Isnin, 19 September 2011

Rumah Terbuka Hemmmm...



Jika hendak dibandingkan tahun lepas dengan tahun ini, jemputan rumah terbuka tahun ni kurang sedikit. Mungkin juga setelah ditegur oleh pengetua sewaktu perhimpunan, bahawa senario rumah terbuka ini semakin menjadi-jadi. Iyelah, kalau kita cakap 'majlis rumah terbuka' barulah orang datang berkunjung, kalau tak, tak nampaklah batang hidung.

Ada juga yang ubah 'rumah terbuka' kepada 'makan-makan'...

Ada juga yang bila nampak orang lain buat rumah terbuka, dia juga nak buat...

Ada banyak pertimbangannya, betul tak? Macam...
  • bilangan orang yang nak menolong basuh pinggan, masak dan sebagainya
  • duit
  • keikhlasan bukan untuk nak menunjuk-nunjuk
Kalau tak buat rumah terbuka pun, kita boleh kunjung-mengunjung. Kalau bagi kuih raya pun tak apa kan? Paling tidak air pun dah cukup. Kita kena fahami konsep ziarah ni betul-betul...

Bila diajukan soalan, aku tak buat ke rumah terbuka? Aku jawab tak, dan mereka yang bertanya terdiam mendengar jawapan aku...

Isnin, 12 September 2011

Bila Boleh Tukar Handphone Agaknya?

Kawan sekerjaku telah membeli sebuah handphone baru. Aku tak tau bila lagi...
Dah lama membelek-belek dan juga menelek-nelek handphone SE xperia x8

Bila harganya nak turun pun tak tahu...