Khamis, 18 Jun 2015

Hormat Yang Muda

hormat, respect, muda, belia, hormat-menghormati

Tadi, saya keluar bersama-sama dengan bekas pelajar saya yang baru balik dari Jordan. Perasaan? Tentulah teruja giler! Bohonglah kalau cakap tak, balik luar negara tu haha!

Apa yang kami bualkan? Perbualan yang panjang lebar. Antaranya:
1. Pengalaman pertama kali jejak bumi Jordan
2. Gambar-gambar yang sempat di ambil semasa di sana
3. Perbezaan mazhab
4. Solat semasa perjalanan
5. Kehidupan seharian sebagai pelajar
6. dan lain-lain

Apa yang saya nak cerita di sini ialah, betapa saya menghormati dia, walaupun jarak umur kami yang jauh. Selalu kita dengar yang muda mesti menghormati yang tua (ehem ehem dewasa), tapi apabila saya berhadapan dengan dia, secara automatik memang saya menghormati dia. 

Rabu, 17 Jun 2015

Dah Dapat Matrikulasi, Takkan Tolak Kot?

kolej matrikulasi, matrikulasi, sambung belajar, matrik perak

Hai, Assalamualaikum, lama tak menaip (cakap pada diri sendiri haha!)

Ok, hari ni nak cakap pasal bekas pelajar saya yang dapat tawaran ke Matrikulasi Perak Darul Ridzuan. Seingat saya, ini adalah kali pertama pelajar saya meloloskan diri ke Matrikulasi. Tok sah cakap lah, bangga giler okeh! Bukan sorang, bukan 2 orang tapi 4 orang okeh!

Keputusan SPM mereka ni bukanlah tahap flying colours gitu. Mereka ini paling tinggi dapat 4A dan paling rendah dapat 2A, tapi berjaya ke Matrikulasi, menarik bukan? Sebenarnya, saya pun terkesima, haha! Serius tak tipu.

Well, (speaking London gitu)...mereka pun terkesima + terkejut beruk! Jadi, macam-macam ayat yang keluar. Antaranya:

1. Cikgu, saya tak yakin saya boleh buat ni.
2. Cikgu, saya ni pelajar lemah.
3. Cikgu, saya takut!
4. Cikgu, kami semua dapat 1 tahun je...adoiii.
5. dan ayat-ayat lain.

Saya jawab senang je:
1. Tahniah, dah rezeki awak semua.
2. Peluang yang ada jangan sia-siakan. 
3. Punyalah beribu-ribu orang yang mohon Matrikulasi, tak dapat, korang yang dapat, takkan nak tolak kot? Kalau tolak maksudnya korang tolak rezeki (tuah).