, malu weh, sebab blog saya ada cikgu sekolah yang baca...haishhh malu malu malu hehe.

Hari ini bila masuk ke Bilik Guru, Cikgu X cakap lagi pasal hal blog tu. Nampak lah kali ini Cikgu X lagi bersungguh-sungguh.

Cikgu X: Hazreen, nanti tolong ajar akak pasal blog tau.
Saya: Ermmm, boleh kak. Ada pengerasnya hehe
Cikgu X: Apa?
Saya: Alaaa, akak bagi saya sup kambing, kambing bakar, nasi minyak, bla bla bla...
Cikgu X: Aik? Banyaknya
Saya: Takdelah kak, gurau je. Saya ok je, bila-bila akak free. Ikut masa akak.

Blog saya ini dah berusia 7 tahun huhu. Dah masuk sekolah darjah 1 hehe. Banyak dah yang saya lalui, ia tidaklah begitu sukar untuk dibina jika dibandingkan dengan medium lain.

Saya pernah menjadi Guru ICT sekolah, hebat tak? Saya akui saya bukanlah orang yang mahir IT sangat. Walaupun masa zaman dulukala ada jugak minat nak ambil kursus IT masa kat universiti.

Ahad, 8 Januari 2017

Giveaway India & Tahun Baru by Dyllarezan



What? OMG!!!

Ini yang perkataan pertama yang keluar dari hati saya. Eh, macam mana tu?? Haha

Okeh, tarik nafassssss...

India weh, India!! Ini adalah negara idaman saya! Saya nak pergi India. Sahabat-sahabat rapat memang tahu dah saya memang mengidam nak pergi India.

Akhirnya saya dapat baca di blog pasal India kat http://dyllarezan.blogspot.my/

Sebelum ini, saya ada baca buku Namastee India oleh Siti Noridah Ab. Rahaman, habis dibaca dalam masa 1 hari maaa hehe.

Ok, tak nak cerita pasal impian saya ke India. Jom join segmen di atas. Klik banner untuk join.

Serius, kalau saya tak menang pun takpe, saya memang nak baca pasal India. Kalau menang bonus lah weh hehe!!

Khamis, 5 Januari 2017

7 Kesilapan Murid Sekolah Tingkatan 4 Tentang Sekolah Sementara

Image result for books

Selalu menjadi perhatian saya bila awal tahun ialah murid tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Tingkatan 1 sebab peralihan daripada darjah enam (kanak-kanak Ribena) ke tingkatan 1 (remaja Ribena), tingkatan 4 pulak sebab hanya selangkah ke SPM.

Selepas 2 hari penuh mengendalikan Program Orientasi murid tingkatan 1, hari ini saya berpeluang singgah di kelas tingkatan 4.

Saya sempat singgah di kedua-dua buah kelas tingkatan 4 sekolah saya. Dapat saya simpulkan bahawa 7 kesilapan murid sekolah tingkatan 4 tentang sekolah sementara ialah:

1. Sekolah sekarang hanyalah sebagai sekolah sementara, untuk menunggu tawaran sekolah lain. Contohnya: Kolej Vokasional.
2. Tidak memberikan sepenuh perhatian dan tidak membuat kerja rumah yang dibekalkan oleh guru di sekolah sementara, sebab hati dan minda berada di sekolah idaman.

Ahad, 1 Januari 2017

Hadiah Emas dan Simkad Onexox Untuk Komentator 2016


Hey! Selamat datang 2017, inilah entri pertama pada tahun ini!!

Ok, tengok gambar yang ditepek di atas itu. Jadi, seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, boleh baca di sini, dan sini, tibalah masa untuk diumumkan pemenangnya.

Tahniah Cik Tom!! Dengan 216 komen. Fuhhh, hebat jari jemari Cik Tom, nih hehe. Emas Public Gold 0.5g edisi terhad menjadi milik anda. Yeah!!

Ok, setelah bermimpi, 6 top komentator pun akan diberi hadiah penghargaan. Ianya berupa Simkad Onexox setiap seorang. Yeah!! Dalamnya dah ada kredit RM5 tau!

Penerima Simkad Onexox:

Sila beri alamat untuk pengeposan ya. Boleh Whatapps 01120982764 atau emel hazreen2008@yahoo.com

Harap semuanya gembira ^___^

p/s: anies, sorry tak pos lagi simkad Onexox hari tuh, kali ini saya pos sekali 2 Simkad Onexox ya. Nanti anies emel, atau whatapps alamat.

Ok, berakhir sudah 2016 kita. Terima kasih atas sokongan anda semua. Jangan lupa meninggalkan jejak di sini ya. 


Erkkk, esok sekolah. Lagu kat bawah ini sesuai sangat:


Bye!