Hari Jumaat lepas, alhamdulillah sekolah telah berjaya mengadakan Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM 2015 secara serentak buat pertama kalinya. Tahun-tahun sebelum ini, majlis berasingan antara PT3 (PMR) dan SPM.
............................................................................................................
Menyorot kembali perbualan saya bersama ayahanda tuan pengetua pada tahun lepas:
Saya : Perlu ke kita adakan Majlis Restu Ilmu, ustaz?
Pengetua: Perlu. Pelajar-pelajar ini kita perlu didik untuk berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar berkorban tenaga, masa dan wang ringgit untuk mereka.
Saya : Tapi ustaz, kalau takde majlis pun takpe kan? Diorang boleh jumpa cikgu-cikgu sendiri.
Pengetua: Berapa keratlah yang akan memohon maaf dan meminta restu dari guru-guru dengan sendirinya. Sebab tu, kena adakan satu majlis khusus, ajar diorang, kalau tak diorang mungkin tak buat (Ini membuatkan saya terfikir, betul jugak, masa saya sekolah dulu takde pun Majlis Restu Ilmu, dan saya tak pun berjumpa dengan guru-guru saya untuk minta maaf dan mohon dihalalkan ilmu).
---------------------------------------------------------------------------------
Pada tahun ini, Majlis Restu Ilmu bersama Ibu Bapa telah diadakan serentak bersama-sama dengan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat. Program ini adalah julung kali diadakan dan pertama kali saya melihatnya. Program ini juga adalah idea ayahanda pengetua.
Konsepnya begini: selepas bacaan Yasin dan Solat Hajat, Ibu Bapa/Penjaga bersama-sama dengan anak jagaan masing-masing berjumpa dengan guru-guru untuk memohon restu dan menghalalkan ilmu yang telah diberi. Kiranya, Ibu Bapa/Penjaga memohon bagi pihak anak lah.
............................................................................................................
Selang dua hari kemudian ialah Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM 2015. Berikut ialah perbualan saya bersama-sama dengan ayahanda pengetua:
Saya : Ustaz, perlu ke kita adakan 1 lagi majlis, sebab dah buat hari tu dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat?
Pengetua : Perlu. Sebab pada malam tu, tak ramai mak ayah yang datang. Kita perlu buat sekali lagi, kali ni lebih khusus.
Jom tengok gambar sekitar Majlis Restu Ilmu yang berlangsung Jumaat lalu: