Khamis, 22 September 2016

Insurans Perjalanan Atau Travel Insurance Ketika Bercuti Ke Luar Negara

malaysia passport, passport

Kalau nak ke luar negara, saya diwajibkan mengisi borang kebenaran ke luar negara. Peraturan ini bagi kakitangan kerajaan ye. Bukan sehelai ye, berhelai-helai lepas tu 3 atau 4 salinan pulak tu. Lenguh tangan nak tulis huhu.

Saya terfikir, buat apalah kita kena tulis benda alah ni? Saya nak bercuti senyap-senyap je, tak nak bagitau orang lain. Yelah, takut orang kata kita menunjuk-nunjuk pulak

Borang kebenaran ini seolah-olah wajib diisi tau. Macam sebulan sebelum pergi, kena hantar dah borang ke JPN. Saya guna terma seolah-olah sebab, masa saya pergi bercuti ke luar negara, tak jauh pun, ke Singapura sahaja bersama sahabat saya, pihak sekolah kawan saya itu kata, macam menjadi satu kesalahan sekiranya ke luar negara tanpa kebenaran JPN. Masa tu sangat suntuk. Sahabat saya tak sempat mengisi borang tersebut.

Kita bukannya tahu tarikh sebenarnya ada kelapangan nak bercuti. Bila masa free, kita bercutilah. Contoh, kalau minggu depan ada kelapangan, kita bercutilah kan. Borang pulak kena hantar sebulan awal. Nasib baik, percutian ke Singapura tu saya sempat isi.

Dalam borang kebenaran tu juga, kena isi alamat. Ini pun satu hal. Kadang-kadang bukannya kita tahu mana nak menginap. Kadang-kadang kita beli tiket penerbangan dulu, lepas tu baru cari hotel. Manalah tahu, nak tidur kat masjid ke hehe.

Jadi, pada satu hari yang berbahagia (saya tak ingat pada tahun lepas atau tahun sebelumnya), saya bertanyakan hal ini kepada kerani sekolah saya.

Rupa-rupanya, baru saya tahu, selain daripada pihak JPN tahu di mana saya berada (berdasarkan kepada alamat yang tertulis dalam borang) saya juga dilindungi oleh kerajaan sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Contoh: pengurusan membawa pulang mayat saya dari luar negara ke Malaysia. Kiranya ini insurans perjalanan kerajaan lah.

Selasa, 13 September 2016

Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja 2017-2018

Image result for maktab tentera diraja

Maktab Tentera Diraja (MTD) akan membuat pengambilan pelajar bagi kemasukan ke Tingkatan Empat Tahun 2017.

Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2016 yang memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Jantina - Lelaki
  • Tinggi minimum - 152 sm
  • Berat minimum - 40.5 kg
  • Body Mass Index (BMI) - 18-27
  • Ukuran dada 74sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • Penglihatan - baik dan tidak rabun warna
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak
  • Memperoleh keputusan yang baik di dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Tahun 2016 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Permohonan boleh dibuat mulai sekarang namun keputusan sama ada layak menghadiri temuduga hanya akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 diumumkan.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.
Calon-calon yang berminat dipelawa untuk membuat permohonan melalui pengisian borang secara atas talian di laman web www.rmc.edu.my